Wednesday, 12 June 2019

Bercuti Di Pulau

as-salam.

Bercuti Di sebuah pulau..... kami ke sana semasa cuti 1 Mei.  Hari ni baru berkesempatan menulis coretan pengalaman semasa di sana.

Sebagai "orang baru" di PULAU tersebut banyak yang kami tak tau eemmmm bak kata orang "terkena" juga dengan pihak2 yang cuba mengambil kesempatan terhadap "orang baru" macam kami.

tayar kereta yang bertampal dan xde bunga
Cerita kecantikan dan keunikan PULAU berkenaan memang dah banyak terpampang di pelbagai media sosia, jadi kami tak nak cerita bab tu.  Kami menulis berdasar pengalaman kami selama 3 hari 2 malam di sana.  Bukan nak bercerita tentang keburukan PULAU itu, kami menulis sebagai peringatan kepada kami sendiri supaya di masa akan datang samada di PULAU itu atau di mana jua kami pergi, kami akan lebih berhati-hati.

Kisah ini kisah sebahagian kecil sikap manusia yang kurang prihatin dan cuba mengaut keuntungan di atas kesusahan orang lain.

Kami menyewa sebuah kenderaan untuk kemudahan di sana.  Bila kami di bawa ke kenderaan tersebut, kami sedih melihat kenderaan yang kami sewa, tayarnya bertampal tidak berbunga.  Tetapi atas dasar "kami dah bayar awal" kami ambil juga kenderaan tu.  Pemilik kenderaan meminta deposit sebanyak RM50.00 sebelum menyerahkan kunci kenderaan .  Kami bertolak dari "Pekan A" ke "Pekan B" menaiki kenderaan tersebut sekitar 30 minit perjalanan.  Sesampai di "Pekan B" tayar kenderaan bocor.  Kami call pemilik kenderaan bertanya apa yang harus kami lakukan dengan tayar yang bocor dan dengan harapan pemilik kenderaan akan ganti kenderaan lain. Tetapi ... jawapan pertama yang kami dapat "Awak kena ganti harga tayar tu .... bla bla " .... aduh pedihnya.  Dalam hati "Korang hanya nampak DUIT je".  Tau nak untung je.  Kami matikan panggilan tersebut sebab malas nak dengar ucapan yang menyakitkan hati.

Kami minta tolong pekerja di "Pekan B" untuk menukar tayar tersebut dengan bayaran RM20.00 dan kami bergerak ke tempat penginapan kami.  Sepanjang 3 hari di sana kami sengaja tidak menelefon balik pemilik kenderaan untuk bagitau berkenaan status tayar yang bocor sebab kami ingin lihat sejauh mana pihak pemilik kenderaan mengambil berat "masalah kami". Ternyata masalah kami diabaikan begitu sahaja.

Kami rasa amat sedih dan terkilan dengan sikap tidak ambil peduli pemilik kenderaan.  Kawan-kawan ..... berhati-hatilah bila menyewa kenderaan walau di mana jua tempat kita melancong.


No comments:

Post a Comment