Wednesday, 29 July 2015

Kek Coklat (Bakar)

as-salam.


Bahan-bahan :

Masukkan dalam bekas :

2 cawan gandum
1 3/4 cawan gula (resepi asal 2 cawan)
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar tepung jagung
(bahan-bahan yang memberi perasa tambahan)
sedikit garam  
1 1/2 sudu teh (sk) baking soda
3/4 sudu teh (sk)  baking powder

Gaul rata semua bahan2 di atas.

tambah dalam adunan :
1 cawan minyak sayuran
1 cawan sour cream

Gaul hingga sebati.

Tambahn 4 biji telor.

Kacau hingga likat dan berkilat.

Tambah 100ml air suam.

Kacau sebati.

Akhir sekali tambah 200 g coklat chip.

Gaul lagi hingga rata.
 
Masukkan dalam acuan 9 inci.  Goncang sikit bagi sekata.

Bakar  175 darjah celcius selama 50-55 minit

Biarkan sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum keluarkan acuan.









Hiasan :

cairkan 200g coklat bersama 200g krim


Tuang di atas kek sekurang-kurangnya 30 minit sebelum hidang

Nota : Cara buat sour cream:

180ml susu segar + 1 sb jus lemon/cuka
biarkan 10 minit.
Campurkan 60g (1/4 cwn) mentega cair.
Jumlah campuran akan menjadi 250ml= 1cwn sour cream

Sour cream akan jadikan kek lembut dan lembab.
Boleh juga gantikan dgn plain yogurt.

Pastikan guna cup/cawan yang sama untuk sukat semua. 

=============================================

CHOCOLATE CAKE (SHEILA RUSLY)

No comments:

Post a Comment