Thursday, 22 December 2016

Resepi Tiramisu Biskut Coklat Tiger


Resepi:
1 paket bskut coklat tiger
4 sudu tepung kastard
1 cwn air
1/2 tin susu pekat
1 cwn susu full cream @ 1 tin susu cair
1 sudu kecil asen vanilla
Secubit garam

Bahan hiasan:
Milo,coklat chip & coklat rice.
Cara:
-kacau dalam satu periuk kecil susu full cream,susu pekat,1 cwn air Dan tepung kastard..kacau laju2 supaya tepung kastard td tidak berketul,msukkn secubit garam Dan asen vanilla,kacau sebati hnga kuah agak sedikit pekat..tutup api..
-susun biskut tiger didalam bekas,tuang kuah kastard td d atas biskut,selang seli kn dgn bskut sehngga habis..tabur Milo,coklat chip dan coklat rice..sejuk kn d dalam peti..siap.
Kredit : Sally Mally

Tuesday, 18 October 2016

Blouse Muslimah Terkini 2016 (II)

as-salam.

Cantikkan blouse nih, dikongsikan dalam FB Geng Jahit tapi dah tak ingat linknya, maaf ya owner baju.  Terima kasih sebab kongsi baju yang cantik nih.

























Kepada yang nak order susu kambing kurma madu vanilla coklat, hubungi kami :
018-910 5227



SKKM Vanila Coklat ni TAK BAU HAMIS LANGSUNG dan TERASA RASA COKLATnya membuatkan RAMAI menyukainya dari anak kecil, remaja hinggalah dewasa!

Joms pakat cuba susu kambing kami.
FB kami :
https://www.facebook.com/lakusokmo/

Monday, 10 October 2016

space jam

as-salam.

tersentuh hati Al-fatihah

as-salam.

tersentuh hati mesti keluar air mata

when resume said u can speak 7 languages

as-salam.





He can speak 7 languages

as-salam.

Syazwana Sulaiman with Iman Manz and 30 others.
Anak Jati Perak - Dr Afifi
He can speak 7 languages, BM, BI, Arabic, German, French, and old English languages (Latin & Yunani) ... fuiyooo... siapa nak belajar bahasa ancient beb? memang hebat....I wonder how long he spend studying in a day? kerja lagi? famili lagi? Kadang-kadang rasa nak berhenti kerja dan belajar, belajar, belajar lagi....huhu... May the nation will keep on producing quality citizens...(^_^)

https://www.facebook.com/syazwana.comel/videos/1973934021595/




Monday, 19 September 2016

train to busan



https://www.facebook.com/100009876360081/videos/348300165509193/

Wednesday, 7 September 2016

Kenapa susu kambing TERBAIK


As-salam.

Kenapa susu kambing kurma madu vanilla coklat(skkmvc) tak berketul? Sikit ke kandungan susu kambing??

👉 Kami menggunakan mesin berteknologi canggih yang mana dpt menghasilkan serbuk yg sangat halus. Kerana, bukan semua org mampu telan air yg berseredak2. Nak telan pun mual kan? Sampai ada yg muntah. So, kami hasilkan serbuk yg akan larut sepenuhnya bila dibancuh. Untuk customer tersayang!




Kenapa tak berbau hamis?? Betul ke susu kambing ni??

👉 Betul! Sebab tu kami masukkan campuran perisa vanilla coklat. Supaya "tutup" rasa dan bau hamis tu. Supaya kita xmual bila minum skkmvc. Supaya rasa sedap! Sesetengah xbleh mnum susu ori. Thats whyyy kita buh perisa. Untuk customer tersayangg!


Kenapa skkmvc mahal..sy beli brand ABCD rm2 je(contohhh)...kenapa skkmvc rm4(contohh)

👉 Kami menggunakan ekstrak susu kambing yang berkualiti tinggi..memang harganya mahal. Brand yg awak beli murah tu awak pasti ke guna susu kambing kualiti mcm mana?? Yang pasti, susu kambing kami berkualiti tinggi dan dicampurkan ekstrak2 lain supaya nilai susu kambing tu terbaik! Campuran spt madu, kurma juga baik untuk kesihatan. Kami hasilkannya untuk customer tersayang!


