
Pada 30 Ogos yang lalu kami jalan-jalan ke Pantai Sabak yang juga dikenali dengan Pantai Nami.
Pantai ini terkenal dengan jaluran pokok-pokok rhu yang ditanam secara selari.

Di pantai ini juga ada satu tasik kecil, cantik. Memukau sesiapa yang melaluinya.

Agak jauh juga kami berjalan untuk sampai ke rumah api. Suana petang menghampiri waktu matahari terbenam memang satu anugerah Allah yang sangat cantik.
Garis langit yang cerah dan berbalam-balam melahirkan fenomena alam yang menakjubkan.
No comments:
Post a Comment