Tuesday, 26 February 2019

Bunga-Bunga Wangi

Kenanga Kuning
As-Salam.

Hari ni kita sembang pasal bung-bunga wangi.  Kami sedang buat projek tanam bunga-bunga wangi di sekeliling rumah.

Bunga kenanga kuning dan melur telah lama menginap di Isyraq Rest House, begitu juga dengan ros.  Namun tak banyak.  Oleh itu, kami bercadang mencari dan menanam pokok-pokok bunga yang berbau wangi agar sekitar rumah berbau wangi.

Dua minggu lepas kami ke Panglima Bayu, Rantau Panjang, Kelantan.  Semasa melalui jalan lama Rantau Panjang - Pasir Mas terdapat banyak nurseri tanam-tanaman.  Selepas melepasi beberapa nurseri, kami singgah untuk intai-intai bunga yang berkenan.

Hasil meninjau dapat bunga cempaka putih, cempaka kuning dan cempaka telor.  Wah puashati. Murah pulak tu rm5 je sepokok, cempaka telor rm8 sepokok.  Mana nak cari dik non oooi.


No comments:

Post a Comment