Monday, 22 June 2015

Kulit popia basah.

as-salam.

Kulit popia basah.
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1 biji putih telur
2 sudu makan cuka makan
1 sudu kecil garam
Masukkan cuka makan dan garam kedalam air. Bancuh tepung di dalam bekas.. dan biarkan lebih kurang 1 jam. Gunakan tangan untuk membuat kulit popia. Mulakan melenser adunan dari sebelah luar dan bawa ke tengah. Bancuhan ini mesti dalam bentuk elastic (liat-liat bergam). Seeloknya gunakan 'non stick pan'. Tak perlu letak minyak (kalau letak minyak.., nanti masa nak melenser.. tepung tadi tak akan melekat).





Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering + saya tambah sedikit isi ayam dihancurkan
garam secukupnya
minyak untuk menumis
**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.


Cara-cara

1. campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
2. gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-
kurangnya 1/2jam
3. ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper yang di panaskan dulu
kemudian alihkan ketempat lain biarkan sekejap supaya pan tu kurang sikit
panasnya.. (contoh seterusnya - lihat gambar)
4. buat dari arah jam
5. mulakan dari tepi iaitu bahagian luar dulu
6. kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di
tangan
7. setelah rata - bulat ..letak balik pan atas dpur biarkan sampai tepung masak
sebentar
8. angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun
berlapis2 (tak lekat)
9. ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
10. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
11. lipat macam biasa dan gulung
12. sedia untuk dimakan

 sumber : myResepi : mamaJay

No comments:

Post a Comment