27 Feb 2020
Hari ini bangun
awal pagi untuk bersiap-siap ke Tasik kenyir.
Kami memulakan perjalanan jam 5.30 pagi.
Singgah solat subuh di Pasir Puteh dan meneruskan perjalanan ke Tasik
Kenyir melalui jalan Jerteh. Kami
singgah alas perut sekejab dan meneruskan pengembaraan. Kami sampai di Jeti jam 10.00 pagi, turunkan barang dan parking kereta di tempat
yang disediakan. Harga parking bagi satu
kenderaan ialah RM5.00 untuk 2 hari 1 malam.
Murah.
Houseboat kami
tiba jam 11.00 pagi. Ini disebabkan kami
menghubungi pemandu houseboat semasa kami tiba.
Jadi ianya mengambil masa 1 jam untuk houseboat sampai dan parking di
jeti sebelum kami boleh menaikinya. Jadi
moral of the story, lain kali sila telefon pemandu lebih awal agar mereka dapat
bersedia di jeti lebih awal. Belajar
dari pengalaman.
Selepas selesai
mengisi barang, kami bertolak ke Destinnasi kami iaiatu Air terjun ??? yang
mengambil masa 2 jam. Semua teruju
dengan keluasan dan kecantikan tasik kenyir.