
Ubi gadong adalah salah satu makanan nostalgia di kampung kami. Masa zaman persekolahan dulu, kami bergotong royong mengopek dan membersihkan ubi gadong. Selepas diperam (direndam dalam air yang banyak dan mengalir) beberapa hari, ubi gadong akan dimasak bersama pulut. Selepas itu digaulkan dengan kelapa muda yang telah diparut dan digaul bersama gula dan garam. Boleh juga digantikan dengan gula melaka. Sedap.
Ubi Gadong is one of nostalgia food in our village. Long time ago (our childhood memory), we cooperate ubi Gadong peeling and cleaning. After fermented (soaked in water and drained) in a few days, Ubi Gadong and glutinous rice are cooked together. After that, we mix it with the grated coconut (mixed with sugar and salt). Can also be replaced with sugar. Eat it. Tasty.

Ubi gadong yang telah diperam ni sedikit berbau. So pastikan dibasuh bersih sebelum dikukus atau dimasak bersama pulut.
Gadong tubers that have fermented would be little smelly. So be sure to wash thoroughly before steamed or cooked with glutinous rice.
Ubi gadong atau nama saintifiknya Dioscorea spp, termasuk dalam spesies Dioscorea hispida, Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata yang mempunyai perbezaan dari rupa bentuk fizikal dan juga kimia antara satu sama lain.
Ubi Gadong or scientific name Dioscorea spp, including the species of Dioscorea hispida, and Dioscorea alata Dioscorea piscatorum a difference from the appearance of the physical and chemical forms of each other.


Ubi gadong boleh dimakan tapi awas ianya beracun - boleh mabuk. Berdasarkan carian google ubi gadong mempunyai nilai perubatan. Kajian saintifik menunjukkan ubi gadong mengandungi sejenis sebatian yang beracun iaitu alkaloid Dioscorine yang larut dalam air.

Oleh itu sebelum dimakan ubi gadong mesti (wajib) direndam dalam air yang mengalir selama 5-6 hari, air yang
mengalir akan melarutkan kandungan Dioscorine dalam ubi. Setelah alkaloid Dioscorine
disingkirkan, ubi gadong tidak lagi beracun malahan berupaya memberi nilai
perubatan kepada manusia. Marvelous.
Therefore before eating tubers, Ubi Gadong must (required) soaked in running water for 5-6 days, running water will dissolve Dioscorine content in tubers. After alkaloid Dioscorine eliminated, sweet and poisonous Gadong even able to provide medicinal value to humans. Marvelous.
Ubi Gadong adalah salah satu keunikan di Negeri Kelantan walaupun orang kelantan sendiri ramai yang tidak pernah mengenali apatah lagi merasai keenakannya.
Ubi Gadong is one of uniqueness in the State of Kelantan. Although many of the Kelantanese themselves did not know about it what more to feel its tasty.
No comments:
Post a Comment