Thursday, 30 August 2012

Logo Sukan Olimpik 2016

Baru je tamat Sukan Olimpik 2012 sebelum aidilfitri yg lalu. Malaysia dapat 1 perak dan 1 gangsa, tahniah kpd D Lee CW dan Pandelela. emmm suka sangat tengok senyuman kebanggaan di muka Pandelela dan sayu rasa tgk kesedihan yang terpancar dimuka D Lee CW (kami semua tahu awak dah buat yang terbaik).

teruskan semangat juang
Sekarang negara kite sudah mula program2 untuk olimpik 2016, dan nun jauh di Brazil, depa lagi bersemangat sebagai tuan rumah.  Jomsss kite tgk persediaan depa.
Rio 2016™ Olympic Games emblem and Rio 2016™ Paralympic Games emblem

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa - The International Olympic Committee (IOC) telah war-warkan logo Sukan Olimpik 2016 yang akan datang di Rio de Janiero, petanda bermulanya persediaan Brazil sebagai tuan rumah.

Logo telah di reka oleh syarikat dari Rio iaitu Tatil (daripada 150 agensi), sumber dari a Sports World report.

Logo ini mengambarkan 4 tonggak utama Olimpik : tenaga berterusan (contagious energy) ; Keghairahan dan perubahan (passion and transformation); Semangan Olimpik (Olympic spirit); dan bersemangat semulajadi (exuberant nature)

Satu Logo yang sangat inovatif dan kreatif kata IOC president Jacques Rogge.




Wednesday, 29 August 2012

Merdeka 2012



Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 55.  Alhamdulillah, kite berada di negara yg aman dan bebas. Walaupun wujud pelbagai isu sepanjang tahun 2012, itu semua dugaan dan ujian dalam menempuh sebuah kehidupan.  Yg paling penting bagaimana kite berusaha menangani setiap isu yg timbul dengan bijak dan sabar serta mengambil pengajaran darinya sebagai panduan masa hadapan.

Merdeka ni disambut dengan beraneka ragam, antara nye pasaraya yg mengadakan jualan murah, contohnya sogo KL.  Suka banner promo sogo nih !!! Kami tak turun KL, so tgk banner je lah hehehe (selamat duit aku)


Ada juga program-program yg dianjurkan setiap tahun sperti larian merdeka yang akan diadakan pada 9 September 2012 di Lebuh Pantai, Pulau Pinang.

Jarak : 10km

Kategori:
A: Lelaki (13-17 tahun)
B: Terbuka lelaki (18-34 tahun)
C: Lelaki Junior Veteran (35-44 tahun)
D: Lelaki Senior Veteran (45 tahun & keatas)
E: Perempuan (13-17 tahun)
F: Terbuka Perempuan (18-34 tahun)
G: Perempuan Junior Veteran (35-44 tahun)
H: Perempuan Senior Veteran (45 tahun & keatas)

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi (contact person) Roslina: 013-2386188, lawati laman  Larian Merdeka 2012


Merdeka Run will held on 9 September 2012 at Lebuh Pantai, Penang, Malaysia. More info please visit Larian Merdeka 2012, contact person Roslina: 013-2386188.


Logo hari merdeka ke 55 menjadi isu hangat apabila telah ditarik balik oleh KPKK.  Cuba2 lah hayati logo yg ditarik balik nih.
Logo ini telah di tarik balik oleh Menteri KPKK, Datuk Dr Rais




Jangan guna logo tu, kite tarik balik, TARIK BALIK !!!!


logo yg ni lebih cantik tapi bagi saya x berapa menarik, 55 tu tak nampak sgt sedangkan angka 55 tu yg penting kan.
Suka sangat logo sambutan hari kemerdekaan ke 50 ni

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 55 negaraku Malaysia. Asalnya nak jadikan Entry penutup bagi bulan Ogos ni tapi tak jadi.



Kemesraan Isteri









Lelaki Terbaik






Ibadah & Amalan Harian







Tanggungjawab Terhadap Anak2



bagaimanakah kite menilai kasih sayang ??


kite sebagai manusia yg diberi akal fikiran sepatutnya lebih menyayangi anak2 kite. ingat lah anak2 adalah amanah Allah, pewaris masa depan agama Islam.

