as-salam.
Day 1 ~ 20 September 2019 : Akhirnya kami dapat menjejakkan kaki ke Pulau Rhu, Besut, Terengganu. Agak lewat juga kami tiba, maklumlah nak berkumpul semua seramai 50 orang...pelbagai ragam. Anak-anak yang paling teruja dan tak sabar nak mandi-manda di Pulau Rhu. Airnya yang jernih sentiasa menggamit memori.
Sebenarnya ini kali ke 2 kami sampai ke Pulau Rhu. Trip pertama ke pulau inilah yang membuka hati kami untuk merancang kunjungan ke 2. Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke sini pasti akan datang lagi. Kejernihan air yang hanya paras dada ketika pasang dan melandai memberi keselesaan untuk mandi-manda. Pantai memutih diserikan lagi dengan pokok rhu yang merendang, batu karang dan ikan-ikan yang boleh dilihat dengan mata kasar dari permukaan air, sentiasa bermain dilayar ingatan.
Kehadiran kami kali ke 2 disambut dengan hujan renyai-renyai sebagaimana laporan Jabatan Meteorlogi Malaysia, disambung dengan angin yang agak kencang, menerbangkan khemah-khemah yang baharu siap dipasang. Kami bernasib baik kerana kami telah mengikat khemah ke pokok rhu dan ada juga yang telah memasukkan beg-beg ke dalam khemah semasa hujan tadi. Setelah hujan dan angin reda, kami sambung mengemas barang-barang sambil makan sebab masing-masing kelaparan. Selesai makan dan solat, apalagi .... kami turun ke laut yang jernih walaupun air tengah surut hingga paras lutut sahaja. Berenang, snoorkling....beremdam yang lebih tepatnya sebab air makin surut. Yang paling penting seronok.
Our Camp for 2 day |

No comments:
Post a Comment