salam.
Hari ni baru ada semangat tuk masukkan entry yg dah lama bekepok dalam pc. Upload gambor cucur kelapa berkentang atau cucur kentang berkelapa. Mana-mana lah janji makan sedap.
Menghabiskan baki kelapa muda lebihan ubi gadung, so campurkan saje dalam adunan tepung gandum. Lepas tu potong kecik-kecik dua biji ubi kentang. Gaul bersama adunan tepung gandum hingga sebati, jangan lupa masukkan garam secukup rasa.
Dah siap, boleh lah goreng dalam minyak panas hingga kekuningan dan garing. Dah sejuk sedikit, hidang dan cicah dengan sos cili. Dua biji fishball sebagai penyeri hidangan.
No comments:
Post a Comment