Tuesday, 20 January 2015
Sunday, 18 January 2015
Renovation Ruang Makan
As Salam.Kos bagi pemasangan tiles di ruang makan :
1. Saiz tile 1 kaki X 2 kaki => RM4.00 sekeping
60 keping X RM 4.00 = RM RM240.00 (tiles color kuning air)
2. Harga simen RM 18.00 per pack = 1 pack bagi 3 keping tiles
3. Harga simen (gam) RM 25.00 per pack
4. Upah pasang tiles = RM2.80 sekaki

Jangan lupa hidangkan mata kita dengan sample ruang makan dan tiles dari carian google.

Deco tiles yang comel.
Renovation Living Room (Ruang Tamu)
As Salam.Home sweet home dalam proses naiktaraf ruang tamu, ruang makan dan dapur.
Sesambil tu boleh layan gambar ruang tengah yang cantik hasil carian google.

Almari dua muka - betul ke tak istilah ni. Satu idea yang menarik untuk dibuat kat ruang tamu atau mana-mana bahagian yang sesuai.

Dikongsikan kos bagi memasang tiles di ruang tamu :
1. Saiz tile 1 kaki X 2 kaki => RM4.00 sekeping
60 keping X RM 4.00 = RM RM240.00 (tiles color grey)
2. Harga simen RM 18.00 per pack = 1 pack bagi 3 keping tiles
3. Harga simen (gam) RM 25.00 per pack
4. Upah pasang tiles = RM2.80 sekaki

Berkenan dengan frame kat dinding yang ringkas dan cantik, nampak moden dan kreatif.
Thursday, 15 January 2015
Pasca Banjir
Assalam.
Sekarang musim pasca banjir, semua pihak menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing. Syabas dan terima kasih kepada semua yang membantu samada dari segi fizikal, material atau pon mental. Syukur Alhamdulillah. Sememangnya semua mangsa amat memerlukan bantuan seumpama itu.

Monday, 5 January 2015
Sepintas lalu 2015
Assalam.
Selamat menyambut maulidur rasul dan selamat tahun baru 2015. 2015 : satu permulaan yang sukar selepas menempuh pelbagai tragedi sepanjang tahun 2014.
Tragedi terakhir, penutup 2014 - kehilangan pesawat Air Asia. Takziah dan al-fatihah. Kami yang telah terputus hubungan beberapa hari disebabkan banjir langsung tidak menyedari berkenaan kehilangan pesawat tersebut. Malah tidak tahu bahawa pejabat tempat bertugas juga telah ditenggelami air !!!
Kesan banjir jelas kelihatan sepanjang perjalanan ke pejabat pada hari Selasa 30 Disember 2014, begitu menyayat hati. Setiba di pejabat, rakan-rakan mundar-mandir di lobi dalam suasana suram kerana tiada bekalan elektrik. Air naik hingga paras lutut di lobi pejabat, banyak juga peralatan pejabat yang rosak. Sehingga hari ini, aras bawah masih belum disambungkan dengan bekalan elektrik sebagai langkah keselamatan. Penyaman udara juga masih belum berfungsi di semua aras.
IsyraQ resT houSe :
Bekalan elektrik terputus jam 9.30 malam pada 25 Disember 2014 dan disambung semula jam 2.00 pagi pada 1 Januari 2015.
Bekalan air ke IsyraQ resT houSe telah pulih jam 7.00 pagi pada 5 Januari 2015 selepas terputus sejak awal pagi pada 25 Disember 2014.
Alhamdulillah IsyraQ resT houSe tidak ditenggelami air banjir.
Thursday, 13 November 2014
Satay Ayam Simple
salam.
Masak ayam ala-ala satay untuk anak-anak di hari cuti. Resepi satay ayam yang telah diubah suai ikut selera anak-anak :
A. bahan-bahan untuk dikisar atau tumbuk/giling halus :
5 batang serai
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
B. bahan-bahan perasa :
1 keping (kecil) manisan kelantan (dirincih)
2 sudu kecil garam
C. bahan lain :
3 ketul ayam (ayam yang dipotong 4 bahagian)
3 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan minyak untuk menggoreng
1. Kisar halus semua bahan A.
2. Selepas dikisar, gaulkan bahan A bersama bahan B.
3. Lumur pada ayam hingga sebati.
4. Perapkan ayam selama 1/2 jam. Lagi lama perap lagi sedap, biar semua bahan meresap masuk dalam daging ayam.
5. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan atau boleh juga dibakar hingga masak.
Kalau hendak digoreng ayam seeloknya dipotong kecil-kecil supaya cepat masak.
A. bahan-bahan untuk dikisar atau tumbuk/giling halus :
5 batang serai
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
B. bahan-bahan perasa :
1 keping (kecil) manisan kelantan (dirincih)
2 sudu kecil garam
C. bahan lain :
3 ketul ayam (ayam yang dipotong 4 bahagian)3 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan minyak untuk menggoreng
1. Kisar halus semua bahan A.
2. Selepas dikisar, gaulkan bahan A bersama bahan B.
3. Lumur pada ayam hingga sebati.
4. Perapkan ayam selama 1/2 jam. Lagi lama perap lagi sedap, biar semua bahan meresap masuk dalam daging ayam.
5. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan atau boleh juga dibakar hingga masak.
Kalau hendak digoreng ayam seeloknya dipotong kecil-kecil supaya cepat masak.
Monday, 3 November 2014
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Bakar
salam.
Mencuba resepi ikan cencaru sumbat sambal kemudian dibakar. Resepi asal dari nasibukuhbukitmarak.
Isyraq Rest House telah ubah suai resepi asal menjadi seperti di bawah :
Bahan sambal :
2 ekor ikan cencaru saiz sederhana (dibersihkan dan dibelah belakang, lepas itu diperap dengan garam)
4 biji cili merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 buku kunyit/1 sudu kecil kunyit serbuk (lupa letak kunyit)
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
Kami gunakan blender kering untuk blend semua bahan sambal. Sebenarnya tumbuk lebih sedap. Sumbat sambal ke dalam ikan cencaru dan bungkus dengan aluminium foil. Bakar sampai masak.
**jika suka pedas tambahkan cili padi
Angkat dan hidangkan (perahkan limau nipis sebelum makan).

Subscribe to:
Posts (Atom)