Monday, 4 June 2018

LISAN IBU

as-salam.

Untuk renungan sahabat yang dikasihi sekalian. 😍😍😍, saya kongsikan apa yang dikongsikan untuk ingatan diri saya sendiri terutamanya.


Assalammualaikum wr wb..

Ketika seorang wanita sudah menjadi IBU, maka Allah akan menganugerahkan kepadanya satu senjata yang sangat ampuh di muka bumi..

Tahukah apa itu?
Itu adalah Lisannya..

Lisannya akan menjadi berat timbangannya..
Lisannya akan menjadi pembuka pintu-pintu langit..
Ucapannya akan diijabah.. Doanya akan melesat tanpa penghalang..

Doa ibu akan mampu menjadi penghancur kesulitan bagi anak keturunannya..
Dan mengeluhnya seorang ibu akan menjadi pemberat langkah setiap anggota keluarganya, termasuk bagi suaminya..

Maka pantang bagi seorang ibu untuk mengeluh kerana keluhannya pun akan menjadi kenyataan, sebagaimana harapan dan doanya pun akan menjadi kenyataan..
Ucapan buruknya akan menjadi kendala bagi dirinya dan keluarganya..

Lisan seorang ibu layaknya mukjizat para nabi.. atau Karomah para kyai..

Maka berhati-hatilah wahai para ibu ketika anda menggunakan senjata terampuh ini..

Gunakan untuk bermunajat meminta kepada Allah agar suamimu dimudahkan dalam mencari nafkah.. Jangan mengeluhkan tentang dirinya. Itu justeru akan semakin memberatkan..

Gunakan untuk bermunajat meminta kemudahan dan kesolehan atas anak-anakmu.. Jangan mengeluhkannya kerana itu akan menjadi benar adanya..

Muhasabah diriπŸ˜”

No comments:

Post a Comment