Thursday, 30 April 2020
Wednesday, 29 April 2020
Friday, 24 April 2020
Thursday, 23 April 2020
Wednesday, 22 April 2020
Tuesday, 21 April 2020
Monday, 13 April 2020
bubur biji nangka
13 April 2020
Dua hari lepas kami ke Giant, beli barang-barang keperluan dan cari pejabat pos untuk bayar bil. Rupanya pejabat pos di Giant tutup. Terpaksa lah selesaikan urusan bil semalam di tempat lain. Hari ni selesaikan pula hutang van sekolah anak dan yuran tempat mengasuh. Alhamdulillah.
Menu hari ni ayam masak kicap. Mudah dan senang. Tengah hari goreng isi ikan talang, masukkan dalam lebihan kuah kicap. Dah lama tak makan ikan talang.
Lewat petang, buat bubur biji nangka. Rujuk resepi kat FB. Kami buat dalam 3 cawan, sedang elok untuk 4 orang makan.
Sunday, 12 April 2020
hotdog sotong
12 April 2020
Semalam kita ada buat hotdog sotong. Alaaa hotdog tu memula potong 2, lepas tu belah supaya jadi empat hujung hotdog tu tapi jangan sampai putus. Bila kita goreng hujung hohtdog tu akan kembang atau tercapah sikit, jadi macam sotong. Tu yang anak-anak panggil hotdog sotong. Saja buat gitu nak tarik perhatian budak-budak.
Semalam juga kita buat teh hijau ais. Dah lama tak minum. Wah aroma dia memang kuat, satu rumah bau teh hijau.
Pagi ni kita buat nasi goreng telor je. Ketuk 2 ulas bawang puteh dan 2 biji cili padi. Tumis hingga naik bau. Pecahkan telor dalam kuali dan kacau hingga telor nampak garing. Masukkan nasi yang telah dileraikan, masukkan sedikit garam. Gaul dan kacau hingga masak. Selesai makan pagi. Hari ni pon kita buat teh hijau, tak puas minum semalam.
Saturday, 11 April 2020
Pulut Gaul Kelapa dan Ikan Masin
11 April 2020
Pagi ni goreng karipap segera. Masak nasi puteh bersama ikan goreng juga sambal pauh (mangga telor). Lepas tu habiskan stok pulut sebab anak minta masak pulut LAGI. Kita buat pulut ikan masin. Pulut putih digaul kelapa parut dan makan bersama ikan masin.
Basuh bersih pulut dan rendam sekejab, biasa sejam atau 2 jam. Sementara tunggu beras kembang, kita proses kelapa parut dan santan.
Kita ikut tips
atau petua untuk bagi pulut tahan lama
dan lambat basi. Santan kelapa (pekat)
yang dicampur sedikit garam dimasak hingga mendidih, jangan lupa kacau ya. Lepas mendidih terus tutup api. Ahhh satu lagi masa masak santan ni guna api
perlahan sahaja. Biarkan sejuk.
Lepas tu kita proses kelapa parut pula. Masukkan air dalam periuk mengukus, tunggu hingga mendidih. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam. Lepas tu masukkan ke dalam pengukus, kukus sekejab. Angkat dan sejukkan.
Tos beras pulut, kukus ke dalam pengukus tadi, tutup rapat. Biarkan hingga keluar wap atau asap berkepul-kepul. Perlahankan api, angkat pulut. Periksa paras air untuk pastikan air cukup untuk kukusan kali ke dua, jika air kurang, tambah air ya.
Gaulkan pulut bersama santan yang telah dimasak tadi. Pastikan gaul rata, sebab pulut ni sifat dia melekat dan akan jadi berketul. Oleh itu pastikan kita pecahkan ketulan pulut. Bila selesai masukkan kembali pulut ke dalam periuk pengukus. Kukus kali ke dua. Tunggu hingga keluar wap asap berkepul. Pulut ni masak sekejab je dalam sepuluh minit. Bila dah keluar wap, tutup api. Angkat pulut. Siap. Biarkan sejuk sedikit, lepas tu boleh lah gaul dengan kelapa parut tadi.
Hah jangan lupa goreng ikan masin, nyum nyum sedap. Alhamdulillah.
Friday, 10 April 2020
Pulut Purple
10 April 2020
Atas permintaan anak-anak hari ni nasi puteh bersama ayam masak merah lagi, tak kisah lah janji anak-anak makan. Dan juga pulut kuning, tapi warna purple, jadinya pulut purple.
Hari ni Perdana Menteri mengumumkan PKP disambung 2 minggu lagi. Maknanya sehingga 28 April 2020. Perkara ini memang telah dijangka kerana berdasarkan jumlah kes baru yang melebihi 100 hari ni.
Take care everyone. Stay Healthy, Bersabar ya.
Thursday, 9 April 2020
nasi hujan panas ? ? ?
9 April 2020
Malam tadi bercadang nak masak nasi hujan panas, cari resepi kat Blog Qasey Honey dan juga dari blog Ayue Idris , ayue guna resepi dari Sheila Rusly. Nasi ni sedap makan dengan Ayam masak merah resepi dari Azie Kitchen. Kita study dan rujuk semua.
Pagi ni, tak jadi masak nasi hujan panas, just masak nasi putih bersama ayam masak merah. Lepas tu masak pulut kuning. Sedap juga pulut kuning bersama ayam masak merah.
Yang penting famili makan, licin. Nasi hujan panas tu lain kali lah.