So, anda sudah yakin dengan SKKMVC kami?? Anda sudah yakin kenapa kami terbaik berbanding jenama2 lain??

Anda sudah faham betapa hebatnya kami menjaga kualiti minuman yg anda minum??

Kami berbangga dengan produk kami kerana SAYA dan ANDA tahu skkmvc kami adalah TERBAIK!

018-910 5227

Pandangan Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad tentang Susu Kambing di pasaran

Susu Kambing Banyak Khasiat

As-Salam.

Susu Kambing Kurma Madu Vanilla Coklat

Keje-keje harian sebagai penjual online salin alamat customer kat kertas purple! 😂😂😂

Sedap ke skkmvc ni? Ramai ke org beli?? Berkesan tak?? Banyak khasiat x?? Kalau jd agent/stokis/dropship senang jual x??














Biar gambar berbicara, tak cuba tak tahu kannn?? 😍😝

Nak kesan cepat, BERTINDAK!
Nak hasil cepat, BERTINDAK!
Nak tahu hebat ke tak, BERTINDAK!




018-910 5227

💪💪💪💪


Tuesday, 16 August 2016

Kek Coklat Kukus Yang Moist dan Sedap

as-salam.

 Kek Coklat Kukus Yang Moist dan Sedap ni di ambil dari perkongsian FB.  Dah buat, mmg sedap dan moist.
 Buat sos coklat pon simple .... yang penting sedap.  Sori ya tak ambil gambar. pInjam gambar tuan asal.














resepi ini diambil dari fb Lina Nadirah Ilias
Bahan2:
1 cawan brown sugar
1 cawan susu coklat
1 cawan minyak masak
3/4 cawab serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
3 biji telur
1 1/4 cwn tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
P/s: ayak bahan bertanda*

Cara2:

Masukkan susu coklat, susu pekat manis, brwon sugar, minyak masak & serbuk koko dlm periuk. Bukak api kecil je.. cukup utk larutkan bancuhan.. tutup api n biarkan kejap
Pukul telur dgn mixer smp kembang n gebu.. sementara tu blh siapkan pengukus n panaskan dlu..
Masukkan bancuhan koko td.. better guna penapis. Mn taw ada pulak gula yg stil xlarut.. heheh
Kacau bagi sebati guna senduk kayu je.. pastu masukkan tepung skit demi sdikit smp abes.. dah siap.. masukkan bancuhan td dlm loyang yg dilapik baking paper.. better tutup loyang tu dgn aluminium foil jgk dkt atas dia.. takut air wap jatuh atas kek nnt 😁
Kukus 1 jam @ smp masak. Nk taw masak ke tak.. cucuk dgn lidi. Kl x lekat..means da masak. Yey!! Sejukkan dulu sblum letak topping dia.

Bahan2 ganache
250g coklat masakan
100ml susu cair

Cara2: panaskan susu cair dlm periuk smp mdidih..tutup api then tuang kan dlm mangkuk berisi coklat masakan. Kacau smp larut/cair. Biarkan pekat sikit baru tuang atas kek. Hiaskan dgn coklat rice etc. Siap!

Pasar Bandar Baru Pasir Mas

as-salam.

1 Ogos 2016, pasar besar telah beroperasi secara rasmi di Bandar Baharu Pasir Mas.


Kawasan kedai makan di dalam pasar besar.

 Suasana dalam pasar basah.



Orang ramai mula membanjiri Pasar Besar,  barang-barang kering di aras bawah.

Bangunan di pasar besar di Bandar Pasir Mas yang sunyi sepi setelah seminggu semua kedai-kedai ditutup dan beroperasi di Bandar Baharu Pasir Mas, di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas. 


Tiada lagi kenderaan yang sebelum ini sentiasa penuh sesak di kiri-kanan jalan.


Tiada lagi keriuahan peniaga-niaga dan pembeli tawar menawar.







Jual Tudung Keknis Shawl

As-salam.

Gayakan tudung terkini 2016.

Kami juga menjual tudung Keknis Shawl secara borong dan runcit.

Kain yg sejuk dan selesa untuk kegunaan harian.  Sesuai untuk majlis2.











