Tazkirah IKIMFM :
Tajuk pagi tadi adalah ada anak masa kecil seronok, bila dah besar jadi onak. Agak menarik tajuknya, kupasan dari ustaz sure lah lagi best kan. Apa yg dimaksudkan dengan SERONOK dan ONAK. Anak2 kita yang masih kecil terutama 5 tahun ke bawah mmg menyeronok kan ibubapa. Pelbagai kelatah masa sedang membesar, perasaan ingin tau dan belajar sering mengujakan anak2.
Kite yang balik kerja penat2 akan terhibur atau seronok bila melihat keghairahan anak2 kecil ini menyambut kepulangan kite dengan wajah polos mereka sambil ketawa. Ini lah yg di madsudkan dengan masa kecil SERONOK dengan ANAK2.
Bagaimana pula telatah anak2 kite bila dah besar, anak2 remaja terutamanya. Makin luas jangkauan langkah mereka. Banyak pengaruh2 luar selain ibubapa yg mempengaruhi mereka. Perasaan ingin mencuba masih lagi berkobar2 seperti masih kecil tapi terhadap perkara yg lebih mencabar.
Apakah persediaan kite supaya anak2 ini tidak menjadi ONAK dalam diri kite? Tentunya hanya didikan agama sedari kecil yg dapat mengawal anak2 kite. Agama (iman) yg akan menjadi garis panduan utama. Bulan ramadhan ni ramai yg mendidik anak dengan berpuasa tp tak kurang juga yang tersilap langkah. Kite paksa anak2 berpuasa tapi kite tak paksa anak2 tunaikan solat 5 waktu sedangkan solat tu lebih besar/penting dari puasa. Solat tiang agama. Oleh itu pastikan anak2 menjaga solat, anak2 yg menjaga solat insya allah automatik akan menjaga puasa.
No comments:
Post a Comment