Sunday, 17 May 2020

1st Day Kerja

salam.

1st day kerja lepas PKP dilaksanakan.  Bekerja secar bergilir atau berjadual.  Hari ni datang selesaikan tugasan yang perlu diselesaikan di pejabat.



Saturday, 16 May 2020

Friday, 15 May 2020

Ramadhan – Day 23


15 Mei 2020 (END OF PKP4)

Ramadhan – Day 23 – Selamat berpuasa semua.

Hari ni cuba masak teresek kacang panjang, ikut resepi Azie Kitchen.  Tetapi kita tukar ayam kepada daging.
Lepas tu kami buat apam balik. Tepung/adunan apam perlu diperap sejam, jadi kalu sesapa nak cuba buat pastikan buat tepung awal-awal.  Resepi apam balik dari perkongsian FB.
Selepas siram pokok pagi tadi hati masih musykil dengan bunga ros yang dibeli, terbelek-belek kot-kot bertukar ke warna PINK.  HAHAHA.
Kes baharu Covind -19 di Malaysia hari ni HANYA 36 kes, ALHAMDULILLAH.  Well done Malaysia and TQ Frontliner.

Thursday, 14 May 2020

Ramadhan – Day 22


14 Mei 2020

Ramadhan – Day 22 – Selamat berpuasa semua.

Masak : Ikan pari bakar, kerabu pucuk bekko, sotong goreng kunyit bersama kacang panjang.
Pokok ros yang dibeli sebelum PKP telah berbunga dan kembang.  Yang peliknya bunganya berwarna merah hati, semasa beli tempoh hari bunganya warna merah muda (pink).  Pokok bakawali pon ada keluar beberapa kudup baharu.  Kita tunggu bunga bakawali kembang mewangi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan kebenaran solat berjemaah, solat jumaat dan solat hari raya aidulfitri bermula esok dengan solat Jumaat pada 15 Mei 2020.  Solat-solat jemaah lain boleh dibuat selepas solat Jumaat berkenaan.  Walaubagaomana pun setiap negeri perlu , mendapat kebenaran Jabatan Agama Negeri masing-masing.  Setiap jemaah hendaklah sekurang-kurangnya 3 orang dan tidak melebihi 30 orang tidak termasuk imam.  Warga emas berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah 15 tahun tidak dibenarkan berjemaah.  Jemaah juga hendaklah diberi keutamaan kepada lelaki.  AJK masjid perlu mematuhi semua syarat-syarat atau SOP yang telah ditetapkan.  Pintu masjid hanya dibenarkan dibuka sejam sebelum solat bermula dan ditutup sebaik sahaja doa selesai dibacakan.

Point utamanya adalah solat jemaah boleh dilakukan tetapi sebaiknya solat di rumah.
Kes baharu Covind -19 di Malaysia hari ni 40 kes dengan 1 kematian, ALHAMDULILLAH.  Well done Malaysia and TQ Frontliner.

Wednesday, 13 May 2020

Ramadhan – Day 21


13 Mei 2020
Ramadhan – Day 21 – Selamat berpuasa semua.
Masak : Ikan pari bakar bersama sambal/cili, asam pedas ikan siakap, udang goreng kunyit bersama kacang panjang dan celur pucuk bekko.  Pencuci mulut beli akok bersama air kelapa muda.  Lepas tu moreh makan buah-buahan : buah kuini, mangga dan nenas.
Pokok
Kes baharu Covind -19 di Malaysia hari ni HANYA 37 kes, ALHAMDULILLAH.  Well done Malaysia and TQ Frontliner.

Tuesday, 12 May 2020

Ramadhan – Day 20


12 Mei 2020
Ramadhan – Day 20 – Selamat berpuasa semua.
Menu berbuka hari ni ayam bakar black papper, sup sayur campur (cendawan tiram, baby corn, carrot, bunga kobis dan sotong).  Menu moreh Cheesy Meatball black papper, mushroom sup, roti bakar dan air bandung.
Covind -19 di Malaysia hari ni : Kes sembuh= 110. Jumlah sembuh= 5,223.  Kes kematian= 0.  Jumlah kematian=109.  Sebanyak 16 kes dirawat di ICU dan 3 daripadanya sedang menerima bantuan pernafasan.  Kes baharu hari ini hanya 16 kes.  Menjadikan Jumlah positif= 6,742.
ALHAMDULILLAH.  Well done Malaysia and TQ Frontliner.