Thursday, 19 November 2020

Penkek ke Lempeng

 Assalamualaikum.  

Penkek ke Lempeng, tak kisah la janji sedap, tekstur lembut tergedik-gedik.  Adunannya simple je, 1 pack kecil susu segar dicampurkan dengan 1 sudu kecil cuka makan.  Biarkan dalam 10 minit.  Tambahkan 1 susu gula,  kemudian tambah 1/2 sudu soda bikarbonat.  Jangan lupa letak 1 sudu kecil garam dan 1 susu besar minyak masak.  Kacau biar semua campuran larut dan biarkan sekejab.  Tambahkan 1/2 cawan air.  Masukkan gandum sedikit-sedikit sambil gaul perlahan-lahan hingga habis.  Biasa kami gaul guna pemukul telur.  Biarkan sekejab.  Lepas tu panaskan kuali atau ceper.  Letak 1/2 sudu kecil majerin, biarkan cair dan rata-ratakan di kuali. Masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali.  Biarkan hingga adunan keluar bintik-bintik buih kecil dan masak sepenuhnya.  Lepas tu bolehlah terbalikkan dan biarkan sekejab sahaja dan angkat.  Bakar satu persatu hingga habis adunan. Hidangkan dengan jem atau apa-apa perisa.  Anak-anak kami suka makan dengan susu pekat manis.



No comments:

Post a Comment