Monday, 25 June 2018

Raya 4 Spaghetti/Pasta Carbonara Cheesy Creamy

as-salam.

Raya ke 4 pada awal pagi kami buat Spaghetti Goreng.  Disebabkan ramai, kami add on masak Spaghetti/Pasta Carbonara Cheesy Creamy.  Yang ni ambil resepi dari azhafizah.  Terima kasih azhafizah kongsikan resepi yang sedap.


Sunday, 24 June 2018

1.5 jam sahaja

as-salam.


copy paste :

Ternyata Cuma 1.5 jam⌚ saja Umur Kita hidup di DUNIA  ini.

Mari kita lihat berdasarkan Al-Qur'an sebagai sumber kebenaran yang hakiki
    1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
 24 jam  akhirat = 1000 tahun dunia
   3 jam  akhirat =    125 tahun dunia
 1.5 jam  akhirat =  62.5 tahun dunia

Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja.

Pantaslah  kita selalu diingatkan tentang masalah waktu. ⌛⏰

Allah berfirman : "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa saja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"


Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalan hidup kita ini.

Kuatkan berfikir utk akhirat.
Karena dunia ini akan kita tinggalkan.

Fokus akhirat
Itulah tempat kita akan hidup seterusnya.

Ingatlah ini :
untuk diri saya sendiri.
Mayat orang Islam yang tidak sembahyang pada 1000 tahun dulu masih disiksa hingga kini.

Saturday, 23 June 2018

Raya 3 Spaghetti Meatball Bolognise

as-salam

Raya 3 kami masih berkumpul beraya di rumah ayahanda kami.  Seronok bersama keluarga besar.

Hari ni kami masak simple sebab banyak kenduri. Kami masak spagetti meatball.  Nyummyyyy.

Kami refer resepi di Azie Kitchen dan  mummybabababy.  Terima kasih share resepi.  Kami guna meatball yang dah siap, guna brand Ramly atau boleh juga brand Tesco.  Cepat, ringkas dan sedap.

Sos pon kami guna Prego yang dah siap dan add on sos tomato bersama cendawan.  Jangan lupa letak cendawan butang (kami beli yang dah siap slice).

Lepas makan2 kami beraya ke rumah bapa saudara.  Kami dihidangkan dengan nasi dagang bersama gulai ikan tongkol.  Sedap.

Balik dari Pasir Tumboh kami singgah kenduri arwah dan majlis cukur jambul.  Menu selera kampung.  Daging singgang, ikan rebus goreng, ulam-ulam vs budu, ayam goreng, tapai, tembikai.  Alhamdulillah.

Friday, 22 June 2018

SEDEKAH JARIAH 100%


as-salam.

Salam Jumaat.

A B C ..... X  Y   Z
1  2  3 ......24  25 26

S+E+D+E+K+A+H+J+A+R+I+A+H
19+5+4+5+11+1+8+10+1+18+9+1+8 = 100%

( nilai saham akhirat kita. )

KEBETULAN atau TIDAK...?  tapi itulah MATEMATIK

Wednesday, 20 June 2018

Raya 2

as- salam

Cerita raya ke-2.  Hari ni kami plan nak tempah roti jala bersama gulai ayam.  Disebabkan tiada orang yang sanggup terima tempahan, kami masak sendiri.

Pepagi hari masak nasi dan gulai ayam.  Kemudian kami menjala.  Resepi roti jala dari Azie Kichen, Terima kasih kongsi resepi.  Sedap.  Lembut.




Tuesday, 19 June 2018

Kisah Raya 1

as-salam.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua. 0=0 ya.

19 Jun 2018 bersamaan 5 Syawal, ramai yang masih beraya.  Ramai juga yang dah mula kerja termasuklah akak.

Kepada yang on the way balik ke tempat kerja dari kg, berhati2.  Kepada yang baru nak balik kg juga berhati2.  Yang sedang beraya dan berOPEN HOUSE juga hati2 di jalan raya.

Sunyi sepi pejabat, ramai yang masih bercuti.  Akak keje pon dalam mood raya.

Tahun ni semua adik bradik balik beraya di kg.  Alhamdulillah dapat beraya dengan keluarga.

Juadah pagi raya kami tahun ni satay, kuah kacang bersama nasi impit, nasi dagang bersama gulai ikan tongkol, ketupat, lemang dihidang bersama rendang daging.  Tapai pulut resepi asli famili kami. Pelbagai jenis biskut dan kerepek, kek, brownies dan tart, memasing beli sorang sikit.

Tahun ni kami belajar buat rendang.  Kami dah cuba masak untuk juadah berbuka puasa.  Alhamdulillah menjadi.  So kami kuatkan semangat masak rendang daging.  Ambil resepi daripada dayangjack.blogspot.com : rendang-tok dan juga FB Diari Resepi : Rendang Daging Power oleh Zaimah Zakaria.  Terima kasing kongsikan resepi yang sedap.