Tuesday, 17 February 2015

ROTI SARANG LEBAH

As-salam.

Minggu ni merupakan minggu mentelaah resepi roti.  Menjelajah seluruh pelusok dunia (google) mengintai reseipi-resepi roti.


Dikongsikan di sini resepi ROTI SARANG LEBAH :)

Bahan-bahan untuk bun 

1 cawan air sejuk (air dari peti sejuk ok) 250ml
1 sudu kecil garam
4 sudu gula
2 sudu besar susu tepung (any brand. Fernleaf/dutch lady pun ok. Bukan susu budak-budak)
2 sudu besar marjerin
1 biji telur
500gm tepung
1 paket yis Mauripan

Bahan-bahan untuk Sos Butterscotch

1 tin susu cair
1/2 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter


Cara-cara membuat roti

  1. Masuk semua bahan ke dalam bekas roti, mengikut turutan di atas. JANGAN kacau. 
  2. Masukkan bekas roti ke dalam oven Noxxa sehingga ada bunyi 'Klik'.
  3. Pasang plug (ni pun masuk dalam cara-cara ke? hahahhaa)
  4. Tekan butang ROTI dan set program #10
  5. Tekan butang START. Setelan 1/2 jam, doh akan ready.
  6. Biarkan doh naik dalam 1/2 jam lagi.
  7. Bentukkan doh menjadi bentuk bun dan susun dalam tray yang telah disapu mentega. 
  8. Biarkan doh naik 1 kali ganda lagi.
  9. Pre heat bread maker dengan menekan butang OVEN selama 5 minit pada suhu 180 celcius.
  10. Setelah pre heat, bakar selama 17 minit suhu 180 celcius.
Cara-cara membuat Sos Butterscotch.
  1. Satukan butter dan gula. Masak atas api perlahan sambil dikacau. 
  2. Apabila mula larut (masih ada gula belum habis larut pun tak apa), masukkan sedikit demi sedikit susu cair dan kacau rata. Buat sehingga susu cair tadi habis.
  3. Masak dan kacau sehingga gula larut kesemuanya. Kat stage ni, kena extra careful, make sure sos tak cair sangat dan tak pekat sangat. Kena pandai agak untuk dapatkan tekstur yang ngam. Kalau cair sangat, nanti bila tuang atas roti, tak cantik. Pekat sangat pun tak cantik. 
  4. Angkat dan sejukkan butterscotch supaya lebih pekat.
  5. Boleh lah curahkan sos butterscotch ni kat atas roti tadi. SIAP!


resepi asal : Life is Beautiful


Sunday, 15 February 2015

Resepi Nasi Ayam Paling Sedap

As-salam.

Resepi Nasi Ayam Paling Sedap
Lauk Ayam:
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan
Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja.
Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.
Nasi Ayam:
Mentega - tak guna
Minyak ayam - saya tambah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
Susu full cream
Serbuk ayam
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker.
Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa.
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.
Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.
Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.
Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah
Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.
Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.
Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur
Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.
Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.
Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah
Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.
Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.
Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur
Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.
Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang

facebook : CaraBuatBuburDanPengat

AYAM PANGGANG

As-salam

RESEPI AYAM PANGGANG SEDAP

Sumber: Liza @ Intai dapur

Bahan-bahan A:

2 sb cili kering blender
2 keping gula Melaka
1/2 cawan air
- masak semua hingga pekat 


Bahan-bahan B:

4 ulas bawang pth
1 ulas bawang besar
1 kiub stok ayam
1 inci halia
letak 3 sb sos lada hitam + 2 sb sos tiram
5 s/b madu-kurangkan jika tidak suka manis
Garam secukup rasa
Butter - lumur pada ayam masa nak bakar nanti

- Blend bhn A dan B bersama2..
- Lumur bhn blend pada ayam yg telah dikelar dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.
- lumur butter dan panggang ayam 180C 50 min- 1 jam atau hingga masak.siram atas ayam lebihan perapan dlm bekas ayam bakar.
Selamat mencuba!

Facebook : CaraBuatBuburDanPengat

Pizza Ala Dominos

As-salam.

Pizza Ala Dominos
-------------------------------
UNTUK DOH PIZZA:
4 cawan tepung gandum/tepung roti
1/4 cawan minyak olive oil ~aku guna minyak sayur je
1/2sk garam
1/2 paket yis mauripan
1 1/2 cawan air suam2 kuku je tau
Secubit gula

