Thursday, 14 May 2020

Ramadhan – Day 22


14 Mei 2020

Ramadhan – Day 22 – Selamat berpuasa semua.

Masak : Ikan pari bakar, kerabu pucuk bekko, sotong goreng kunyit bersama kacang panjang.
Pokok ros yang dibeli sebelum PKP telah berbunga dan kembang.  Yang peliknya bunganya berwarna merah hati, semasa beli tempoh hari bunganya warna merah muda (pink).  Pokok bakawali pon ada keluar beberapa kudup baharu.  Kita tunggu bunga bakawali kembang mewangi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan kebenaran solat berjemaah, solat jumaat dan solat hari raya aidulfitri bermula esok dengan solat Jumaat pada 15 Mei 2020.  Solat-solat jemaah lain boleh dibuat selepas solat Jumaat berkenaan.  Walaubagaomana pun setiap negeri perlu , mendapat kebenaran Jabatan Agama Negeri masing-masing.  Setiap jemaah hendaklah sekurang-kurangnya 3 orang dan tidak melebihi 30 orang tidak termasuk imam.  Warga emas berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah 15 tahun tidak dibenarkan berjemaah.  Jemaah juga hendaklah diberi keutamaan kepada lelaki.  AJK masjid perlu mematuhi semua syarat-syarat atau SOP yang telah ditetapkan.  Pintu masjid hanya dibenarkan dibuka sejam sebelum solat bermula dan ditutup sebaik sahaja doa selesai dibacakan.

Point utamanya adalah solat jemaah boleh dilakukan tetapi sebaiknya solat di rumah.
Kes baharu Covind -19 di Malaysia hari ni 40 kes dengan 1 kematian, ALHAMDULILLAH.  Well done Malaysia and TQ Frontliner.

No comments:

Post a Comment