Sunday, 5 August 2012

Qiam Bersama Tuanku Sultan Kelantan

Tuanku Sultan Kelantan yg amat kami hormati dan sayangi, jomssss pakat sertai Qiam bersama Tuanku di ISTANA NEGERI KUBANG KERIAN.


Kdg2 Tuanku sendiri menjadi imam solat, menyembelih lembu korban dsbnya.  Moga2 Tuanku terus menjadi contoh terbaik sebagai pemimpin. 

Photo: Aisyah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda: Jika Allah Menghendaki kebaikan terhadap seseorang Raja, maka diberinya seorang Menteri yang Jujur. Jika lupa diingatkannya, dan jika ingat dibantu. Jika Allah menghendaki Sebaliknya, maka Allah memberi kepadanya Menteri yang tidak jujur, hingga jika lupa tidak iingatkan dan jika ingat tidak dibantu. (HR Abu Dawud)
Petikan kata-kata Tuanku Sultan Kelantan  : "Menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya"

Photo: Sultan yang kami sayangi...Timbalan Yang Dipertuan Agong
Tuanku hanya berselipar tanpa stokin !! Bagi yang tidak mengenali Tuanku Sultan, bila tgk Tuanku berpakaian begini pastinya kita anggap Tuanku seperti insan biasa. Allahu Akhbar, moga seluruh negeri Kelantan dan rakyatnya terus dirahmati Allah. Amin.



Buah / Pokok Ajaib

Hah pokok ajaib !!!  Pokoknya biasa cam pokok2 lain jerk cuma nama je AJAIB. ianya ajaib sbb buah dan daun nye.
Buah yang masak meranum tu bila kita makan rase manis, lepas bila kita makan atau minum makanan lain semua akan terasa manis.... so cer try petik n makan, tgk banyak masak kat pokok tu !!!








Yang kedua ajaibnya : pada DAUN, daun tu bila makan akan ilg segala rase (dalam mulut jadik cam kebas gitu kot), kunyah2 daun tu leh wat ubat sakit gigi.


Thursday, 2 August 2012

Ulam Raja

Ulam raja ni byk tumboh melata kat tepi umah.  Kalu namanya ulam, sure gengnya budu, sambal tempoyak, cili padi fuhhh terangkat.
gambo dari pakcik google

Pokok ni sgt senang tumboh, kalu dah ada sepokok tu, bila dah berbunga, then biji benih dah kering, di bawa dek angin tah mana2, maka penuh le sekeliling umah dgn Ulam Raja.  nak2 lepas ujan berceracak naik anak2 benih.  dh byk2 gitu mmg tak abis makan.

biji Ulam Raja yang ringan sedang di bawa terbang dek angin.


Bunganya cantik juga color purple.  emm kalu korang berkunjung ke resthouse, cakap je nak makan Ulam Raja, insya allah kami pi petik kat pokok....FRESH dari kebun, nak2 time awal pagi segar bugar gitu.

Cara nak simpan lepas petik Ulam Raja : jirus air n sejat, masuk kan dalam pasti n ikat, simpan dalam peti ais, lepas dah byk ari pon masih segar, coba lah.



Wednesday, 1 August 2012

Sambal Kicap

terjupe kat Sembang2Melayu.Com (dari NoorMasri), sodap nih

SAMBAL KICAP

Bahan2nya:
20 biji cili padi
1 ulas bawang putih sederhana besar
sedikit gula (bergantung pada jenis kicap)
cuka/air asam jawa secukupnya
kicap manis/masin

Caranya:
1.Masukkan cili padi, bawang putih dan gula dalam pengisar dan kisar lumat.
2.Masukkan kedalam bekas dan tuangkan kicap dan sedikit cuka/air asam jawa.
3.Biarkan sekejap (lebih lama lebih baik sebab ramuan dah sebati), sedia untuk dihidang.

Sesuai utk cicah ikan bakar, tauhu sumbat/goreng, pisang goreng, tempe dll.

