Sunday, 2 December 2018

CARA RASUL MENGKONSUMSI GARAM

as-salam.

KENAPA GARAM?
TAKUTKAN PENYAKIT YANG TIMBUL DARI GARAM?
INI CARA RASUL MENGKONSUMSI GARAM

Nabi Muhammad Shalallahi wa'alaihi wasalam bersabda : "Sebaik-baik lauk adalah garam" (Al-Baihaqi).
SEBAIK BAIK LAUK ADALAH GARAM

Sangat bertentangan dengan dunia medic ketika ini yang mengatakan bahwa makan garam boleh menyebabkan berbagai penyakit seperti darah tinggi, dehidrasi, tulang reput dan penyakit hempedu, namun hal itu tidak akan terjadi jika Anda mengetahui cara mengkonsumsi garam dengan baik dan secara betul. Sesuai Sunnah Rasul.

Begini Cara Mengkonsumsi Garam Agar Terhindar Dari Penyakit2

Jadi sesuai dengan hadis di atas yang menyatakan Garam bukanlah penyebab penyakit, tapi malah ubat yang paling mujarab seandainya digunakan dengan cara yang betul.

Kuncinya adalah
GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!!!.
Ingat, tidak boleh dimasak!!!

Kesalahan kita (kebanyakan orang Melayu) ialah kita memasak garam yaitu memasukkan garam ke dalam masakan ketika masakan sedang MENDIDIH / PANAS.

Hal tersebut akan menyebabkan garam menjadi racun /toksik… Jika garam dimasak dengan cara di atas, garam akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang berbagai penyakit, selain itu kandungan sodium pada garam juga akan hilang dengan percuma. Ingat sodium sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh kita.

Begini cara yang betul penggunaan garam, agar garam benar-benar menjadi ubat bagi anda, bukan jadi penyakit.

Masaklah makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. Contohnya: masakan sayur sayuran – masukkan garam dalam masakan apabila makanan dan airnya sudah beransur sejuk, atau dalam keadaan dingin.

Ingat makanan yang dimasak harus tanpa garam, ingat tanpa garam!!!!

Ketika nak makan, sediakan semangkuk garam dan taburkan di atas makanan yang ingin dimakan sesuai selera masing2.

Garam adalah mineral bagi tubuh, "Banyak amalan yang dilakukan oleh para Salafus soleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulai makan".

Garam digunakan sebagai pembuka makan dengan mengambilnya dengan ujung jari dan dimasukkan ke mulut.
INGAT, GARAM ADALAH MINERAL !!!!
Kelebihannya atau manfaatnya... mengkonsumsi garam antara lain ialah:
Mengubati lebih dari 70 penyakit, antara lain darah tinggi, diabetes, tulang reput, pening atau sakit kepala dll serta tidak akan mengalami keadaan mati mengejut.

Silakan sebarkan, sekiranya anda ingin orang-orang yang anda cintai menjadi sihat...

Berbagai penyakit yang didakwa timbul akibat garam seperti gejala jantung dan tekanan darah tinggi adalah akibat dari penggunaan garam yang salah.
Karena kalau memasak jangan masukkan garam... Ingat garam jangan dimasak.

In Shaa Allah penyakit darah tinggi, jantung mampu dihindari dengan cara pemakanan garam yg betul.

Jadi kesimpulannya, yg sebetulnya garam itu adanya di meja makan, bukan di dapur.

MARILAH BERUBAH AGAR SEMUA SIHAT.
ORANG ASING LEBIH AWAL DALAM PENGAMALAN GARAM DI MEJA...
Semoga bermanfaat...

Friday, 23 November 2018

MENGHARGAI..😊

As Salam & Selamat Pagi

JUMAAT 23hb. Nov/15 R'AWAL 1440H

"Hidup bukan tentang mendapatkan apa yang kamu miliki, tapi tentang menghargai apa yang kamu miliki & sabar menanti apa yang akan menghampiri"


Tuesday, 20 November 2018

Amalan Ahli Syurga


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Ahli Syurga

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya ia mendatangi Nabi SAW seraya berkata; Ya Rasulullah, ceritakanlah kepadaku tentang amalan yang jika aku kerjakan maka aku akan masuk syurga?" maka baginda bersabda: "Sebarkanlah salam, ucapkanlah perkataan yang baik, sambunglah hubungan silaturahim dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat." (HR Ahmad No: 9996)

Wednesday, 14 November 2018

Ayah telah kembali ke Rahmatullah

as-salam.

14 November 2018.  Ayah telah kembali ke Rahmatullah.  Pergi meninggalkan kami, anak cucu dan cicit buat selamanya.  Tiada lagi gurau senda dan usikan yang diiringi gelak tawa cucu cicit.  Ayah tenanglah di sana.  Ya Allah, moga Ayah sentiasa dalam redhaMu, moga Ayah sentiasa dalam RahmatMu.

Ayah sentiasa merindui Arwah Ma.  Tiga tahun ayah merindui Arwah Ma.  Hari ini ayah telah pergi menemui Pencipta Yang Agung, moga Ayah dapat bersama Arwah Ma.  Ya Allah permudahkanlah urusan arwah Ayah dan Ma di sana.


Ayah mengadu sesak nafas semasa perjalanan pulang dari makan tengahari.  Ayah minta segera balik ke rumah dan sempat sampai ke rumah.  Ayah minta hantar ke hospital.  Ayah masih boleh berjalan dan bercakap semasa menaiki kenderaan untuk ke hospital. Ayah meninggal dalam kenderaan semasa tiba di hospital.  Pemergian arwah ayah secara tiba-tiba mengejutkan semua.
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Al-fatihah.

