Pagi kita masak nasi kerabu kuning. Resepi dari Blog Azie Kitchen. Kat blog tu ada resepi nasi kerabu, tumis dan juga sambal ikan.
Lauk ayam goreng kunyit, ikan sardine/Selayang goreng (ikan ni rebus/singgang ikut resepi Kelant
an terlebih dahulu) dan juga kerepok.
Kerabu : pucuk serai, pucuk belalai gajah, pucuk mulberi, pucuk gajus, pucuk putat, pucuk mangga telor, sebiji mangga telor. Semua ni kita potong halus/kecil-kecil.
Tengah hari karipap dan milo ais. Karipap pusing ni karipap segara, beli dengan jiran. Sedap, isinya padat, ada pelbagai perisa. Semua sedap.
Petang kita masak kuey-teow-kung-fu. Ni resepi dari Blog Resepi Viral Terkini siap gambo sekali. Tq share resepi.
No comments:
Post a Comment