Tuesday, 9 April 2019

Penarik, Terengganu

Antara rumah penginapan
As-salam.

Lawatan kami ke Penarik, Terengganu pada Februari 2019, tanpa plan, just go for vocation. Horeeey. Kami hanya ambil kesempatan cuti-cuti hujung minggu.  Penarik yang terletak di Terengganu
terkenal dengan udang celup tepung.  Memang tujuan utama nak makan udang celup tepung puas-puas.  Kami sempat merasa udang celup tepung di beberapa kedai/restoran di sana.  Semua sedap.

Kolam mandi Pandan Laut Beach Resort
Kami bertolak dari rumah selepas solat Jumaat dan tiba di Pantai Penarik lebih kurang 4.30 petang.

Kami menginap di Pandan Laut Beach Resort, yang beralamat Lot 390, Kampung Sekeping, 21010, Terengganu.  Nombor telefon untuk tempahan 013-681 2495.

Kami pilih bilik dengan 2 katil queen. Harga RM180. Berbaloi sangat sebab ada kolam dan pantai yang cantik.

Selesai solat asar kami basahkan sisik di kolam renang.  Hilangkan penat travel.  Kami bungkus udang celup dan air coconut shake dari kedai berdekatan resort untuk makan-makan selepas mandi.
Kami sarapan kat Bikers Cafe

Malamnya selesai solat Magrib kami keluar untuk makan malam.  Pusing-pusing sepanjang pantai Penarik mencari restoran yang sesuai.
Menu malam kami cari sotong dan ikan celup tepung.

 
Pagi esoknya, kami bersarapan di Bikers Cafe, tidak jauh dari Pandan Laut Beach Resort.  Kueh-mueh yang murah dan sedap.  Nasi berlauk daging gulai memang kena dengan selera kami.

tepian pantai di Pandan Laut Beach Resort


Selepas bersarapan kami menyusuri pantai yang memutih di sekitar Pandan Beach Resort .  Kami jalankan aktitivi mengutip kulit siput dan kerang-kerangan.  Banyak juga hasil kutipan kulit siput dan kerang-kerangan, ada pelbagai bentuk dan corak.  Yang penting kami happy dan seronok.

Selesai aktiviti di pantai, kami kembali berehat di tepi kolam, hilangkan penat sekejab sebelum meneruskan aktiviti beremdam di situ.  Sejuk dan selesa bila dapat basahkan badan selepas berjemur di pantai.

Kami check out jam 12.00 tengahari.  Sebelum balik kami singgah di Restoran Ombak Pantai pekena sotong, udang dan ikan celup tepung.  Sebagai penyejuk tekak kami pilih Air Kelapa Muda dan Coconut Shake.

Dalam perjalanan pulang kami singgah beli keropok lekor di Besut sebagai buah tangan untuk keluarga yang lain.

Harap dapat repeat lagi percutian yang simple dan santai.  Insya Allah.


 

No comments:

Post a Comment