Monday, 4 March 2019

1 Shafar

as-salam.

Ba'da Maghrib - selepas Maghrib sudah masuk  1 Shafar. Rasullullah Bersabda "Barang Siapa Yang Memberitahukan Berita 1 Safar Kepada Yang Lain, Maka Haram Api Neraka Baginya".   Dan berdzikirlah mengingat اَللّهُ ... "Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaaha ilallah, Allahu-Akbar, laa haula wala quwata illa billahil aliyil adzim” Sebarkan!, Anda  akan membuat beribu-ribu manusia berzikir kepada Allah SWT  آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ  ... Jangan putus di tangan anda. Sebarkanlah, tak sampai pun 1 minit.. اَللّهُ maha besar


Sunday, 3 March 2019

My Bagawak Murado

Bagawak Murado di Isyraq Rest House
as-salam.

Bagawak Murado, memula dengar namanya memang pelik.  Bila search kat Google rupanya memang betul nama pokok ni Bagawak Murado.  Mula berbunga bila tiba bulan Februari, jadi ada yang memanggil pokok ni sebagai pokok bunga Februari.

Bagawak Murado di tanam di Isyraq Rest House pada tahun lepas, 2018 sebanyak 2 pokok, hadiah dari kawan "pokok ubat katanya".  Pokok ini tumbuh dengan subur dan sangat cepat membesar.  Daunnya merimbun hingga kami terpaksa buang sebahagian daun-daun sebab seakan tidak dapat ditanggung oleh batangnya yang masih kecil.

Beberapa bulan selepas ditanam pokok ini seakan 'beranak'.  Ada 3 pokok kecil yang tumboh berhampiran pokok asal.  Pokok ini boleh mencapai 2-5 meter tinggi dengan lebar daunnya 15-20cm.

Bagawak Murado menngumtum
di Isyraq Rest House

Kami pindahkan anak-anak pokok ke lokasi yang lain apabila ianya bersesuaian untuk dipindahkan.  Pada masa ni kami tidak tahu macam mana rupa bunganya.

Sehinggalah datangnya bulan Februari 2019, pokok ini mengeluarkan kudup2 kecil.  Agak lama juga kami tunggu dan melihat kudup2 semakin panjang dan mula mengembang di akhir Februari.   Sekarang makin banyak yang mengembang.

Kami tidak pasti dari mana asal pokok ini, mungkin dari Filipina.  Mungkin juga ada spesis yang sama di Malaysia.  Melihat pada namanya bunyi macam Filipina.

(Bagawak morado belongs to  family Lamiaceae and is native to Papua New Guinea and the Philippines.)




Gambar dari PicBon
 
Rujuk gambar dari PicPon untuk lihat bagaimana bunga pokok Bagawak Murado berkembang.  Bunga-bunga Bagawak Murado kami masih belum menguntum sepenuhnya seperti gambar dari PicPon tetapi tetap cantik.

rujukan :
1. newsgra
2. pinoytrees
3. makiling.center




Permohonan Tuntutan Perjalanan bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke- Hospital bagi Pesara2 Perkhidmatan Awam

as-salam.

Permohonan Tuntutan Perjalanan bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke- Hospital bagi Pesara2 Perkhidmatan Awam
Rujuk Borang
JPA.BP.UBAT. B04.

Kemudahan bagi pesara yang membuat rawatan di Hospital.
Dukumen2 berikut hendaklah di Photostat serta dilampirkan :

1. Surat 'Arahan Doktor'. contoh rujuk ke IJN
2. Slip kehadiran
3. Kad Pesara.
4. KP Isteri.
5. KP Pesara.
6. Resit Tol
7. Penginapan -
Sertakan Resit Hotel jika melebihi 25Km.
Jika kurang boleh tuntut Elaun Perjalanan sahaja.

Jika perlu penerangan lanjut Telefon Nombor dibawah
dan borang boleh dimuat-turun dilaman  web :
 www://kwap.gov.my


8. Borang Lengkap hantar kpd Alamat:-
Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).
Aras 1, Sky Tech Tower 2.     
MKN Embassy Techzone
Jln Teknokrat 2,
Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor.

No.Tel: 03-88878777

Mesej Kebajikan untuk Pesara2 Kerajaan.
Sampaikan dan panjang2kan kepada Pesara atau Bakal2 Pesara.
Maklumat ini sebagai amal bakti kita bagi menolong sesama insan tidak mengira apa bangsa & agama.






ADA ORG SEDIH ❤❤😥😥

as-salam


Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun. 😢😢
Saya je kena ziarah mereka. :
Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi x singgah ..

Mari saya bagi tau. ✍🏼✍🏼

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturrahim. Jika kita buat kita dapat pahala. Mereka x dapat. ✍🏼

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala @ kebencian @ dendam @ cemburu.✍🏼

Jadi biarkan orang yang x nak menyambung silaturrahim. ✍🏼✍🏼

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.✍🏼✍🏼

Seperkara lagi:

Saya sendiri tidak kesal @ kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. ✍🏼Mungkin mereka bz. Ada hal lebih penting daripada silaturrahim. ✍🏼

Kita x perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita..✍🏼membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .✍🏼

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu: ✍🏼✍🏼✍🏼

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...✍🏼😥

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...✍🏼😢

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...😢✍🏼

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...✍🏼😢

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...✍🏼😢

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...✍🏼😢

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...✍🏼😢

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan. ✍🏼✍🏼❤❤

Maka..✍🏼
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu ✍🏼✍🏼✍🏼lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....😢😥

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.🙃

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.🧐

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.😥😥

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

LAPAN (8) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN

as-salam.