Fikir2kan lah sendiri telah sempurnakah tanggungjawab kite sebagai parent/ibu bapa.

Hak anak2 :

a) anak2 hendaklah diajar mengenal Allah dan rasul, alquran, ajaran mengikut sunnah, pendidikan yang mampu menyelesaikan masalah manusia dunia/akhirat.

b) Berlaku adil terhadap semua anak2 tak kira jantina, besar atau kecil.  Tiada perbezaan antara satu dengan yg lain.

Sabda Nabi s.a.w "Bertakwalah kamu kepada Allah dan berlaku adillah di antara anak-anak kamu." (riwayat Muslim)

c) Memberi ilmu pengetahuan yg berlandaskan syariat Islam supaya ianya dapat menjadi panduan dan batasan dalam menempuh dunia masa kini, selari dengan generasi zaman ini yg penuh cabaran.

Saiyidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata "Sesungguhnya anak-anak kamu itu dijadikan untuk generasi lain daripada generasi kamu, dan dijadikan mereka untuk menghadapi zaman yang lain dari zaman yang kamu hadapi sekarang ini."

d) Menjadikan diri kite sebagai contoh terbaik untuk anak2 ikuti, oleh itu persiapkan diri kite dengan ilmu2 Allah untuk dijadikan contoh kepada anak2 kite penyambung generasi pembela agama ISLAM.

e) Ibubapa sebagai pendidik anak2.  Walaupon profesion kite bukan guru, kite hendaklah menjadi guru terbaik kepada anak2. Jgn semata2 menharapkan pembelajaran disekolah.  Tanggungjawab kite di rumah lebih besar lagi.




 


Menyingkap Kemeriahan Raya Aidilfitri 2012


Meriah, mmg meriah raya taun ni seperti taun2 lepas. Taun ni keluarga IsyRaQRestHouse juga bertambah ramai, emmm 2 ahli baru, dua2 lelaki. Ujung taun ni kalu berjalan sebagaimana yg dirancang akan bertambah lagi satu (bukan anak cucu tapi ipar duai ). tak kisah lah tambah tang mana, yg pasti makin bertambah, makin besar dan pastinya makin meriah.



Sebelum melalut lebih pjg lebar, nak minta maaf pada semua atas salah silap, kekurangan diri, sikap n tingkah laku, percakapan yg ada terasa dihati, kami menyusun sepuluh jari meMOHON MAAF.  Yang keduanya nak ucap terima kasih atas apa2 sahaja sumbangan tak kira dari siapa, kecil atau besar, sumbangan dalam bentuk fizikal atau tenaga atau apa saja, TERIMA KASIH.


Tuesday, 28 August 2012

aDUSSSss masih tak sempat !!

sori masih x sempat nak update Blog.

apa pon terima kasih kepada yg melawat blog. terima kasih juga kepada penghuni2 IsyRaqRestHouse time cuti raya aidilfitri yg lepas. mohon maaf atas kekurangan, insya allah akan perbaiki lg pada masa akan datang.

Thursday, 16 August 2012

Senyum


Hijrah



Ingatan Bersama



Salam Aidilfitri 1


Amalan Kita



Islam Peganganku





Tazkirah : Seronok dan Onak

Tazkirah IKIMFM :

Tajuk pagi tadi adalah ada anak masa kecil seronok, bila dah besar jadi onak.  Agak menarik tajuknya, kupasan dari ustaz sure lah lagi best kan. Apa yg dimaksudkan dengan SERONOK dan ONAK.  Anak2 kita yang masih kecil terutama 5 tahun ke bawah mmg menyeronok kan ibubapa. Pelbagai kelatah masa sedang membesar, perasaan ingin tau dan belajar sering mengujakan anak2.


Kite yang balik kerja penat2 akan terhibur atau seronok bila melihat keghairahan anak2 kecil ini menyambut kepulangan kite dengan wajah polos mereka sambil ketawa. Ini lah yg di madsudkan dengan masa kecil SERONOK dengan ANAK2.

Bagaimana pula telatah anak2 kite bila dah besar, anak2 remaja terutamanya.  Makin luas jangkauan langkah mereka.  Banyak pengaruh2 luar selain ibubapa yg mempengaruhi mereka.  Perasaan ingin mencuba masih lagi berkobar2 seperti masih kecil tapi terhadap perkara yg lebih mencabar. 


