salam.
Sempena Aidil Adha tahun ni kami masak daging biri-biri. Sesuai dengan masakan, kami buat air detoks menggunakan asam boi, air soda (F&N), serai dan limau kasturi. Memang sedap dan serasi sangat makan dengan daging.
Bahan-bahan :
1. 3 botol air soda
2. 2 bungkus asam boi (kami beli di Giant Supermarket)
3. 10 batang serai
4. RM2 limau kasturi (dalam 20 biji - lagi banyak pon boleh, ikut citarasa masing-masing, kami hanya beli RM2, jadi dah tak boleh nak tambah :-) .... boleh juga ganti dengan lemon 3/4 biji.
5. 1 paket ais yang besar (RM4.00)
6. 1 tin laici
7. Daun Pudina - kami tak letak sebab lupa nak beli ;-) )
Cara membuatnya :
1. Serai dibersihkan dan diketuk-ketuk.
2. Masukkan air soda, serai, asam boi ke dalam bekas/balang air yang besar.
3. Limau kasturi dibersihkan dan dipotong 2 atau dibelah 2. Perah air limau, tapis dan masukkan ke dalam balang air tadi.
4. Kulit limau kasturi jangan dibuang, masukkan juga ke dalam balang tersebut. Jika menggunakan lemon, bersihkan, potong nipis dan masukkan ke dalam balang air tersebut.
5. Masukkan laici dan daun pudina (terpulang pada citarasa masing-masing)
6. Akhir sekali masukkan ais.
siap ..... boleh dihidangkan. Sori tiada gambar yang asal sebab asik minum je sampai habis.

gambar pinjam dari RASA |

No comments:
Post a Comment