Thursday, 28 February 2019

Tanam Bunga Cempaka

cempaka putih
As-salam.

Kita sambung cerita bunga cempaka.  Pokok bunga dah ada, kita cari lokasi yang sesuai untuk tanam.  Kami tanam belakang rumah tepi dapur, biar dapur wangi semerbak.

Alhamdulillah setelah ditanam, pokok bunga cempaka putih, cempaka kuning dan cempaka telor dapat menyesuaikan diri.  Nampak segar.  Hari ni  hampir seminggu pokok tersebut ditanam.  Cempaka kuning dan cempaka putih telah mengeluarkan kudup bunga.

cempaka kuning

Sekarang masa untuk kita tunggu bunga-bunga berkembang dan menwangi.


Bila dicari maklumat, rupanya banyak khasiat pokok bunga cempaka ni.  Tak rugi tanam.

Salah satunya dapat menyembuhkan perut yang kembung.

Bunga cempaka jenis bunga yang memiliki aroma yang sangat wangi, oleh itu boleh dimanfaatkan untuk menghilangkan atau mengurangi bau badan yang tidak sedap.

Masalah keputihan yang boleh diubati dengan menggunakan bunga cempaka. Bunga cempaka memiliki sifat antibakteri yang dapat mengatasi berbagai masalah yang berkaitan dengan infeksi bakteri termasuk keputihan.

cempaka telor

Bunga cempaka juga dapat menghilangkan atau mengatasi masalah batuk berkahak.

Penyakit vertigo iaitu terasa pening atau berpusing secara tiba-tiba, seolah-olah kehingan kesimbangan badan juga boleh diubati dengan bunga kenanga.

Keringkan bunga cempaka, kemudian hasil pengeringannya, boleh jadikan  ubat.  Caranya bunga cempaka tersebut dicampur dengan air hangat dan madu. Ramuan ini selain dapat membantu mengatasi masalah bronchitis, juga dapat membantu meredakan batuk dan penyakit asma.

Sila dapatkan maklumat lanjut dari orang-orang yang tahu dan mahir penggunaan ubat herba.  Kami sekadar berkongsi maklumat yang amat terbatas.


sumber : legendflowers.com

No comments:

Post a Comment