CARA BUAT DOH :
campurkn air dan gula kacau sebati
Tuangkan yis dan kacau dan biarkan hingga berbuih
Dlm mangkuk lain ayak tepung dan campurkan garam
Buatkan bulat ditengah2 tepung kemudian curahkn minyak dan bancuhan yis...
Kacau menggunakan pisau rata2 keliling tepung hingga ia menjadi bergumpal...
Uli hingga lembut dan perapkan 30 -45 minit hingga doh naik
Da naik keluarkn doh dan Tumbuk2 dan ratakan dlm loyang or bekas yg sesuai...sebelum ratakn sapu bekas dgn sefikit minyak ye...
Cucuk2 dgn garfu dan bakar dulu 25-30 minit suhu 180°c
UNTUK TOPPING PIZZA:
2 keping daging burger ramly
200gm daging cincang
1 botol sos spaggeti cendawan jenama adabi ~ apa2pon boleh
2 biji bawang merah ~hiris
2 ulas bawang putih ~cincang
1/2sk serbuk lada hitam
Sedikit mix herbs
Lada sulah
UNTUK TABURAN:
2 batang sosej ~celur dan hiris
Cendawan butang dlm tin ~hiris
Nenas ~dipotong2
1 biji capsicum hiris
CARA:
1. tumis bawang merah n putih hingga garing
2. Masukkan daging...lada hitam n lada sulah...
3. Masukkan sos spaggeti gaul rata
4. Masukkan mix herb dan kacau...tutup api
SOS KEJU :
1 1/2 cawan susu segar
1sb butter /mentega
100gm cream cheese ~aku guna cheddar cheese je
1/2sk lada sulah
Garam dan gula secukupnya
2sb tepung gandum larut dlm air
CARA UTK SOS KEJU:
1. Panaskan butter
2. Curahkan susu segar dan masukkan cream cheese..kacau sampai cheese cair
3. Masukkan lada sulah...garam dan gula...4. Masukkan air tepung gandum dan kacau hingga sos agak pekat..tutup api..
** Bila doh roti pizza da masak sapu bahan topping....susun sosej n capsicum n nenas. N cendawan....
Curah sos keju dan tabur Mozarella cheese...bakar hingga cheese cair dan keperang2 perangan...dlm 25minit...siap!


Share dari Owner Facebook 


Thursday, 12 February 2015

Pizza Dough

As-salam.

Copy resepi KakJee, TQ KakJee


Pizza Crust Dough (breadmaker Noxxa - Amway)

Untuk 1 pizza tebal 12 inci atau 2 pizza nipis 12 inci atau 2 pizza tebal 9 inci atau 4 pizza nipis 9 inci.

¾ cawan air (air masak diletakkan dalam suhu bilik)
1 susu besar minyak (Nadia guna Olive Oil)
1 sudu besar gula putih
½ sudu garam
1 sudu besar susu tepung
2¼ cawan bread flour
1 sudu kecil ragi kering

Cara guna BM:

1. semua bahan basah diletak dahulu dengan diikuti bahan2 kering.
2. Last sekali bubuh yeast. 
3. Tekan pada pizza dough dan tunggu proses menguli selama 53 minit. 
*****(ehsan dari blog noxxa breadmaker)
Lunsurkan bekas roti di atas landasan dan tutup oven
Tekan : bread-cari no 11 – start (skrin tunjuk masa 55 min)
Selepas 15 min keluarkan sekejap untk kemaskan tepi doh,
kemudian masukkan semula.
tunggu bunyi beep, keluarkan doh.

*****
4. Apabila selesai proses itu, keluarkan doh dan letakkan diatas meja yang telah ditabur sedikit tepung. Bulatkan. Kemudian diletak kan di tengah2 pan pizza dan ditekan sambil menolak doh hingga menutup keseluruhan pan. 
5. Kemudian sapu dengan sos tomato (ikut resipi sos KakJee). 
6. Selepas itu, bubuhlah apa saja topping yang disukai, tambur cheese dan 
7. Bakar dalam oven suhu 200 darjah selama 20 minit.

***** (noxxa breadmaker)
Panaskan oven: tekan
Oven-> preheat bake
Temp 200
Time 18
Start
Bunyi beep 3x – masukkn pizza
Tutup bawah
Tekan start – biarkan sampai beep berbunyi
*****

Sunday, 8 February 2015

Penting! Simpan nombor kecemasan polis 112

As-salam.

Peringatan untuk diri sendiri dan yang sudi membaca.

===========================================
Pagi ini saya cuba memanggil nombor "112" dan telah disambungkan kepada Pusat Kecemasan / Emergency Center (dengan hanya 3 deringan).
Seorang wanita (mungkin pegawai polis) yg menyambut panggilan serta-merta mengenalpasti saya (mungkin melalui nombor telefon mobile saya) dgn panggilan Mr Chan, apa saya boleh bantu. Dan saya menerangkan kepadanya bahawa saya sedang mencuba talian 112 ini.

Penting! Simpan nombor 112 dan tandakan ia sebagai nombor kecemasan (Police Emergency)
Kejadian berlaku kpd seorg pelajar kolej perempuan berumur 19thn. Insiden berlaku semasa bercuti, hari Sabtu jam 1ptg. Dia sedang memandu utk melawat kawannya, apabila tiba2 ada sebuah kereta polis TIDAK BERTANDA (Sticker Polis) mengekori dari belakang sambil menyalakan lampu biru. Mengingatkan pesan ayahnya supaya berhati-hati dgn kereta yg tidak bertanda (jika perlu, teruskan memandu hingga ke tempat yg lebih selamat spt stesen minyak/balai polis dlln), dia menelefon talian 112 dari telefonnya dan disambungkan ke pusat kecemasan. Dia memberitahu polis ada kereta polis tidak bertanda dan berlampu flash biru mengekorinya di belakang, dan memaklumkan tidak akan berhenti di tepi jalan.

