Sunday, 6 January 2013

Ikan Siakap Rebus ala Stim

salam.

Ikan Siakap Rebus ala Stim - guna bahan-bahan sebagaimana stim seperti bawang putih, bawang merah, halia, limau nipis, garam dan serai (kalu nak pedas tambah / masukkan cili).









We purchased a fresh siakap which is also known as barramundi at TESCO Kota Bharu cost at 12.90 per kilograms.

Masukkan semua sekali ikan dan bahan-bahan dalam periuk dan rebus hingga masak.  Sekejab je.  Petua kalu nak tau ikan dah masak ke belum, mata ikan tersembul bila dah masak.

Resepi siakap stim boleh amik kat MyResepi oleh Mat Gebu atau terus je cari kat blog TiffinBiru.

Kalu sesapa nak membeli benih ikan siakap sila ke blog : http://ikansiakap.blogspot.com/

Pantai Sri Tujoh

salam.

Laluan masuk di tepian pantai.  Hanya ada beberapa buah kereta pengunjung di musim tengkujuh.  Gerai peniaga juga baru dipacak ... ada lah dalam dua tiga buah.  Kepada peniaga-peniaga yang gigih mencari sumber pendapatan yang halal .... moga dimurahkan rezeki.

Tasik di sebelah laut yang bergelora.  Di tasik ni ada kawasan pemeliharaan ikan dalam sangkar.  Harap-harap air laut tidak bercampur dengan air tawar/payau di tasik yang boleh menyebabkan kerugian beratus malah beribu ringgit kepada penternak ikan.

Laut China Selatan yang menghempas pantai.  Tidak ada siapa yang berani menghampiri gigi air di pantai Sri tujoh.  Ombak yang bergulung-gulung menghempas pantai menghakis pasir dan menumbangkan pokok-pokok di sepanjang tepian pantai.


Suasana tenang di tepian tasik.  Terasa aman sekali. ternampak pembangunan di seberang tasik.  Ada resort yang boleh di sewa oleh mengunjung dengan pemandangan tasik yang indah.













Pokok-pokok yang dihentam pukulan ombak musim tengkujuh bergulingan di gigi air.  hati-hati jangan sampai ke tepian takot tetiba datang ombak besar dan mengheret ke laut dalam serta tenggelam dalam gulungan ombak.







Suasana tasik yang meluas sejauh mata memandang mengusik memori indah di sanubari ... erkkk dalam hati berbunga-bunga plak.

Jagung

salam.

Projek memasak jagung : rebus, bubur dan cucur jagung !!! Masih ada lagi berbaki, tengah fikir nak masak apa lagi ... pulut jagung pon sedap juga kan?? Moh cari resepi kat MyResipi or mana-mana blog !!


Buat simple je, potong jagung kecik-kecik, masukkan air, gandum dan garam.  Gaul sebati dan goreng !!

Kalu nak lagi sedap dan rasa lemak-lemak, boleh lah tambah atau masukkan telur atau susu segar atau dedua sekali.


Goreng hingga masak dan kekuningan, api jangan besar sangat.  Dah siap goreng, boleh hidang.











Sedap di makan dan sos cili atau penyincah.


Thursday, 3 January 2013

Bas paling mewah di dunia.. saksikanlah!!

salam.

Cantik dan mewah.  Mari kite sesama layan gambar-gambar dari HarakahDaily hingga boleh memuatkan sebuah kereta (yang juga mewah) di bawahnya.


Bas paling mewah di dunia.. saksikanlah!!

Lebah dan Lalat



salam.

suka phase ni, so copy paste dar FB :

jangan jadikan pandangan mata ini
seperti mata lalat
yang hanya mencari sesuatu
yang busuk dan buruk
yakni yang hanya melihat keburukan
dan kesalahan orang lain..
jadikanlah pandangan mata ini
seperti mata lebah
yang hanya memandang kewangian
dan keindahan
yakni yang hanya memandang kebaikan orang lain
sehingga melupakan

keburukan orang lain
Semoga kita semua jadi sang lebah yang hanya nampak KEBAIKAN.  Jangan asik duk CARI GALI kesalahan orang YANG KECIL (yang dah masuk muzium plak tu).

