Assalamualaikum.
Dah pengakhiran Ramadhan. Moga terus diberi kekuatan untuk menghabiskan ramadhan.
#KitaJagaKita
Assalamualaikum.
Dah pengakhiran Ramadhan. Moga terus diberi kekuatan untuk menghabiskan ramadhan.
#KitaJagaKita
Assalamualaikum.
![]() |
| Oreo Pudding |
Resepi untuk rujukan, kita tengok kat youtube dan facebook. Resepi hampir sama je semua.
Ada yang ada milo, ada resepi tanpa milo. Banyak yang buat berlapis, ada juga yang pecah2kan oreo tanpa melapis. Mana-mana pon boleh semua sedap.
![]() |
| Oreo Pudding |
Alhamdulillah menjadi juga lapisan-lapisan dan dapat dikeluarkan dengan cantik.
![]() |
| Sepotong Puding Oreo |
Penkek ke Lempeng, tak kisah la janji sedap, tekstur lembut tergedik-gedik. Adunannya simple je, 1 pack kecil susu segar dicampurkan dengan 1 sudu kecil cuka makan. Biarkan dalam 10 minit. Tambahkan 1 susu gula, kemudian tambah 1/2 sudu soda bikarbonat. Jangan lupa letak 1 sudu kecil garam dan 1 susu besar minyak masak. Kacau biar semua campuran larut dan biarkan sekejab. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan gandum sedikit-sedikit sambil gaul perlahan-lahan hingga habis. Biasa kami gaul guna pemukul telur. Biarkan sekejab. Lepas tu panaskan kuali atau ceper. Letak 1/2 sudu kecil majerin, biarkan cair dan rata-ratakan di kuali. Masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali. Biarkan hingga adunan keluar bintik-bintik buih kecil dan masak sepenuhnya. Lepas tu bolehlah terbalikkan dan biarkan sekejab sahaja dan angkat. Bakar satu persatu hingga habis adunan. Hidangkan dengan jem atau apa-apa perisa. Anak-anak kami suka makan dengan susu pekat manis.
Assalamualaikum.
Satu lagi menu semasa makan-makan sempena Maulidur rasul adalah Cheese Tart Gemuk. Alhamdulillah, rezeki kami, ada orang bagi. Sedap.
Assalamualaikum.
![]() |
| Kek |
![]() |
| Pizza Hut |
![]() |
| Lompat tikam |
![]() |
| Roti Jala |
Alhamdulillah. Moga dimurahkan rezeki orang-orang yang memberi sedekah dan orang-orang yang menerimanya. Hanya Allah jua yang dapat
Mulberi berbuah lebat. Petik-petik, cuci bersih, masukkan dalam periuk bersama sedikit air, masak sekejab hingga menggelegak. tutup api. Biarkan sejuk.
Bila dah sejuk, masukkan dalam pengisar, kisar hingga halus. Tuang semula ke dalam periuk, masukkan gula dan garam. Pastikan air mencukupi dan rasa ikut selera masing-masing, sila tambah gula atau garam.
Sejukkan dan boleh di makan bersama roti atau penkek.
Sempena Maulidur Rasul, buat gathering, makan-makan potluck. Untuk serapan pagi, nasi kerabu goreng bersama kerepok serta sup. Tempah je, caterer ni memang terbaik dari segi makanan dan juga peralatan serta perkhidmatan.
Menu kedua Mee Kari juga ditempah tetapi dengan caterer lain iaitu cafe opis je. Mee karinya memang sedap.
Lain kali boleh tempah lagi. SEDAP.
Assalamualaikum.
Ya sekolah tutup lagi akibat PENDEMIK Covind-19. Penutupan sekolah bermula 9 November 2020 berikutan pengumuman dari Menteri Kanan Pendidikan pada 8 November 2020.
Semua ibubapa kalut mengurus anak masing-masing terutama ibubapa yang mempunyai anak yang tinggal di asrama sekolah.
Assalamualaikum.
Ari ni kita bawa Cik Rose sebagai peneman diri sesambil buat keje.
Harumnya semerbak..... wangi sungguh.
Sweet je.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم..
Ya Allah,TERIMA KASIH atas kehidupan hari ini untuk NAFAS dan REZEKI yang Engkau limpahkan...
Jadikanlah permulaan hari ini penuh dengan KEBAIKAN, pertengahannya membawa KEJAYAAN dan pengakhirannya suatu KEBERUNTUNGAN..
Jadikan awalnya RAHMAT, pertengahannya NIKMAT dan penghujungnya PENUH BERKAT..
آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
As-salam.
7 TIPS UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI.
1. Bangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri.
2. Kejutkan isteri dengan penuh kasih sayang untuk tahajud bersama. Bukan kejut untuk 'bersama' jer. Percikkan air di wajahnya yang jelita jika isteri terasa berat nak bangun.