(gambar blog notacintahatiku)

Buah Salak

Buah salak mmg byk dan murah di area pasir mas.  kalu nak,  leh oder ngan kami....nk makan fresh leh dtg petik kat pokok....nyum2 rangup.  Pokok salak ni berbuah sepanjang taun, time lebat or banyak tentulah musim buah kan.  Pokok ni nak kena rajin jaga n belai (ati2 dengan duri tu). Daun nak kena selalu trim (potong buang dahannya yang berpelapah cam sawit - palm oil).

(gambo ni jupo kat google- maaf ya dah lupo blog mana, nnt dah snap sendiri, kite replace yg ni).  Nak bagi buahnya lebat kena rajin kawinnya.  Ha bab ni kena cari bunga jantan, potong, pegi kat bunga betina then berus2kan dengan berus cat tu ke bunga betina, ulang step yg sama kat bunga betina ni 2/3 selepas selang 2/3 ari (di buat ulangan sbb nak pastikan banyak buah yang 'terkawin'), kalu dah byk yg kawin sure lebat lah buahnya, insya Allah.

Cili Segar Kampung


Cili segar dari kampung, bila nak makan je petik then masuk dalam budu. mmg best.  Tambah plak plak durian atau tempoyak. nak lagi meletup tambah petai, jering, ulam raja, pegaga ... perggg tau2 abis nasi 2 pinggan !!!
Gambo ni ehsan dari fazlisyam.com.  Kalu ada kesempatan nnt nak gi snap cili kat belakang umah n upload.

Cili jenis bulat2 cam buah ceri dulu ada gak dalam koleksi tapi dah mati n tak sempat nak continue warisannya.  cantik cam bunga. Namanya pun Cili Ceri, Pimiento.
Sekarang yang ada cili yang hijau gemuk2 nih, kalu time lebat tu mmg cantik. Tak tau nama ape, kalu dah dpt namanya kite war2kan kat sini.
Apa-apa jenis cili tidak sesuai ditanam dengan tanaman jenis sayur atau ulaman lain kerana pedas cili boleh menarik lalat buah dan daunnya pula feveret lalat putih.




Ape Plan n Pencapaian Loni

salam,

1 Ogos 2012 : emm dah masuk bulan Ogos,
maknanya dah 7 bulan dah kite berada dalam tahun 2012.
actually masih byk
kekurangan tuk capai target :
apa pencapaian kite taun ni ekk? oppps b4 ckp pasal pencapaian,
ada tak perancangannye dulu.
perancangan 2012 patutnya awal taun la kan atau
paling lewat pon sebulan lepas iaitu Julai.
pastu baru leh cerita pelaksanaan kite then pencapaiannye.
(1) Nak kena organise
sebaik mungkin
ehhh kalu takde lagi masih lum tlmt tuk wat perancangan
bg taun ni, so milestone nye kite ubahsuai ikut plan kite. btol tak??
Plan IsyRaQ RestHouse : (2) Nak kena usahasama dengan byk pihak
taun lepas - 2011 : renovation, then daftar, pasang signboard,
lengkapkan rumah dll
taun ni - 2012 :  target nk dptkan lg byk tempahan,
biar rumah sentiasa full baru meriah. so langkah yg diambil :
 (3) Nak kena byk belajar mempromosi,
bertanya dengan yg lebih arif
A. Promosi Maya
(1) create blog (but x brp smpt nk manage).
(2) ada gak wat sites (pon terbengkalai)  : but dua2 ni InsyaAllah
akan diusahakan atleast 1 post / week (for blog).
(3) daftar dengan direktori homestay lain (alhamdulillah
dah daftar kat 2 tempat - anggerik dan muaturunsini )
B. Promosi Manual (4) Nak kena byk contact
dengan pengusaha2 lain
(4) create  dan print brosure, then edar (dah create, dlm proses
print then edar this week !!!!)
C. Mantapkan lagi resthouse (touch up mana2 yang kurang)
so takat ni alhamdulillah, tempahan dah bertambah but
not full (org kata tak excellent lg) ... bab ni nak kena bg
perhatian LEBEH (peringatan tuk diri sendiri).
(5) baru la leh capai TARGET

sekian tuk N3 ari ni.