Apakah persediaan kite supaya anak2 ini tidak menjadi ONAK dalam diri kite?  Tentunya hanya didikan agama sedari kecil yg dapat mengawal anak2 kite.  Agama (iman) yg akan menjadi garis panduan utama.  Bulan ramadhan ni ramai yg mendidik anak dengan berpuasa tp tak kurang juga yang tersilap langkah.  Kite paksa anak2 berpuasa tapi kite tak paksa anak2 tunaikan solat 5 waktu sedangkan solat tu lebih besar/penting dari puasa. Solat tiang agama. Oleh itu pastikan anak2 menjaga solat, anak2 yg menjaga solat insya allah automatik akan menjaga puasa.



Musim Durian Dah Berakhir


Musim durian telah berakhir. Pada yang balik kampung tuk menyambut Aidilfitri, nampak nye leh bg kulit kering je (jgn marah, gurau je).  HEhehehe jangan risau stok tempoyak banyak !!!!


Durian isi kunyit
 Jadi untuk kali terakhirnya tahun ni kite layan gambo2 durian.  Durian isi kunyit ni mmg terbaik, cer tgk gambar close up kat bawah tu. dalam sebijik tu ada 4/5 ulas saja. 1 paksa (1 ruangan) tu hanya 1 ulas je, then biji je kecik je. dapat 2 ulas pon dah kenyang.

Durian isi kunyit mmg terbaik
Durian ni kalu makan dengan pulut + santan, rasenye lemak2 manis ... mmg ada ummmp !!!


Yang plak durian bulat, isinya pejal, buahnye kecik2 dan bulat cam bola dengan duri yg kasar serta jarang2.  Warna isinya tak kuning sangat tp 2nd best la lepas durian kunyit.  Untuk tatapan korang sure la, kami tunjuk yg terbaik kan. 


Setiap paksa biasanya terdapat dua ulas, gemuk2 isinya. Kalu korang datang berkunjung ke RestHouse musim durian, ado rezki korang, dapat le rase durian isi kunyit dan yg bula2 cam bola nih.















Wednesday, 15 August 2012

Banner Raya

Just letak pic2 ni tuk view ...
and as a WISH ...












Duit Kertas, Masa & Anai-anai

Cuba tgk2 duit RM50 kat bawah ni, gini le ropanya bila duit di makan anai-anai.  Anai2 ni sejenis serangga yg makan secara senyap2 (makan dalam org kata). Duit ni disimpan tak sampai sepuluh ari, rasenya anai2 ni baru je makan, kalu dh 10 ari dia makan, mmg x tgal apa2 pon, licin, hilang xleh nk kesan.


Duit RM50 Yang Telah di Tampal Pada Kertas Kosong

Tak payah le aku cerita siapa tuan punya duit ni, yg kami nak kongsi ialah apa nk buat bila jadik cam ni atau bila duit tu terbakar dan tinggal sekerat je????

Pertama sekali : Bawa duit ni ke Bank, cth nya CIMB.  Tak semua bank akan terima duit yg bermasalah begini.  So bawa duit n minta pandangan atau cadangan pihak bank.  Jika bank sedia membantu, Alhamdulillah, dapat le balik tapi berapa peratus keno potong tu bergantung atas kerosakan duit itu sendiri - HANYA BANK NEGARA YG BOLEH BAGI PENUKARAN DAN BERAPA BYK KENA POTONG.

So INGAT : Duit ni masih boleh ditukar dengan bank negara.  Berapa nilai yang dapat tu atas penilaian bank negera.

Kedua : dalam kes ni, CIMB sanggup membantu, cadangan pihak bank adalah : potong kertas kecil mengikut saiz duit, yg ni ikut note RM50 (bergantung atas duit yg rosak).  Lepas tu tampal dengan gam, PASTIKAN NO RUJUKAN/NO SIRI boleh dibaca,  no siri yg perlu sehingga 8 angka termasuk huruf

No siri duit ni tak cukup 8 angka, jadi bergantung lah pada Bank Negara nak bagi ke tak

Ketiga : Lepas dah tampal satu2, bawa semula ke bank dan serahkan kat pegawai bank.