Order boleh hubungi Yus melalui Whatsapp/Telegram 019-731 3639

FB kami : https://www.facebook.com/Shopaholique-154293681664741/



sebahagian dari warna-warna yang ada. semua kod dan warna terbaharu ada di FB kami.







Harga:
1 - 10 harga RM10.00
11 - 19 harga RM9.50
20 - 49 harga RM9.00
50 - 119 harga RM8.50
120 dan ke atas harga RM8.00

Ukuran: 1.9m x 0.7m











Nak kan tudung seragam bagi majlis perkahwinan atau program2 pejabat, hubungi kami sebelum warna yang anda perlukan habis !!



Nak cantik dan style/gaya terkini, booking segera dengan kami.  Kami sentiasa restock jangan risau.  Keanggunan anda keutamaan kami.



Joms intai2 versi terkini 2016 di FB kami :

https://www.facebook.com/Shopaholique-154293681664741/







Susu Kambing Kurma Madu Vanilla Coklat

As-salam.

Terbaru dari kami ... punya la lama menghilang tetiba keluar TERBARU dari kami.

Kami adalah agen sah (LakuSokmo) Az Herbs bagi SUSU KAMBING KURMA MADU

SUSU KAMBING KURMA MADU VANILLA COKLAT
PALING BEST SELLER!



Paling BEST sebab ia sangat-sangat berkhasiat dan sedap. Biasanya orang paling takot nak minum susu kambing sebab takot bau hamis dan alahan dengan SUSU. Tp SKKM Vanila Coklat ni TAK BAU HAMIS LANGSUNG dan TERASA RASA COKLATnya membuatkan RAMAI menyukainya dari anak kecil, remaja hinggalah dewasa!

 Joms pakat cuba susu kambing kami.
FB kami : https://www.facebook.com/lakusokmo/


Tuesday, 26 July 2016

Tambah Baik Blouse

as-salam.

1.  asal kosong je kat bawah blouse
2.  Adjust bunga yang dibeli, jahit tangan


3.  Akhirnya siap !!!

Monday, 25 July 2016

semak samun BLOG nih

as-salam.

emmm banyak nyerrr sawan .... punya la lama x berBLOG.


Labah labah diperbuat dari cable tie

Hiasan cable tie ini sesuai diletak dalam kereta,peti ais,almari dan lain2,cable tie ini ada perbagai saiz,4,6,8,10,12 inci...






Wednesday, 20 April 2016

Semperit Susu

Done Semperit Susu di hari minggu....
Nyummi.....😋😋😋😋
Resepi:
250 gm buttercup
1 cwn susu pekat manis
400gm Tepung jagung
3 sd bsr tpung kastard

CARA:
mix susu dgn butter smpai sebati
Kemudian gaulkn tepung kastard n tepung jagung
Jika adunan terlalu lembik tmbah tepung jagung sikit2 .
Picit guna acuan pecah 15,hiaslh dgn coklat chip atau ceri n biar sbntar lbh krg 10miit baru dimasukkan ke dlm oven 190°c slama 15-20 minit..
Siap.....
Selamat mencuba~ Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

update pada 29 Julai :

Buat semperit sempena raya puasa ..... disuntik semangat tengok biskut di FB Ola Lola

Guna resepi Ola Lola .... terima kasih daun keladi Ola Lola kerana sharekan resepi dan teknik memutar RJ.



Thursday, 7 April 2016

AMAL SEBELUM TIDUR SETIAP HARI

*3 amalan itu bukan hanya dikhususkan kepada lelaki, perempuan juga boleh mendapatkan ganjaran besar hanya perlu ikhlas beramal hanya kerana Allah!
Peringatan bersama semoga Allah ta'ala memberikan jalan dan kekuatan untuk kita beribadat yang barakat dan berkualiti kepada Allah Rabbal'alamiin wa la haulawala quwwata ilabillah.
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“
Rasulullah tersenyum dan bersabda :-
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al Ikhlas tiga kali
Seakan² engkau telah mengkhatamkan Al Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan² engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya In Shaa Allah. ..

Sunday, 20 March 2016

Khasiat Lemon

as-salam.