Wednesday, 7 November 2018

Kata Hamka

as-salam.


Kata Hamka :
□  Jika Subuhnya senantiasa  dipelihara....
     Itu tanda akan Selamat      dari neraka.
□  Jika Subuhnya tiada dia      tinggal.....
     Allah melindunginya dari      segala arah.
□  Jika Subuhnya didahului      dengan Sunat....
     Pasti seluruh dunia beserta      isinya, dia dapat.
□  Jika Subuhnya bergelap-gelap      menuju Musholla.....
     Di kegelapan akhirat ia      dapatkan cahaya.
□  Jika Subuh hingga awal Dhuha      (Isyroq) berwirid pula......
     Mendapat pahala      Umrah dan Haji sempurna.
□  Jika Subuhnya tiada dijaga.      Maka pada wajahnya tiada      cahaya.
□  Jika Subuhnya sengaja      terlupa.....  
Tanda Imannya tiada      bernyawa....
□  Jika Subuhnya terasa      berat.....
     Tanda munafiq sudah      mendekat....
□  Jika Subuh tiada peduli....     Tanda Iman menghampiri      mati....
□  Jika Subuhnya tiada      berjama’ah....
     Tanda hidupnya akan hilang      barokah.
□  Jika Subuhnya tiada      ke Masjid.....
     Tanda imannya ada penyakit.
□  Jika Subuhnya selalu      terlewat....
     Tanda imannya semakin      cacat....
□  Jika Subuhnya diakhir      waktu.....
     Tanda iman semakin      kelabu....
□  Jika Subuhnya hari sudah      siang.....
     Tanda rezekinya sudah hilang...
□  Jika di waktu subuh masih      mendengkur.....
     Tanda syaitan memeluknya      dalam tidur.

 - والله اعلم -

Sunday, 4 November 2018

Barangan Halal

as-salam.

(ISLAM)

1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar).
2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar).
3. Minyak Masak Tiara (FELDA).
4. Minyak Masak Saji (FELDA).
5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA).
6. Susu Cair Saji (FELDA).
7. Maggie Sajimee Saji (FELDA).
8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA).
9. Marjerin Pelangi (FELDA).
10. Sos Cili Pelangi (FELDA).
11. Sos Tomato Pelangi (FELDA).
12. Jem Peanut SunBear (FELDA).
13. Sardin Agromas.
14. Sardin Pertima.
15. Kopi Hang Tuah.
16. Bihun Sufi.
17. Mi Kuning Sufi.
18. Kuey Teow Sufi.
19. Garam Sufi.
20. Sos Lada Hitam Sufi.
21. Sos Cili/Tomato Sufi.
22. Kicap Masin/Manis Sufi.
23. Tepung Goreng Sufi.
24. Minyak Masak Sufi.
25. Telur Cap Sufi.
26. Ubat gigi Najwa.
27. Ubat gigi Halagel.
28. Garam Halagel.
29. Tepung gandum Cap Bidara.
30. Tepung gandum Faiza.
31. Jus minuman Safina.
32. Syampoo D’herbs.
33. Pasaraya Mydin.
34. Pasaraya MyMart
 (kedai keluaran Mydin).
35. Bihun Kampung.
36. Burger Ramly.
37. Air Mineral Eden.
38. Air Mineral Ala Fonte (Mofaz).
39. Beras Faiza.
40. Beras Langsat.
41. Kicap Adabi/Tamin.
42. Kicap Cap Kipas Udang.
43. Minyak Masak Alif.
44. Nugget Ayamas.
45. Sos Rohaya.
46. Sos Adabi.
47. White Coffee 9 in1 (Razbiana Industries).
48. Zby Galeri Dinamik.
49. Produk ZUZA.
50. Bihun ikhwan.
51. Mee kuning Ikhwan.
52. Kuetiau Ikhwan.
52. Agar-agar Ikhwan.
53. Sos Cili ikhwan.
54. Sos Tomato ikhwan.
55. Sos Tiram ikhwan.
56. Air Mineral Ikhwan.
57.Ubat Gigi Ikhwan.
58. Fishball ikhwan.
59. Fishcake Ikhwan.
60. Roti Ikhwan (aneka roti).
61. Donat Ikhwan.
62. Soya Ikhwan.
63. Minuman berkabonat Ikhwan.
64. Air mineral Ikhwan.
65. Sabun Ikhwan.
66. Coklat Ikhwan.
67. Biskut Jari Ikhwan.
68. Taugeh Ikhwan.
69. Keropok lekor.
70. Tauhu Ikhwan.
71. Roti canai segera ikhwan.
72. Ayam masyriq/AGI.



KEMPEN TURUN HARGA!

BELILAH:
Ayam Halalan Toyyibaa.
1. Ayam Hijrah.
2. Ayam Az-Zain.
3. Ayam-Qu sejuk beku.
4. Ayam Ikhwan.

Sokong Minyak Masak Islam:
1. Saji - Felda.
2. Tiara - Felda.
3. Alif - SimeDarby.
4. Olife - SimeDarby.
5. Adela Sunflower/Canola - Felda.
6. Cap Tiga Udang (Jenis Paket – Felda).


AYUH KITA JIHAD EKONOMI!

ألله اكبر! ألله اكبر! ألله اكبر!