As-salam.
Mulakan Tahun 2016 dengan Tazkirah Ini yg di petik dari
tulisan-dato-roslan-abd-hamid
Saya jumpa lelaki tua ini...
Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya
disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta.
Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000
sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala
galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka
sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga
masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja
dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan.
Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat
bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha
sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat
buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al
Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah
Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca
sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat
ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah
bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka
masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam
Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk
kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3
kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran
sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti
baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap
lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga
Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak.
minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini
lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah
membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah
lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja
orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih
masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 –
Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti.
Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang
sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum
tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama.
Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat
kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi
sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak
panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari
perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan
baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit.
Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi
bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh.
dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan
semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang.
Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada
internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah
tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya,
supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai
orang.
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa
yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja
tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit
kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka
lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra,
mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga
dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki
surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga
dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada
duit kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah
daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada
dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu
tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah.
Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan
jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta
dengan semangat kita.
#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar
mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap.
Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri,
kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil,
mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu
bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat
sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13
anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia
dalam kepala..
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita
bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh
bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi
dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi.
Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit.
Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak
Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap.
Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau
tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah
berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya
“Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap
senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya,
“Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”.
Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun
orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama
rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah
tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain
Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam
main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang
bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol.
Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut
datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana.
Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah.
Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah
surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di
mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua
syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik
bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima,
namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan
ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku
bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat
dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah
letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman
tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik
mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah
rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila
mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak
hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama.
Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia.
Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan
mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari
langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara.
Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam
bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak,
ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu
dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis
riwayat at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang
segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh,
kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya
hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang
bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan
wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan
banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati
mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada
wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba
mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di
pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan
sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran.
Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang
menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja...