
Sambung pasal merancang untuk bercuti di Pulau Rhu, Besut Terengganu, yang berbentuk perkhemahan bersama keluarga pada 20-21 September 2019. Tarikh semakin hampir, jadi kami perlu recheck senarai barang-barang yang hendak dibawa bagi memberi keselesaan, keseronokan dan yang mengenyangkan.
Tempahan baju t-shirt untuk 50 orang ahli yang terdiri daripada warga emas, orang dewasa, remaja dan kanak-kanak telah dibuat. Harga tempahan baju yang asalh adalah RM15 sehelai. Selepas selesai dicetak CAPTION harga bertambah RM2.00 sehelai menjadikan harga baju RM17.00. Untuk baju kanak-kanak pula RM13.00 seorang. Memang berbaloi. Cantik.

Esok Rabu 18 September, diharap semua baju yang ditempah siap dan boleh diagihkan kepada saudara-mara mengikut saiz yang ditempah.
No comments:
Post a Comment