Thursday, 27 June 2013

Tips Power Pumping

salam.

Apa itu Power Pumping?

Bagi yang tidak pernah mendengar, power pumping adalah salah satu teknik mengepam yang boleh membantu ibu-ibu tingkatkan penghasilan susu. Teknik ini adalah merupakan sesi perahan intensif selama satu jam.

Bagaimana Caranya untuk melakukan Power Pumping?
ok, power pumping ini terbahagi kepada 2 cara :-

1) Single Pump - pump breast kanan terlebih dahulu selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit, sambung pam sebelah kiri pula 10 minit, then rehat 10 minit (lakukan berulang kali sehingga 1 jam)

2) Double Pump - pump kedua-dua breast secara serentak juga selama 10 minit dan berehat 10 minit kemudian sambung lagi 10 minit (ulang hingga 1 jam)


Bila Waktu Paling Sesuai untuk buat Power Pumping?

Dicadangkan pada waktu tengah malam hingga subuh / sebelum tido..kerana hormon prolaktin (hormon susu) ibu adalah sangat tinggi pada waktu ini.

Bergantung kepada keselesaan ibu-ibu dan waktu yang sesuai.
Apa yang perlu ditekankan adalah ibu-ibu perlu melakukan teknik PP ini dalam keadaan tenang dan terkawal. Jika kurang stress, hormon oksitoksin juga mudah keluar.

Dinasihatkan ibu-ibu masukkan sesi PP ini dalam jadual seharian Pengepaman. Insya-Allah, mudah-mudahan hasil susu perahan ibu-ibu akan meningkat perlahan-lahan.


Berapa lama perlu buat Power Pumping?

Ibu-ibu harus maklum bahawa hasil perahan setiap ibu tidak sama, malah mungkin ada sesetengah ibu tidak dapat hasil seperti yang diinginkan pada 1-2 hari pertama. Jadi, berilah masa untuk diri sendiri juga untuk dapatkan hasil yang lumayan, ditambah pula dengan berkat kesabaran, tidak give-up, berdoa memohon agar dipermudahkan -NYA...Teruskan misi pump dan tekad dalam hati.

Selamat Mencuba =)

Sumber : susuibuidamansimanja.blogspot.com/

Logo Kem Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Kelantan

salam.

Update pada 19 Nov 2013 : Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan logo terbaru :
(rujukan : http://isyraqresthouse.blogspot.com/2013/11/logo-terbaru-kpm.html)




Dengan ini logo sebelum ini (gambar bawah) terbatal dan tidak boleh digunapakai lagi. Harap maklum.

--------------------------------------------------------------





Kongsikan disini Logo Kementerian Pendidikan yang baru sempena pertukaran nama Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Kementerian Pendidikan selepas bergabung (semula) dengan Kementerian Pengajian Tinggi





disertakan juga logo Jabatan Pendidikan Kelantan DAN Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan.






Pokok Dukung Anak

salam.

Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Famili: Eurphorbiaceae
Nama Biasa: Dukung Anak
Nama lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian

Keterangan 
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan ini termasuk dalam keluarga Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunyai bunga-bunga kecil yang banyak . Terdapat dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal. 

Kegunaan 
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). 

Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. 

Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. 

Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. 

Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar. 

Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai. 
Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. 

Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.


Khasiat Pokok Sambung Nyawa

salam.

TUMBUHAN HERBA: Pokok Sambung Nyawa
NAMA SANISTIFIK: Gynura Procumbeus

Tumbuhan herba yang berprestasi tinggi ini berasal dari negeri China, tak hairanlah di kebanyakan kediaman kaum cina mempunyai tanaman ini, dari segi perubatan, tumbuahan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi. 
Terdapat dua jenis tumbuhan ini satu mempunyai batang yang agak kehitaman dan satu lagi agak kehijauan, kedua duanya mempunyai daun yang berwarna hijau dan bergerigi sedikit di bahagian tepi. 

Daun pokok sambung nyawa ini agak berlendir sedikit tetapi mempunyai rasa yang lemak terutama di bahagian pucuk, ianya sesuai sekali dimakan mentah sebagai ulam ataupun digoreng sebagai sayur. Bagi masyarakat cina, daun daun itu enak dimasak sup. 