Pegawai polis itu memeriksa dan mengesahkan bahawa tiada kereta polis di lokasi kereta remaja itu dan menasihatkannya supaya meneruskan pemanduan dgn tenang, pihak polis dlm perjalanan ke lokasinya sbg "back up".
10 min kemudian, 2 buah kereta polis mengekorinya dan kereta 'polis' di belakang. Polis berjaya menahan pemandu kereta itu dan dikenalpasti pernah didakwa merogol dan sedang dicari atas beberapa jenayah lain.

Saya belum pernah mendengar nasihat sebegini sebelum ini. Tapi kepada para pemandu wanita, terutamanya yg memandu sendirian, JANGAN SESEKALI BERHENTI apabila ditahan oleh kereta polis yg tidak bertanda. Pihak polis perlu menghormati hak anda utk berada di tempat yg selamat. Berikan isyarat utk memaklumkan mereka contohnya hazard light, atau telefon talian 112.
Alangkah sayangnya penyedia perkhidmatan telefon mudahalih tidak mewar2kan maklumat yg sangat berguna ini.

Sekarang giliran anda utk memaklumkan kawan2 yg lainnya tentang 112 (112 adalah nombor kecemasan yg akan terus menghubungkan anda kepada pihak polis kerana 999 tidak berfungsi jika berada di luar liputan). 112 juga menggunakan sistem yg dipanggil "triangulation" yg boleh memberikan polis lokasi tepat di mana anda berada ketika menelefon.
PENTING : BACA DAN KONGSIKAN.

Maklumat di atas disediakan oleh ayah remaja perempuan tersebut
credit pada saudara Radzy Sheriff utk dikongsikan

Rip Current

As-salam.

Di copy n paste sebagai Peringatan untuk diri sendiri dan perkongsian bersama.

RIP CURRENT atau arus sempit yang terhasil dari ombak di mana arus ini mengalir keluar dari gigi pantai dan menolak air laut kembali ke lautan luas.  Keadaan ini boleh mengundang bahaya kepada  orang ramai yang tidak meyedari tentang kehadiran arus ini.

 
We know some seas, beaches and rivers do have dangerous spots. And one of the most common spots is called rip current. I think this is my responsibility as an open water swimmer to educate my fellow facebook friends, as lately, it has come to me that some really nice and good people have been lost (inna lilliahi wa inna ilaihi raji'un) due to this rip tide.
Everytime I go to the beach with my friends and my families, there was one thing I always did. Scan the tide. Rip current can be detected with careful eyes. Rip current is dangerous and it could cause drowning to death. Please take note. This could save lives of others.
Di kebanyakan pantai, akan terdapat satu laluan yang tercipta untuk membenarkan air ombak yang sampai ke pantai untuk turun kembali ke laut. Ini terjadi bila ombak terpecah dan air perlu laluan baru. Dan laluan/channel ini dinamakan rip current. Rip current boleh bergerak melebihi kelajuan perenang tegar dan mengheret mangsa sehingga ke laut.


Antara tanda rip current ialah:

1. kelihatan satu laluan tenang walau tempat lain berombak.
2. berbeza warna.
3. kelihatan buih-buih laut yang membentuk satu barisan ke arah laut.
4. Ombak terpecah..

Ini sangat penting. I cannot stress how important it is for people to know about this current. Malaysia bukan macam US, ada lifeguard. Di US ada lifeguard pun, setiap tahun purata 100 orang lemas sebab rip current. Untuk menyelamatkan diri andai terperangkap di dalam laluan rip current:

1. Belajar berenang.
2. Jangan panik. Bernafas secara tenang dan bersedia untuk ambil nafas dalam. Simpan tenaga dan fikir elok-elok.
3. If you are a weak swimmer, apungkan diri dan biar rip current tolak sehingga ke tengah laut sedikit, kemudian berenang ke tepi di mana rip current sudah perlahan.
4. If you are a strong swimmer, terus berenang ke tepi, keluar dari laluan tersebut. The only thing that will make it worse is if you swim against the current. It's a death wish. Don't fight the current.
5. If you don't know how to swim, pada saat anda ditarik, bertenang, tarik nafas panjang dan menjerit minta tolong sambil melambai tangan. I pray someone will be there for you.

Nasihat saya, sentiasa berteman, sentiasa berhati-hati, sebelum melangkah ke laut, scan dulu arus dan ombak. Belajar berenang dan educate diri dan masyarakat. Education is the key.
Setiap kali ada kes, saya sedih. Selalu menyalahkan diri, I wish I could have educated them. If this knowledge was shared, a lot of people might have been saved.

Ini pesanan saya. Keep calm and stay safe. Al Fatihah buat arwah. frown emoticon
Asif, Kapas Marang Swimathon Finisher 2014.
Rujukan
1. http://www.ripcurrents.noaa.gov/overview.shtml
2. http://oceanservice.noaa.gov/facts/ripcurrent.html
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Rip_current