Saya sekadar berkongsi apa yang diterima, moga bermanafaat.
---------------------------------------------------------------------------

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

5. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian , kebaikan dan kehebatan orang lain.

6. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

7. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

8. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan . Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 8 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Apabila kita sudah melepasi umur :

40an..Kita nilai hidup ini berbeza

50an...kita menilai dunia ini hanyalah tempat persinggahan yg membina jiwa lebih kpd lebih memaaf dan redha

60an..terasa lambaian kematian untuk menghadiri mahkamah Ilahi berada di hadapan pintu

Kongsikan bersama dengan semua.😘

Saturday, 2 March 2019

Khasiat Bunga Cempaka

Cempaka Merah
as-salam.

Cempaka atau Michelia mempunyai 3 spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih (michelia alba)[1], warna kuning,dan warna merah (michelia champaca)[2].


Bunga Cempaka Merah merupakan bunga yang jarang ditemui. Bunganya berwarna merah muda dan tumbuh di ujung ranting. Ukuran bunganya antara 5-7 cm dengan kelopak yang tersusun rapi.

Aroma bunga cempaka ini sangat tajam dan menyengat. Banyak digunakan sebagai aromaterapi.


Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin. Minyak pati cempaka di dapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.

Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed (berdasarkan rujukan pihak MARDI pada buku-buku dan pengakuan pengamal perubatan tradisional tempatan) :

1. Bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema.


a. wanita selepas bersalin

Kegunaan dan penyediaan bagi pokok cempaka kuning untuk wanita selepas bersalin adalah dengan cara mengambil beberapa helai daun dan bersihkannya terlebih dahulu.

Kemudian rebuslah sehingga mendidih dan setelah airnya suam kuku barulah diminum.

b. Kencing tidak lawas
Ambil beberapa kuntum bunga dan bersihkan terlebih dahulu.
Selepas itu rebus sehingga mendidih dan kemudian tunggulah sehingga suam untuk diminum.

c. Demam selsema
Ambil akarnya dititik atau pech-pecahkannya.
Kemudian direbus sehingga mendidih dan tunggulah ia suam dulu barulah diminum perlahan-lahan.


2. Cempaka putih pula, berguna untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok.

a. Merawat pitam
Ambil beberapa kuntum bunga untuk direbus.

b. Merawat bronchitis
Sama caranya dalam merawat pitam. Cuma ia ditambah dengan madu sebelum diminum.

 c. Penyakit bisul
Ambil beberapa helai daunnya yang segar dan ditumbuk sehingga lumat.
Setelah itu tepekkan ia ditempat yang kena bisul tadi.


Sumber Blog fazlisyam.com

Friday, 1 March 2019

Salam Jumaat

as-salam.

10 AMALAN AHLI SYURGA

Pertama :

Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.

Kedua :

Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat...

Ketiga :

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.'dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka

Keempat :

Jaga solat duha, kerana kunci rezeki terletak pada solat duha.Yakinlah, manfaat solat duha sangat dasyat dalam mengundang rezeki...

Kelima :

Jaga sedekah setiap hari.Kalau boleh amalkan sedekah subuh kerana disana Malaikat sedang menanti untuk doakan orng yng bersedekah subuh. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda. Teman setia yng sedang menunggu kita di mahsyar nanti adalah sedekah..

Keenam

Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang ss
sentiasa berwuduk. Kata Imam Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa dalam solat walau ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Yaa Allah”.

Ketujuh :

Amalkan istighfar setiap saat. Kerana dengan istighfar Allah akan ampun dosa kita walaupun dosa kita sebesar dunia ini Allah akan ampun Hati yng penuh dng dosa akan menyebabkan nor hidayah Allah tidak akan menembusi hati yng disaluti najis dosa. Jadi basuhlah hati kita dng istighfar pasti nur hidayah Allah akan terus memancar masuk kelubuk hati kalian jadi apabila Nur hidayah masuk maka banyaklah pertolongan akan memandu kalian ke jalan syurga.

Kedelapan

Berjalan ke majlis majlis ilmu dan zikir kerana disana malaikat sedang menanti untuk doakan mereka yng berada dalam majlis ilmu dan zikir dan janjikan jalan ke syurga bagi mereka yang berjalan kemajlis ilmu dan zikir maka rebutlah peluang keemasan ini jangan sampai terlepas.

Kesembilan

Memberi makan kepada manusia atau binatang. Kerana Nabi Ibrahim Khalillullah tidak akan makan kecuali bersama tetamu nya di sepanjang hidupnya

Kesepuluh

Sebarkan salam kepada orng yng kita kenal atau pun kepada orng yang tidak kita kenal. Kerana dalam ucapan salam itu terkandung banyak rahsia yang tersimpan

Sebarkanlah ilmu ini
Jangan sombong dan jangan kedekut