Nasa Thr added 4 new photos — with Aras Bin Jafar.
Lemon oh Lemon... patut lah sekarang ramai sangat yang suka beli buah Lemon ni... nak tau kenapa.... baca sampai abis... kalau nak SHARE... share la... ilmu ni elok kita kongsi
Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.
Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.
Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan acne
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Caranya:
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa
Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)
Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.
Menghilangkan rasa takut dan cemas
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni
Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.
Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!
Selesema dan Sakit Tekak
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan
Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)
Caranya:
Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema
Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit
Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi
Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.
Merawat Keletihan
Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.
Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam
Hypertension
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah
Melegakan sengatan serangga berbisa
Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu
Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil
Menidurkan Insomnia
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan
Menyelamatkan perut
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!
Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart
Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.
Menghilangkan kesakitan
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil
Menghilangkan nafas berbau!
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.

Sunday, 6 March 2016

Petua


Serene Liew added 4 new photos.
14 hrs ·
Salam.semua.....
Again and again..i would like to share this secret rebusan untuk new follower.
Amalkan secara istiqamah.
1. Rebusan Serai dan Halia.
- Ambik 3 batang serai
- 4cm halia @2 ketul
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air . Tunggu suam diminum.
** Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali.
Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan. kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
2. Rebusan Sireh
- Ambik daun sireh 3 ke 5 helai.
Di rebuskan dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan di minum.
**Tambahan : boleh dicampurkan dgn bunga cengkih 3 kuntum.
Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
**Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
3 . Rebusan sireh dan daun Inai
- 3 ke 5 helai daun sireh.
- segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
**Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.
Elok di amalkan selepas haid.
4. Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit
- 2 / 3 batang serai di ketuk
- 3cm halia (tua/muda).di ketuk
- 2cm kunyit di ketuk
- sedikit kulit kayu manis / bunga
cengkih /bunga lawang
- daun pandan sehelai
- sedikit gula batu.
*** gula batu boleh di ganti dgn
madu jika suka.
****Rebusan ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid.
Cukup sekali sebulan shj.
Bagi mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Segala resepi dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.
Sy tidak syorkan ambik setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.
Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksid dan lemak . Dan tersangat banyak khasiat.
‪#‎CredittoSuzyHoney‬

Tuesday, 23 February 2016

Blouse Muslimah Terkini 2016


As-salam.

Kami bukan jual baju, just nak share blouse2 yang cantik dan sopan.  Kalu nak beli boleh ke website original penjual blouse ekk.










Tempat Unik : Danau Labuan Cermin, Kalimantan dan Pantai Tusan, Miri

As-salam.



Danau Labuan Cermin terletak di Desa Labuan Kelambu di Kecamatan Biduk-biduk Kalimantan Timur. Sumber asal : backpackerborneo






Pantai Tusan, Miri, Sarawak. Kejadian phytoplankton yang menyebabkan air laut bercahaya macam tu.  Sumber dari : ENCIKTRAVEL

Monday, 22 February 2016

Suara Bacaan Al-Quran Yang Menusuk Kalbu

As-salam.

Ya Allah, merdunya suara, menusuk ke kabu .... bergetar hati yang mendengar.




Budak Afrika Ini Mengaji Sambil Menitis Air Mata,Suara Dia Merdu, Saya Juga Ikut Sedih,Putarkan Hanya 1.20 menit Saja.Share
Posted by Faizal Aulia on Sunday, 27 December 2015

RESEPI ROTI NAN CHESE

as-salam.

sedapnya nampak RESEPI ROTI NAN CHESE nih, copy dari FB.

Bahan-bahan yang diperlukan..
-1 kilo tepung gandum
- ½ cawan planta
- ½ cawan gula
- 2½ cawan air
- 1 sb mauripan
- Cheese keping

Cara-cara:-

1. Masukan gula dalam air kacau.
2. Masukan tepung, planta, mauripan dalam bekas gaul sampai sebati.
3.Tuang air + gula tadi ke dalam tepung sikit2 dan uli sampai tepung x melekat.
Note : pastikan adunan tidak keras.
4. Tutup dengan kain basah dan perap dalam ½ jam.
5. Bila adunan telah naik tumbuk-tumbuk adunan.
6. Uli bulat2 besar dan masukan cheese ke dalam adunan tersebut, canaikan leper.
7. Biarkan dalam 15 minit.
8. Panaskan kuali, masak dalam kuali pan dengan api perlahan.
9. Tutup kuali dengan penutup dan bila dah masak sapukan dengan majerin.
note : tu yang membuat roti nan berbau wangi dan sedap.
10. Potong dan boleh dihidangkan dengan kari atau sambal bilis atau apa2 yang sesuai


