Tuesday 1 January 2013

Bila Google Menterjemah

salam.

Google Translate ni memang banyak membantu bila nak buat terjemahan terutama bagi kami yang memang tak pandai omputeh ni tetapi kekadang tu jadi kelakar dan makin tak paham pon ada.

Selalu juga la guna bila nak translate apa-apa yang pendek dan ringkas.  Biasanya tulis je dalam Melayu pastu copy paste kat Google translation.  Dah dapat hasilnya tu copy balik ke tempat asal (biasanya kami baiki balik bila ada yang tunggang langgan - nak2 plak bila kite menaip dalam bahasa rojak gini dan menggunakan singkatan - HANCUS).  Ya la mesin, mana ada tolak ansur, dia keluar takat yang ada dalam simpanan (memory) dia je lah.  Kite manuasia yang flexsible n bijak ni lah kena menambahbaik lagi supaya apa yang hendak disampaikan tercapai ... bak kata orang yang tersirat jelas tersurat.

Walau bagaimana pon memang kami guna, dengan bantuan google cepat skit le dari kami translate sendiri yang terkial-kial mencari sesatu perkataan, kekadang tak jupe/terpikir plak words yang sesuai pon hehehehe.  Bila google dah tolong translate pepandai le plak baiki ayat tu jadi bahasa omputeh yang lebih proper (pada tahap pembacaan aku le).

Agak-agaklah apa hasilnya kalu kami copy paste yang tercatat kat atas tu bagi google translate ??? nak tengok ...JOMS cuba (hehehe ni hasilnya translate satu perenggan pertama je nih) :

Google Translate is a lot of help when ni nak for translation, especially for us who are not clever but kekadang omputeh ni tu be banter and increasingly do not understand pounds there.

selepas di tambah baik : 
Google Translate give a lot of help when using it to translate, especially for us who are not good but sometimes it be funny and totally do not understand.

selepas copy paste dan translate ke Malay semula  hasilnya (hampir menyamai yang asal) :
Google Translate memberi banyak bantuan apabila menggunakan ia untuk menterjemahkan, terutama bagi kita yang tidak baik tetapi kadang-kadang ia menjadi lucu dan benar-benar tidak faham. 

Kesimpulannya : 
Kite kena usaha untuk menambahbaik beberapa kali bagi memastikan apa yang kite nak sampaikan tercapai.

selamat mencuba !!

  

No comments:

Post a Comment