Saturday 18 May 2019

Solat dan Puasa

as-salam.

Mendalam sangat pesanan Arwah Ust. Abu Hasan Din al-Hafiz.  Anak kami, 7 tahun mula belajar puasa tahun ni.  Kami cuba sebaik mungkin melatih solat dan puasa.

Tang puasa setiap hari pesan dekat anak " Pagi ni pegi sekolah puasa, kalau tak larat buka puasa ".  Bab solat pula setiap waktu kena peringat untuk solat, kalau kami leka, maka tertinggallah solat anak-anak tetapi kami tetap cuba.

Kami pernah bertanya pada anak kenapa tak solat tadi??
Jawapan anak "Ibu tak suruh pon" membuat kami berfikir panjang .... Ya Allah inilah juga jawapan yang bakal kami dengar suatu hari nanti apabila anak kami telah dewasa dan tidak solat.  Ya Allah....salah itu kembali kepada kami.  Jadi kami peringat dekat diri kami sendiri rajin-rajinlah suruh anak solat biarlah kena ulang 10, 20 kali setiap waktu.  Sabar. Memang kena sabar, kuat, gigih dan tekun.  Jangan putus asa.  Selebihnya kita serah kepada Allah Taala.  Masih banyak ruang untuk mendidik tetapi anak cepat sahaja membesar dan masa yang kita ada hanya sebelum anak menjadi remaja.  Mungkin hanya sampai umur anak 12, 13 tahun atau mungkin sampai 15 tahun sahaja.

-----------------------------------

Dari Wsp Grp :
dengan sedihnya dimaklumkan Dato Sri Abu Hasan Din Alhafiz telah kembali kerahmatullah jam 6pagi 1/5/2019 di HKL.Jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah pagi ini untuk urusan mandi dan kafan. Info terkini akan dimaklumkan.

Perkongsian dari Fb :

baru mlm tadi (30hb April.) kami mendengar ceramah arwah di surau kami di Seremban Selatan. Ceramah betmula lps magrib habis pukul 10 mlm.
Allahu .. siapa sangka. Pesanan akhir... solat tuan2 dan puan2 .. solat tu umpama buka bank akaun .. tanpa bank akaun tiada satu sen pun dpt menyimpan...banyak mana pun .. ramai mana pun orang cuba sedekah dan nak menabung utk tuan2.. jika tuan2 tiada akaun... maka sesia saja lah.

MasyaaAllah .. patutlah dia seperti tak mahu berhenti berckp memberi nasihat...itu pun dia kata .. lepas ni tuan2 jgn bertanya lagi .. jgn ganggu lagi...

Siapa sangka .. kata2nya .. ADA APA2 LAGI SOALAN? tanya sekarang .. lepas ni takde lagi dah...

Itulah ceramah terakhir arwah mlm tadi diSurau An-Nur Seremban Selatan..
Innalillawainnahirojiun..

No comments:

Post a Comment