Antara khsiat perubatan yang terdapat pada pokok sambung nyawa ini ialah, selain dari dibuat ulam sebagai awet muda, herba itu juga boleh menambahkan tenaga metabolisma, menurunkan tekanan darah tingi, kencing manis serta melegakan sakit kepala dan migrain, mengikut petua orang dulu2 seelok eloknya dimakan antara satu hingga tiga helai sehari (.. seperti herba jarum tujuh bilah) agar kesihatan sentiasa terpelihara. 

Cara penanaman pokok ini ialah hanya menyucuk sahaja bahagian yang di kerat ke atas tanah yang agak lembab dan terlindung, seelok eloknya keratan tersebut biarlah yang sedang, tidak terlalu muda atau tua.

sumber : 1001-petua

Atasi Masalah Cacing

salam.

Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.
Sumber : 1001 Petua



Cara untuk mengatasinya selain dari memberi makan ubat cacing yang diperoleh dari klinik, hospital atau farmasi, ibu bapa juga boleh mencuba ubat tradisional ini yang mudah dan senang diperoleh terutamanya di kawasan perkampungan iaitu daun pokok petai belalang.

Daun dan ranting pokok petai belalang, dibasuh bersih dan direbus. Kemudian diembunkan semalaman. Selepas itu, panaskan kembali air tersebut dan dimandikan pada waktu pagi sebanyak tiga kali. Diberi minum seteguk jika boleh, insyaAllah dapat membantu.

Sumber : xpresi

Monday, 24 June 2013

Kelantan Cuti 30 Jun 2013

salam.

Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju menetapkan Hari Ahad, 21 Syaaban 1434H bersamaan 30 Jun 2013 sebagai HARI KELEPASAN AM bagi Negeri Kelantan Menurut sub seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 sempena kejayaan pasukan bola sepak Negeri Kelantan layak Ke pertandingan akhir Piala F.A tahun 2013.

Peminat bola sepak pastinya tak sabar-sabar nak tengok perlawanan akhir antara Kelantan dan Johor.  Kedua-duanya punyai kelebihan dan kehebatan tersendiri.  Kelantan telah menundukkan Terengganu sementara Johor mengalahkan Pahang semasa perlawanan separuh akhir yang lepas.

Tahniah pasukan Red Warioorrrr .... magri kito pakat gi gomo !!!

Buletin Hujung Minggu

pinjam gambar dari blog www.sugarsiti.com
salam.

Bila cuti je, blog pon cuti sama heheheh biasa la kan, famili FIRST !!!  Program masak-masak hujung minggu emmm aku berjaya buat kerabu bacang (cam hebat la sangat - takat kerabu bacang pon kecoh).   Kerabu bacang ikut resipi yang disharekan sebelum ni memang sedap, terima kasih banyak-banyak tuan punya resipi.  Harap halalkan ilmu masakan dan dengan itu juga moga Allah memberi keberkatan dunia akhirat.  Gambar lupa nak snap, tau-tau abis !!

Masakan kedua yang dicuba ialah ayam panggang ... not 100% ikut resipi asal tapi ikut resipi apa yang ada kat dapur hehehehe yang pasti ayam panggang licin juga tanpa bukti bergambar ;-)

Jumaat lepas sempat juga masak sotong masak hitam ala kelantan, dah lama tak masak sedap juga.  Famili tak boleh makan seafood, ada pelbagai alahan, jadi memang dah lama tak masak sotong.  Lebihan sotong aku cuba pula masak ketupat sotong.  Tak sangka menjadi dan sedap.  Memang tak sesia cuba resipi ketupat sotong.  Aku sempat snap gambar ketupat sotong tapi masa nak copy ke PC aku terdelete hehehe haru gak le. Nak snap yang lain ketupat sotong dah masuk dalam perut.  Maaf la ye.

Pagi sabtu lepas sempat juga bawa anak-anak riadah di Tasik Danau Tok Uban.  Ada 2 kumpulan atau program kat sana, so suasana meriah la sikit dari biasa.  Kumpulan pertama adalah kumpulan Kelab Pemilik Myvi Negeri Kelantan atau KMC (Kelantan Myvi Club).  Kumpulan kedua pula buat program memukat ikan.  Wah sedapnya makan ikan segar hasil tangkapan sendiri.  emmmm aku telan air je lah.