Thursday, 27 February 2020

Tasik Kenyir Part 1


27 Feb 2020
Hari ini bangun awal pagi untuk bersiap-siap ke Tasik kenyir.  Kami memulakan perjalanan jam 5.30 pagi.  Singgah solat subuh di Pasir Puteh dan meneruskan perjalanan ke Tasik Kenyir melalui jalan Jerteh.  Kami singgah alas perut sekejab dan meneruskan pengembaraan.  Kami sampai di Jeti jam 10.00 pagi,  turunkan barang dan parking kereta di tempat yang disediakan.  Harga parking bagi satu kenderaan ialah RM5.00 untuk 2 hari 1 malam.  Murah.
Houseboat kami tiba jam 11.00 pagi.  Ini disebabkan kami menghubungi pemandu houseboat semasa kami tiba.  Jadi ianya mengambil masa 1 jam untuk houseboat sampai dan parking di jeti sebelum kami boleh menaikinya.  Jadi moral of the story, lain kali sila telefon pemandu lebih awal agar mereka dapat bersedia di jeti lebih awal.  Belajar dari pengalaman.
Selepas selesai mengisi barang, kami bertolak ke Destinnasi kami iaiatu Air terjun ??? yang mengambil masa 2 jam.  Semua teruju dengan keluasan dan kecantikan tasik kenyir.

No comments:

Post a Comment