Sumber Asal : FB Kamariah Maria
Jum Like : Aneka Resepi Masakan

Kemaskini pada 23 Feb 2016 :

Balik kerja terus check bahan2, semua ada emmm apa lagi menguli roti nan lah kita.
Memang sedap resepi ni, lembut sangat.  Semalam buat separuh je dari adunan asal iaitu 1/2 kg gandum.  Pastu bakar 2 keping, dah kenyang.  Petang ni boleh bakar roti nan lagi atau boleh try jadikan doh pizzzaaaaaaaaaaaa emmmm mesti sedapkan.


Kemaskini pada 24 Feb 2016 :

Tarrraaaaaa ...... doh roti nan jadi pizza, just tambah sos dan tabur mozzarella cheese.



 

Sunday, 14 February 2016

MAKARONI TUNA BAKAR

as-salam.


nak cuba resepi ni lah petang ni macam sedap je..... emmm tapi semua bahan2 xde lagi :(


Denaihati Network
MAKARONI TUNA BAKAR

Bahan-bahannya :
● 250 gm makaroni
● 5 biji telur gred A
● 1 tin kecil tuna
● 2 biji bawang besar, potong dadu
● 2 ulas bawang putih, potong kecil
● 3 sudu minyak, untuk memasak
● Garam dan serbuk perasa
● Sedikit lada sulah


Untuk bahagian topping [atas]
● Sos cili
● Tomato puri
● Mayonis dan keju
● Keju cheddar yang diparut ( mozarella )

Cara-caranya:
1.Pertama sekali, rebus makaroni sehingga empuk.Kemudian basuh dan toskan.Ketepikan.
2.Panaskan minyak di kuali.Tumis bawang besar dan juga bawang putih.
3.Kemudian masukkan tuna.
4.Masukkan makaroni yang direbus tadi.
5.Selepas itu masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah.
6.Masukkan telur.Gaul semua sehingga bercampur.Ketepikan.
7.Sapu loyang dengan marjerin dan tuang semua adunan makaroni tadi ke dalam loyang.
8.Tabur keju shingga menutupi makaroni.
9.Kemudian picit sos cili, tomato puri dan mayonis di atasnya.
10.Bakar dengan suhu 180 darjah C selama hampir 45 minit atau sehingga makaroni masak.
11.Setelah masak biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk elak dari pecah berderai.


Selamat mencuba.... smile emoticon Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
‪#‎resepi‬

CARA KEMPIS PERUT

as-salam.

Petua-petua melayu added 2 new photos.
CARA KEMPIS PERUT SELEPAS BERSALIN CZER

homemade
bahan2 :

halia 3cm
halba 3sudu
lada hitam 15biji
bawang putih 3 ulas

cara buat : tumbuk halba smpai hancur
dah hancur masuk kan halia , bawang putih.. tumbuk lg
akhir skali masuk lada hitam .. tumbuk semua..
dah lumat.. gentel bulat2 , pas gentel . kering kan . simpan dlm bekas .
tak rasa apa pun bila makan . telan je .
pastu tggu lah perut mcm bergegar .
heheh asyik kentut n sendawa
( kalau taknak tumbuk , blend je semua )
untuk 1 adunan ni boleh tahan 2minggu

cara makan :::

makan 2biji -4biji setiap hari ikut ketahanan badan
sesuai sgt utk bersalin cser sbb sbb angin byk dlm badan
fungsi utk kempis perut , buang angin
ibu nyusu blh amal kan kalau anak tahan
ibu mengandung tidak di benarkan

INFO : resipi ini lelaki dan perempuan tak mengandung , atau bersalin normal pun blh amal kan . bahan smula jadi tanpa perapat. sesiapa yg byk angin TERBAIK untuk amalkan selalu
tetapi kalau anda bersalin CZER sgt sgt sgt di galakan utk buat resipi sbb bersalin czer selalu nya tak bertungku di bahagian perut dan angin byk berbanding bersalin normal

PETUA MINUMAN SELEPAS PERIOD

Mandi Kolam di Taman Tengku Anis, Tanjong Chat

as-salam.



berkelah semasa cuti panjang sempena Tahun Baru Cina 2016 di  Taman Tengku Anis, Tanjong Chat, Pangkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.

