Cuti-cuti ni ke mana kita ...emmm minggu ni kita duduk rumah je, kemas-kemas apa yang patut. Hamboi asyik jejalan je dari selepas Aidil Adha. Hari tu pegi ke D`Aur Beach, Pantai Melawi, Bachok, Kelantan ... masuk RM5.00 memang berbaloi.
Lepas tu kami buat trip belah Pantai Sabak pula. Kami ke Pantai Sabak aka Nami. Sebelah malamnya kami solat Maghrib di Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah, Sabak. Selesai solat kami singgah makan di Restoran Acu Tera sebelum bertolak balik ke rumah.
Minggu berikutnya kami ziarah saudara-mara di Kg. Chenulang, Kuala Krai. Kami dijamu dengan buah-buahan .... dah musim buahkan. Alhamdulillah.
Cuti 19 September kami bertolak ke Kulim, Kedah. Singgah pusing-pusing di Desaku, Kulim. Esoknya kami bertolak ke Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang. Selepas kenyang makan meatball Ikea, kami ke Balik Pulai melalui Jambatan Ke 2 Pulau Pinang. Kami singgah solat di Masjid Balik Pulau sebelum patah balik ke Sungai Tiram, Pulau Pinang. Pepagi kami check out, makan pagi di kawasan yang sama sebelum ke Giant Supermarket. Selepas itu kami meneruskan jelajah ke Batu Ferenggi. Mandi-manda sekejab sahaja sebab hujan.
Kami balik ke tanah besar melalui Jambatan Pulau Pinang. Singgah pekena cendol dan laksa pinang. Petang kami ke Tanjong Dawai, Kedah. Kami menaiki bot ke Pantai Merdeka dari Jeti Tanjong Dawai. Selepas itu, kami kembali ke Jeti Tanjong Dawai dan solat Magrib di Masjid Tanjong Dawai. Kami menjamu selera di Rumpun Mambu dan kembali ke Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Esoknya pepegi lagi kami bertolak balik ke kampung halaman.
Minggu lepas pula minggu Pulau Rhu .....so this weekend just stay at home... the end.
It’s better to have heart without words than
words without heart because
no beauty shines brighter than a good heart
..........wise man said