Friday, 7 June 2019

3 Syawal : Kuah Lodeh

as-salam.

Salam Aidilfitri di pagi 3 Syawal.  Hari ni kami sediakan juadah istimewa ....... Nasi Berlauk Bungkus.  Disebabkan telah ada yang menjual, kami beli je nasi bungkus untuk sarapan.  Selepas tu jam 10.30 pagi kami keluar beraya ke rumah bapa saudara.

gambar dari santanukay.com

Di rumah bapa saudara kami dihidangkan dengan kuah lodeh, sambal bilis, nasi impit dan kek lapis sarawak.  Alhamdulillah.

Petang selepas Jumaat, kami ke rumah sepupu yang membuat kenduri aqiqah anak ke duanya.  Kami dihidangkan dengan nasi, ayam masak merah, singgang daging, kerabu perut,  kambing bakar dan banyak lagi.

Terima kasih kepada santanukay.com, pinjam gambar.   Kalau sesapa nak buat kuah lodeh, resepi ada kat situ.

No comments:

Post a Comment