Plan last minit untuk berkelah di sana jadi kami bawa makanan yang ringkas dan senang untuk dimakan.  Goreng keropok keping, kueh mueh segera, sosej ayam dan nugget ayam.  Lepas tu goreng ayam yang telah diperap semalaman - lebihan dari hari sebelumnya (perap dengan bawang putih, sos tiram, sos tomato dan garam).   Air sirap.  Packing semua dan ready untuk berkelah.



Lepas solat Zohor bertolak ke Taman Tengku Anis, Tanjong Chat.  Bayar untuk mandi kolam RM3.00/sejam untuk seorang kanak-kanak.  Mak bapak FREE sbb x mandi, boleh masuk jaga anak-anak je.  Makanan tidak dibenarkan di kawasan kolam mandi.

Naik keretapi pusing taman RM2.00 seorang.   Main lain-lain permainan FREE.  Yang paling penting -  anak-anak suka emmm seronok sangat sebab dapat mandi dan bermain di kawasan yang luas dengan pelbagai jenis permainan.

Wednesday, 27 January 2016

RESEPI AYAM PANGGANG LADA HITAM

as-salam.

Fauziah Hussain to Resepi Ringkas Tapi Sedap
RESEPI AYAM PANGGANG LADA HITAM

Bahan-bahannya :
● 1/2 ekor ayam size kecil
● *1/2 labu bawang putih - parut
● *2 inci halia - parut
● 1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
● 2 sudu besar kicap manis/pekat
● 1 sudu besar sos tiram
● 2 sudu besar madu
● garam sedikit
● minyak zaitun


Cara-caranya :


1. Gaul ayam dgn halia,bwg putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu, dan sedikit garam. Masukkan dalam mangkuk tahan panas/loyang. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.


2. Panaskan oven 180C. Curahkan minyak zaitun ke atas ayam (bleh tukar butter) dan bakar selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 20min jirus2kan air ayam yg keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Resepi Daging Bakar & Air Asam Kerisik

as-salam.

Aezach AR added 13 new photos to the album: Resepi Daging Bakar & Air Asam Kerisik — with Suhaimie MN.
Resepi daging bakar di adaptasi ketika saya bekerja di salah sebuah resort lima bintang di langkawi pada tahun 2000
.
Daging bakar yang perap menggunakan rempah yang di kisar bersama bawang,halia, kunyit dll
.
Air asam yang mengunakan kerisik dan limau kasturi antara bahan yang di gunakan di dalam air asam kerisik ini
.
Daging potongan sirloin atau rib eye di gunakan di dalam resepi ini.

