Sunday, 3 March 2019

My Bagawak Murado

Bagawak Murado di Isyraq Rest House
as-salam.

Bagawak Murado, memula dengar namanya memang pelik.  Bila search kat Google rupanya memang betul nama pokok ni Bagawak Murado.  Mula berbunga bila tiba bulan Februari, jadi ada yang memanggil pokok ni sebagai pokok bunga Februari.

Bagawak Murado di tanam di Isyraq Rest House pada tahun lepas, 2018 sebanyak 2 pokok, hadiah dari kawan "pokok ubat katanya".  Pokok ini tumbuh dengan subur dan sangat cepat membesar.  Daunnya merimbun hingga kami terpaksa buang sebahagian daun-daun sebab seakan tidak dapat ditanggung oleh batangnya yang masih kecil.

Beberapa bulan selepas ditanam pokok ini seakan 'beranak'.  Ada 3 pokok kecil yang tumboh berhampiran pokok asal.  Pokok ini boleh mencapai 2-5 meter tinggi dengan lebar daunnya 15-20cm.

Bagawak Murado menngumtum
di Isyraq Rest House

Kami pindahkan anak-anak pokok ke lokasi yang lain apabila ianya bersesuaian untuk dipindahkan.  Pada masa ni kami tidak tahu macam mana rupa bunganya.

Sehinggalah datangnya bulan Februari 2019, pokok ini mengeluarkan kudup2 kecil.  Agak lama juga kami tunggu dan melihat kudup2 semakin panjang dan mula mengembang di akhir Februari.   Sekarang makin banyak yang mengembang.

Kami tidak pasti dari mana asal pokok ini, mungkin dari Filipina.  Mungkin juga ada spesis yang sama di Malaysia.  Melihat pada namanya bunyi macam Filipina.

(Bagawak morado belongs to  family Lamiaceae and is native to Papua New Guinea and the Philippines.)




Gambar dari PicBon
 
Rujuk gambar dari PicPon untuk lihat bagaimana bunga pokok Bagawak Murado berkembang.  Bunga-bunga Bagawak Murado kami masih belum menguntum sepenuhnya seperti gambar dari PicPon tetapi tetap cantik.

rujukan :
1. newsgra
2. pinoytrees
3. makiling.center




No comments:

Post a Comment