Keempat : Pihak bank akan menghantar duit tersebut ke Bank Negara.

Kelima : Tang ni korang kena lah tunggu Bank Negara nilai n bagi balik duit yg telah dipotong.

*** Korang boleh juga serah sendiri terus ke bank negara atau cawangan bank negara.

Senarai cawangan bank Negara :

Bank Negara Malaysia Pulau Pinang
Jalan Corner Light
10200 Pulau Pinang
Tel: 604-262-7125
Bank Negara Malaysia Johor Bahru
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Tel: 607-225-7888
Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 6088-211-211
Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: 609-622-0571
Bank Negara Malaysia Kuching
Jalan Satok
93000 Kuching
Sarawak
Tel: 6082-252-311
Shah Alam Currency Processing & Distribution Centre
Persiaran Tasek
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 603-5512-5746





Sultan Muhammad V

Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.




Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

"Allahuakbar"


Tazkirah : Mati

Baca je tajuk trus rasa seram ya, kite ni bila sebut je mati rase takut. kite rasa takot sebb kite tak bersediaaaaa, btol ke atau sbb kite mmg penakut hehehe.

Pagi tadi tazkirah kat IKIMFM creta pasal MATI.  So kami kongsi kan di sini sbagai peringatan kat diri sendiri sebelum lupo.

Ustaz sebut pasal mati bagi orang2 yg beriman. Macam mana org2 beriman MATI ?? agak2 kite termasuk golongan ini tak?  Antara orang2 yg mati dalam IMAN ialah sempat mengucapkan "LAILAHAILLAH" sebelum meninggal dan ada rintik2 peluh di dahi nyer (emmm igat 2 ni jerk - sori).

Bagaimana pula Allah dan Malaikat2 menjemput atau menyambut ROH orang yang beriman???
Bila seorang insan bernama manusia yg benar2 beiman hendak dicabut nyawanya oleh malaikat maut, maka beduyun2 lah malaikat yg lain akan turun dari langit dan berada di sisinya.  Malaikat akan berada (berbaris) dari umbun2 kepala sehingga lah melangkaui 7 lapisan langit sehingga terbuka pintu syurga, maka kluarlah bau2an syurga yg wangi hingga mengeliling jasad.  Roh akan keluar dari jasad seperti air yg mengalir. Bila roh diangkat ke langit, maka para melaikat menyebut2 nama org beriman sehingga seluruh malaikat bersahut2 menyebutnye.  (allah hu akbar : begitu gah sekali sambutan malaikat dan Allah Taala terhadap roh orang yg beriman).

Kerdilnya kami di sisi MU ya ALLAH yg Maha Pengasih Penyayang. Ampunilah hambamu yg mudah lupa dan lalai ini.  Ampunilah kami yg cepat alpha dgn dunia yg tidak kekal.  Ampuni kami atas kesombongan kami walaupon mendapat anugerah kecil yg Engkau Kurniakan.  Sesungguhnya tiada apa milik kami yg kekal melainkan amal ibadat kami yg tidak seberapa.

Petai Dari Kebun !!


Buah PETAI segar dari kebun.   Semalam ke rumah ayah dan dia bagi buah petai yang baru dikait dari pokok, bulat dan besar isinya. Mari kite layan gambar2nya.

PETAI (as in picture) fresh from my parent orchard, it's bean round and big.  Enjoy the pic !!


Wah ada bahasa omputih la plak, hehehe kami tak pandai omputih tp nak blajar menulis, jadi kalu salah tang mana2 tu tolong betul. dah minta tolong pakcik google tapi skit2 tu boleh le bantu. ada ke PETAI jadi BANANA. Jauh benor maknanye, tah le.

We write in English coz we wan to learn, to improve my language n knowledge.  So please help us if there any mistake.  We try to use Google, but it not work very well, can u imagine it translate PETAI as BANANA !!!!  So you see the picture and tell me if this fruit we can call it BANANA ahahahaha.


Salah satu kegemaran kami tp tidak termasuk menu bulan poser nih. Ulam petai ni boleh makan gitu jer atau di buat Sambal Petai yang dimasak dengan udang atau bilis.
 
It's one of our favorite but not in fasting month (Ramadhan), the fruits in a group of ULAM can eat it straigth away. Or we can make a sambal petai that cook with prawn or bilis.