Resepi juga di sertakan di gambar bersama sama tips.. Selamat mencuba ✏
Resepi Daging Bakar
1kg Daging Batang Pinang
- saya menggunakan sirloin yang di potong setebal 1 inchi
Bahan Kisar - perapan
2biji Bawang Besar
5biji Bawang Rose
5ulas Bawang Putih
3batang Serai
1inchi Halia
1inchi Kunyit Hidup
1/4 cawan minyak masak
1/4 air
2sudu makan serbuk ketumbar
1sudu makan serbuk jintan manis
Cara Cara
1. Blender halus bahan kisar bersama minyak dan air
2. Tuang bahan yang di blender bersama daging yang sudah di toskan air terlebih dahulu
3. Gaul bersama serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar
4. Garam & Gula
6. Perap selama 1 jam
Membakar menggunakan arang
1. Jika menggunakan arang, pastikan arang berbara dan ratakan
2. Letak daging di atas pemanggang dan biarkan pada permukaan arang yang panas pada 5 minit - ini bertujuan untul "seal" daging supaya jus masih lagi kekal selepas masak.
3. Alihkan permukaan daging dan "seal" kembali pada permukaan seterusnya
5. Alihkan bara pada kepanasan yang kec dan biarkan daging di bakar dengan perlahan
Jika menggunakan Oven
1. Panaskan pan dengan minyak sedikit
2. Seal permukaan daging dengan pan yang panas selama 3 minit untuk setiap permukaan
3. Letakan atas dulang pembakar
4. Tutup dulang pembakar dengan aluminum foil
5. Bakar pada suhu 200 darjah selsius selama 45 minit atau masak.
Air Asam Kerisik
Bahan untuk di Kisar
5biji Cili Merah Kulai
10biji Cili Api siam
5biji Cili Api kampung
2biji Bawang Besar
3biji Bawang merah rose
2biji Tomato
1inchi Belacan Bakar - saya gunakan belacan ‪#‎makcujah‬
1 cawan air asam jawa pekat
Bahan untuk di potong
3biji Cili Merah Kulai
5biji Cili Api siam
5biji Cili Api kampung
2biji Bawang Besar
3biji Bawang merah rose
3biji Tomato
3sudu makan kerisik
4biji Limau kasturi - ambil air
Cara Cara
1. Kisar bahan bahan - jangan terlalu halus
2. Tuang ke dalam bekas yang mempunyai bahan bahan yang di potong
3. Masukan kerisik, air limau, garam dan gula

Khasiat Barli

as-salam.

 to KHASIAT DAN PETUA
10 hrs ·
Rasulullah s.a.w suka mkn barli, bila sy kaji memang betul terdapat bnyak kandungan khasiatnya. Namun butiran kecil ini umpama mutiara yg x nmpk cahayanya, malah ia dipandang sepi oleh masyarakat, ingin sy berkongsi dgn sahabat maya sy, sblum ni sy selalu dimarah oleh doktor sbb air kencing sy kotor, berdarah dn berbau, al kisahnya sy ni menderita penyakit kencing manis, setiap kali ke hospital selalu dpt tulisan merah, fedup rasanya..akhirnya sy mengkaji sendiri bahan apa nk bersihkan air kencing sy dgn bahan alami, akhirnya sy terjumpa satu blog menceritakn khasiat barli. Kesokanya sy pun mencuba, teryata berkesan. Air kencing sy putih bersih dn sy dpt rasakan tahap kencing manis sy kurang. Sy yakin buah pinggang sy sihat dn sy sentiasa kenyang bila minum air barli. Bnyk lg khasit barli yg sy boleh kongsi contohnya menyejukan bdn, mengenyangkn perut, membersihkan darah kotor, membersihkn usus, memutihkan wajah, menurunkan drh tinggi dn yg bestnya untuk wanita yg ingin tampil cantik sapulh air barli yg telh direbus selalu ke muka ia boleh menutup pori2 yg terbuka dn kulit muka boleh licin krn barli kolegen terbaik untuk kulit. Slmt mencuba- sharing is caring.

hirisan halia, lemon, teh hijau dan madu.. minum SUAM SUAM

as-salam.

Perkongsian dari FB Khairulnisak Binti Ahmad with Siti Norazilah and Norafif Diyana.
Di saat orang lain sedap dok langgah ayaq ais... ABC.. semua jenih minuman sejukk... time2 panaih lit lit nie..
Cheq kene minum nie.. 3 kali sehari.. hirisan halia, lemon, teh hijau dan madu.. minum SUAM SUAM... plak tu.. huhuhu... dah 1 minggu dah buat..
Petua dari indon.. pompuan indon yg habaq. tok kuruskan badan selama 1 bulan kalau nak turun 10kilo dlm masa 1 bulan katanya.. xcaye try buat.. soo cheq pon buat..
Badan mmg ringan.. angin kuwa.. walaupon cuaca panas.. minum suam2 dgn halia lg tapi badan cheq xpanas pon.. seriusly.. 👍👍 baguss
Ubat kurus!! Hahaa