3. Solat Taubat setiap hari. Khuatir ada perbuatan kita tidak menjadi contoh yang baik buat isteri dan anak-anak selama ini.
4. Solat berjemaah Subuh di surau. Ia menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri.
5. Solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Jadilah imam yang baik di dunia supaya kita mampu menjadi imam yang baik ke Syurga.
6. Pergi kerja dengan senyuman, balik kerja pun dengan senyuman dan kasih sayang. Antara rezeki yang paling mahal ialah keharmonian rumahtangga. Orang bisnes pun sama.
7. Solat Hajat setiap kali selepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini. Doakan agar keluarga kita berjaya dan bahagia sampai ke Syurga!
as-salam.
semoga kita dapat mengambil teladan yang baik dari kisah ini.
---------------------------------------------------------------------------------
MULTI BILLIONAIRE TANPA WANG!
Sebuah ladang kurma di Arab Saudi di kota Al-Qassim mempunyai lebih dari 200,000 pokok kurma dan diwakafkan untuk jalan Allah oleh orang terkaya Arab Saudi – Sulaiman Al Rajhi.
Terdapat 45 jenis kurma di kebun ini, pengeluaran tahunan adalah 10,000 tan buah kurma. Ladang ini adalah wakaf terbesar di bumi.
Pendapatan dari kebun ini digunakan untuk membina masjid di negara-negara lain, untuk kerja amal dan untuk Iftar di masjid Makkah dan Madinah.
Suleiman al-Rajhi lahir dalam kemiskinan. Ketika dibangku sekolah, satu hari sekolahnya merancang lawatan sambil belajar dengan kos 1 riyal. Tetapi orangtuanya tidak mampu berikannya 1 riyal. Beliau menangis kerana mungkin tidak dapat menyertai lawatan. Dalam peperiksaan suku tahunannya, beliau meraih kedudukan pertama di kelasnya dan seorang guru Palestin memberinya 1 riyal sebagai hadiah. Beliau menyertai program lawatan sekolah dengan 1 riyal ini.
Selepas menamatkan pendidikannya, beliau mulakan kerjayanya sebagai usahawan muda dengan penuh dedikasi dan kerja keras. Allah memberkati usahanya.
Dalam jangka waktu yang singkat, rangkaian banknya yang disebut 'Al-Rajhi' tersebar di seluruh Arab Saudi.
Suleiman al-Rajhi pergi mencari gurunya yang sudah pencen dalam keadaan miskin kini, Rajhi membawa guru Palestinnya dengan kereta dan memberitahunya, " Saya berhutang dengan Cikgu. "
Guru itu berkata, bagaimana mungkin memberi hutang sedangkan dia miskin, Rajhi mengingatkan gurunya bahawa bertahun-tahun yang lalu gurunya memberikan 1 riyal sebagai hadiah. Guru itu tersenyum dan berkata “Jadi kamu ingin mengembalikan satu riyal itu kepada saya?
Rajhi berhenti keretanya di hadapan sebuah banglo dan terdapat sebuah kereta mahal dihadapannya.
Rajhi memberitahu gurunya bahawa banglo dan kereta itu adalah milik cikgu itu sekarang.
Cikgu itu menitiskan airmata dan berkata pemberian ini terlalu mewah baginya.
Rajhi mengatakan bahawa kegembiraannya ketika menerima 1 riyal dulu lebih dari kegembiraan cikgu pada hari ini.
Pada tahun 2010 Suleiman al-Rajhi memanggil anak-anak, isteri dan orang tersayang dan membahagikan harta kekayaannya di antara mereka dan mewakafkan yang lain.
Pada ketika ini, nilai wakaf Sulaiman Al-Rajhi lebih dari 60 bilion riyal.
Beliau telah menyumbangkan 170 juta riyal untuk COVID dan menyerahkan dua hotel di Makkah kepada Kementerian Kesihatan.
Ladangnya disenaraikan dalam Guinness Book of World Records sebagai hasil usahawan yang terbesar.
Majalah Forbes telah menamakan beliau sebagai salah satu daripada 20 dermawan terhebat di dunia.
Kebanyakkan masjid-masjid di kota Arab Saudi adalah hasil keluarga Al-Rajhi, dengan pusat dakwah, badan amal al-Quran, dan lain-lain.
Dalam temu bual beliau berkata:
“Setelah kamu meninggalkan kehidupan ini, satu-satunya pelaburan yang penting adalah bekalan kamu bawa untuk kehidupan yang lain. "
“Saya berusia lapan puluhan! Apa lagi yang saya perlukan? Wakaf membayar bil saya, memberi saya penginapan, makanan, perubatan dan pengangkutan."
Seorang jutawan tanpa wang! "Bagaimana rasanya?".
Dia tersenyum dan berkata, “Saya merasa ringan! Saya berasa bebas! Saya merasa seperti burung ... dan ketika Allah memanggil saya, saya dapat menjawab panggilanNya tanpa ikatan harta!
