Wednesday, 25 November 2020

Puding Oreo

Assalamualaikum.

Oreo Pudding
Hari ni kita cuba buat Puding Milo Oreo.  Guna acuan bulat bertingkat dan melapis.  Dah lama benar tak melapis puding, harap2 menjadi.

Resepi untuk rujukan, kita tengok kat youtube dan facebook.  Resepi hampir sama je semua.

Ada yang ada milo, ada resepi tanpa milo.  Banyak yang buat berlapis, ada juga yang pecah2kan oreo tanpa melapis.  Mana-mana pon boleh semua sedap.





Oreo Pudding




Alhamdulillah menjadi juga lapisan-lapisan dan dapat dikeluarkan dengan cantik.

 

 

 

 

 

Sepotong Puding Oreo

 

Lapisan a bit messy tapi tak pecah or putus, Alhamdulillah. 
 

Tuesday, 24 November 2020

Tiramisu

 Assalamualaikum.


Buat kastad tiramisu biskut marie untuk anak-anak.  Sedap yum yum.

Thursday, 19 November 2020

Penkek ke Lempeng

 Assalamualaikum.  

Penkek ke Lempeng, tak kisah la janji sedap, tekstur lembut tergedik-gedik.  Adunannya simple je, 1 pack kecil susu segar dicampurkan dengan 1 sudu kecil cuka makan.  Biarkan dalam 10 minit.  Tambahkan 1 susu gula,  kemudian tambah 1/2 sudu soda bikarbonat.  Jangan lupa letak 1 sudu kecil garam dan 1 susu besar minyak masak.  Kacau biar semua campuran larut dan biarkan sekejab.  Tambahkan 1/2 cawan air.  Masukkan gandum sedikit-sedikit sambil gaul perlahan-lahan hingga habis.  Biasa kami gaul guna pemukul telur.  Biarkan sekejab.  Lepas tu panaskan kuali atau ceper.  Letak 1/2 sudu kecil majerin, biarkan cair dan rata-ratakan di kuali. Masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali.  Biarkan hingga adunan keluar bintik-bintik buih kecil dan masak sepenuhnya.  Lepas tu bolehlah terbalikkan dan biarkan sekejab sahaja dan angkat.  Bakar satu persatu hingga habis adunan. Hidangkan dengan jem atau apa-apa perisa.  Anak-anak kami suka makan dengan susu pekat manis.



Thursday, 12 November 2020

Cheeeeese Tart Gemukss

Assalamualaikum.

Satu lagi menu semasa makan-makan sempena Maulidur rasul adalah Cheese Tart Gemuk. Alhamdulillah, rezeki kami, ada orang bagi.  Sedap.


 

Wednesday, 11 November 2020

Rezeki Melimpah

 Assalamualaikum.

Kek
 Waktu sedang rehat tengah hari semalam, kami dikejutkan dengan kunjungan dari rakan-rakan sekerja.  Mereka datang membawa pelbagai juadah.  Ada pizza, lompat tikam, roti jala, kek, cheese tart.


Pizza Hut



 

 

 

 

 

Lompat tikam
 

  

Roti Jala

 

 

Alhamdulillah.  Moga dimurahkan rezeki orang-orang yang memberi sedekah dan orang-orang yang menerimanya. Hanya Allah jua yang dapat                                                                                                        

Tuesday, 10 November 2020

Mulberi Jem

Assalamualaikum.

Mulberi berbuah lebat.  Petik-petik, cuci bersih, masukkan dalam periuk bersama sedikit air, masak sekejab hingga menggelegak.  tutup api.  Biarkan sejuk.

Bila dah sejuk, masukkan dalam pengisar, kisar hingga halus.  Tuang semula ke dalam periuk, masukkan gula dan garam.  Pastikan air mencukupi dan rasa ikut selera masing-masing, sila tambah gula atau garam.

Sejukkan dan boleh di makan bersama roti atau penkek.



Makan2 Mailidur Rasul

 Assalamualaikum.

Sempena Maulidur Rasul, buat gathering, makan-makan potluck.  Untuk serapan pagi, nasi kerabu goreng bersama kerepok serta sup.  Tempah je, caterer ni memang terbaik dari segi makanan dan juga peralatan serta perkhidmatan.

 

Menu kedua Mee Kari juga ditempah tetapi dengan caterer lain iaitu cafe opis je.  Mee karinya memang sedap.

Lain kali boleh tempah lagi.  SEDAP.



 

Smiley With Roses

 Assalamualaikum.

 

Harumkan diri dan hati anda sewangi rosessssss


 

Sunday, 8 November 2020

Sekolah Tutup Lagi

Assalamualaikum.

Ya sekolah tutup lagi akibat PENDEMIK Covind-19.  Penutupan sekolah bermula 9 November 2020 berikutan pengumuman dari Menteri Kanan Pendidikan pada 8 November 2020.

Semua ibubapa kalut mengurus anak masing-masing terutama ibubapa yang mempunyai anak yang tinggal di asrama sekolah.


Rose Vs Tupperware Pink

 Assalamualaikum.

Rose dan Tupperware Pink : cer teka ada apa dalam tu ???

 


 

Sunday, 1 November 2020

Cik Ros Merah Semerbak Harum

Assalamualaikum.

 

Ari ni kita bawa Cik Rose sebagai peneman diri sesambil buat keje.

Harumnya semerbak..... wangi sungguh.

Sweet je.