-1 sudu madu ori (xkisah jenama papepon)
- 2 slice lemon atau stengah biji perahan lemon (mujarabnya elok perah)
- 1/2 inci halia
- 1 uncang green tea (pape janama pon bleh) @ Triple T by DrAzlan (untuk yang nak detox kurus /ader 3 serangkai)
- 1 mug air panas didih
Option : 1@2 keping asam keping

Bancuh dengan air panas supaya pati halia n green tea kuwa.. minum suam2 yer!.. jgn tunggu sejuk..
-3 kali sehari..waktu pagi, tengah hari dan malam.. MINUM SEBELUM MAKAN. selawat jgn lupa.. 1 minggu jer dah rasa perubahan.. bila dah habes tambah lagi air panas.. ulang balik minum.. cuma tambahkan madu.. and lemon baru.. halia xpayah tuka.. green tea selagi ader lagi ekstrak leh pakai 2 kali.. kalau duduk opis.. bubuh jer semua dalam termoss.. bawak pegi office termoss tu minum.

SEELOKNYA MINUM SEBELUM MAKAN PAGI.. MAKAN PAGI. TENGAH HARI. MAKAN MALAM.

jadi kite cepat kenyang dan xmakan banyak sgt lepas tu.
Jangan ngengada skip.. kalau tak.. tak nampak hasil.. hihihie jgn lupa selawat masa minum doa mintak Allah perkenankan doa angpa nak turunkan berat cara sehat..



=====================================================

Susu Kambing Kurma Madu Vanilla Coklat

Paling BEST sebab ia sangat-sangat berkhasiat dan sedap. Biasanya orang paling takot nak minum susu kambing sebab takot bau hamis dan alahan dengan SUSU. Tp SKKM Vanila Coklat ni TAK BAU HAMIS LANGSUNG dan TERASA RASA COKLATnya membuatkan RAMAI menyukainya dari anak kecil, remaja hinggalah dewasa!

Joms pakat minum susu kambing kami.
FB kami : https://www.facebook.com/lakusokmo/
018-9105227



 

Monday, 11 January 2016

khasiat minuman teh halba

as-salam.

Enkay Nik Mustaffa to Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
 
Saya beli sepeket halba. Teringat zaman muda belia selalu minum teh halba. Jadi, saya google la khasiatnya. Kita sharing ye.. utk manfaat bersama. Sekiranya ada salah, kita sama sama perbetulkan. Khasiat halba, antaranya adalah :
Mencuci perut. Mencuci darah Qkotor = mencantikkan struktur kulit dari dalam.
Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah = merawat penyakit kencing manis.
Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan.
Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
Membantu masalah kegemukan = mengurangkan berat badan.
Menguatkan fungsi jantung. Merawat masalah sembelit & buasir.
Melancarkan perjalanan darah. Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim = ikhtiar utk mereka yg ingin hamil.
Mengetatkan & meremajakan rahim.. (kembali perawan la maknanya)
Menghilangkan lendir & sakit tekak.
Membantu mengatasi masalah kekurangan darah. Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
Memperbanyakkan air susu ibu.
Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi!
Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan.
Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita.
Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan. Memelihara keanjalan kulit = awet muda secara semulajadi.
Cara Penyediaan Teh Halba
Masukkan 2 gelas air ke dlm periuk.
Masukkan 1 sudu besar biji halba ke dlm periuk tadi.
Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
Setelah suam, tapis & tuang ke dlm gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / cuka delima. (letak gula merah atau madu pun boleh... tak letak apa2 lagi bagus smile emoticon )
Kacau & minum 3 kali sehari (before breakfast, lunch and dinner).
Jika anda rajin bersenam selepas minum secawan teh halba selama 30 minit setiap hari sehingga 3 bulan, berat badan anda akan cepat menurun!!! (Saya tak test lagi.. hihihi, zaman saya minum dl, saya mmg skinny)

Sunday, 10 January 2016

Air rebusan Serai + Kurma

as-salam.

Air rebusan Serai + Kurma
Katanya baik untuk urat2 yg tersumbat.


Try buat :

5 batang serai + 7 biji kurma 


Rebuskan bersama air 3 gelas, dgn api perlahan sehingga air jadi segelas.

Sodap jugak rasanya, angin badan pon keluar..




perkongsian dari FB, terima kasih tuan punya kerana berkongsi resepi ini.