FB KREDIT: ACAP ASYRAF
https://en.wikipedia.org/wiki/Sulaiman_Abdul_Aziz_Al_Rajhi
as-salam
simpan sini untuk rujukan
------------------------------------------------------------------
PERHATIAN... Utk ingatan para sahabat dan diri sendiri... *Specially *40 n Above
TEKANAN DARAH
BP tinggi
120/80 - Normal
130/85 - Normal (Kawalan)
140/90 - Tinggi
150/95 - Terlalu Tinggi
PARAS GULA
3.7- Hipo (gula rendah) / Hyper
4.0 - Normal
5.0 - Normal (kawalan)
5.7 - Tinggi
6.0 - 7.0 - Terlalu Tinggi
Jika bacaan gula terlalu tinggi, awas anda bakal stroke...
DENYUTAN NADI
72 per minit (standard)
60 --- 80 p.m. (Biasa)
40 - 180 p.m. (tidak normal)
SUHU BADAN
98.4°F = 36.8°C (Normal)
99.0°F = 37.2°C Ke atas (Demam)
Tolong bantu saudara-saudara anda, rakan dengan berkongsi maklumat ini...
Serangan Jantung Dan Minum Air Panas
Ini adalah artikel yang sangat baik. Bukan sahaja mengenai air suam selepas makan, tetapi mengenai Serangan Jantung.
Org2 Cina dan Jepun minum teh panas dengan makanan, bukan air sejuk, mungkin sudah tiba masanya kita mengamalkannya tabiat minum air panas semasa makan.
Bagi mereka yang suka minum air sejuk, artikel ini boleh digunakan untuk anda. Ia sangat memudaratkan untuk minum air semasa makan. Kerana, air sejuk akan menguatkan barangan berminyak yang anda baru sahaja makan. Ia akan perlahankan penghadaman.
Apabila enapcemar ini bertindak balas dengan asid, ia akan rosak dan menjadi lebih cepat diserap oleh usus daripada makanan pepejal. Ia akan merangkumi usus. Tidak lama lagi, ini akan menjadi lemak dan membawa kepada kanser. Lebih baik minum sup panas atau air suam selepas makan.
Kentang goreng dan burger adalah musuh kesihatan jantung terbesar. Coke selepas itu memberi lebih kesan yg lebih buruk. Elakkan mereka.
Untuk jantung & Kesihatan anda
Minum satu gelas air suam apabila sebelum anda hendak tidur mengelakkan pembekuan darah pada waktu malam untuk mengelakkan serangan jantung atau strok.
Ahli kardio berkata, jika semua orang membaca mesej ini dan menghantarnya kepada 10 orang, anda boleh yakin bahawa kami akan menyimpan sekurang-kurangnya satu nyawa.
Bergembira dan nikmati hidup...
https://t.me/bicaraperawat
💉 KUMPULAN DARAH YG SERASI
Jenis Darah Serasi
O- boleh menerima O-
O+ boleh menerima O+, O-
A- boleh menerima A-, O-
A+ boleh menerima A+, A-, O+, O-
B- boleh menerima B-, O-
B+ boleh menerima B+, B-, O+, O-
AB- boleh menerima AB-, B-, A-, O-
AB+ boleh menerima AB+, AB-, B+, B-, A+, A-, O+, O-
Ini adalah mesej penting yang dapat menyelamatkan nyawa! Kehidupan boleh diselamatkan...
KESAN AIR
💐Kami tahu air adalah penting tetapi tidak pernah tahu mengenai perkara itu waktu khas anda perlu minum...!!!
Adakah anda???
💦 Minum air di masa yg betul. ⏰Memaksimumkan keberkesanan pada badan manusia;
1️⃣ 1 gelas air 1 minit selepas bangun - 🕕⛅ membantu aktifkan organ-organ dalaman.
2⃣ 1 gelas air 30 minit 🕧 sebelum makan - membantu penghadaman.
3⃣ 1 gelas air sebelum mandi 🚿 - membantu menurunkan tekanan darah anda.
4⃣ 1 gelas air sebelum pergi tidur - 🕙 menghindari stroke atau serangan jantung.
Apabila seseorang berkongsi sesuatu nilai dengan anda dan anda mendapat manfaat daripadanya, anda mempunyai moral kewajiban untuk membaginya dengan yang lain.
Tips Mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja dengan bawang putih dan madu :
– 3 – 4 ulas bawang putih yang dikupas dan dicincang halus.
– 1 cawan madu
– Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu
– 1 cawan madu dan bawang yang dicampur ditutup dan disimpan 3 jam sebelum dimakan.
– Selepas 3 jam boleh dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam.
– Bawang putih mempunyai kandungan zat anti mikroba, antibakteri,
antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.
– Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria yang berbahaya, melegakan
saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan
paru-paru.
selamat mencuba.