Ya Allah sabarkan dan jauhkan kami dari ORANG Yang Bersifat seperti LALAT.

Amin.

gambar Lebah dari blog Lukisan Alam Ini : sila klik untuk dapatkan info berguna pasal lebah di blog tersebut.

Wednesday, 2 January 2013

Cinta Qaseh

salam.

Minggu lepas berakhir sudah kisah Mimpi Cinderella (like the ending - walaupon terasa cam tercepat sangat habisnya).   Malam tadi 1 Jan 2013, jam 9.00 malam di TV3 slot ni membawa kisah baru iaitu Monumen Cinta Qaseh.

Sinopsisnya boleh tengok kat blog-blog lain, cari je pasti berlambak.  Cerita ni ada nak seiras dengan cerita yang disiarkan jam 7.00 petang setiap Isnin-Khamis di TV3.  Cerita kawen paksa erkkk Terlanjur Cinta pon kisah kawen paksa.  Pastu ada kes terPREGNanT.  Gitu le kalu asalnya dari novel !!!  Kembar tak seiras.

Apa-apa pon tahniah lah kepada tuan punya novel, penerbit, pengarah, pelakon dan semua yang terlibat.  Cerita-cerita rekaan korang memang BEST tak kisah lah sama ada novel atau script drama/telemovie dsb.

Petang nanti jomsss kita layan sesama kisah Setia Hujung Nyawa.  Sesambil melayan keletah anak-anak,   boleh hilangkan stress menEDIT program PHP nih.   eeeiii buhsan nyerrr dengan programming niiii !!!


Tuesday, 1 January 2013

Bila Google Menterjemah

salam.

Google Translate ni memang banyak membantu bila nak buat terjemahan terutama bagi kami yang memang tak pandai omputeh ni tetapi kekadang tu jadi kelakar dan makin tak paham pon ada.

Selalu juga la guna bila nak translate apa-apa yang pendek dan ringkas.  Biasanya tulis je dalam Melayu pastu copy paste kat Google translation.  Dah dapat hasilnya tu copy balik ke tempat asal (biasanya kami baiki balik bila ada yang tunggang langgan - nak2 plak bila kite menaip dalam bahasa rojak gini dan menggunakan singkatan - HANCUS).  Ya la mesin, mana ada tolak ansur, dia keluar takat yang ada dalam simpanan (memory) dia je lah.  Kite manuasia yang flexsible n bijak ni lah kena menambahbaik lagi supaya apa yang hendak disampaikan tercapai ... bak kata orang yang tersirat jelas tersurat.

Walau bagaimana pon memang kami guna, dengan bantuan google cepat skit le dari kami translate sendiri yang terkial-kial mencari sesatu perkataan, kekadang tak jupe/terpikir plak words yang sesuai pon hehehehe.  Bila google dah tolong translate pepandai le plak baiki ayat tu jadi bahasa omputeh yang lebih proper (pada tahap pembacaan aku le).

Agak-agaklah apa hasilnya kalu kami copy paste yang tercatat kat atas tu bagi google translate ??? nak tengok ...JOMS cuba (hehehe ni hasilnya translate satu perenggan pertama je nih) :

Google Translate is a lot of help when ni nak for translation, especially for us who are not clever but kekadang omputeh ni tu be banter and increasingly do not understand pounds there.

selepas di tambah baik : 
Google Translate give a lot of help when using it to translate, especially for us who are not good but sometimes it be funny and totally do not understand.

selepas copy paste dan translate ke Malay semula  hasilnya (hampir menyamai yang asal) :
Google Translate memberi banyak bantuan apabila menggunakan ia untuk menterjemahkan, terutama bagi kita yang tidak baik tetapi kadang-kadang ia menjadi lucu dan benar-benar tidak faham. 

Kesimpulannya : 
Kite kena usaha untuk menambahbaik beberapa kali bagi memastikan apa yang kite nak sampaikan tercapai.

selamat mencuba !!