Tuesday, 19 June 2018

Kisah Raya 1

as-salam.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua. 0=0 ya.

19 Jun 2018 bersamaan 5 Syawal, ramai yang masih beraya.  Ramai juga yang dah mula kerja termasuklah akak.

Kepada yang on the way balik ke tempat kerja dari kg, berhati2.  Kepada yang baru nak balik kg juga berhati2.  Yang sedang beraya dan berOPEN HOUSE juga hati2 di jalan raya.

Sunyi sepi pejabat, ramai yang masih bercuti.  Akak keje pon dalam mood raya.

Tahun ni semua adik bradik balik beraya di kg.  Alhamdulillah dapat beraya dengan keluarga.

Juadah pagi raya kami tahun ni satay, kuah kacang bersama nasi impit, nasi dagang bersama gulai ikan tongkol, ketupat, lemang dihidang bersama rendang daging.  Tapai pulut resepi asli famili kami. Pelbagai jenis biskut dan kerepek, kek, brownies dan tart, memasing beli sorang sikit.

Tahun ni kami belajar buat rendang.  Kami dah cuba masak untuk juadah berbuka puasa.  Alhamdulillah menjadi.  So kami kuatkan semangat masak rendang daging.  Ambil resepi daripada dayangjack.blogspot.com : rendang-tok dan juga FB Diari Resepi : Rendang Daging Power oleh Zaimah Zakaria.  Terima kasing kongsikan resepi yang sedap.


No comments:

Post a Comment