Thursday, 4 June 2015

Petua Ringkas

As-salam.

Mengatasi masalah kelemumur 

Halia muda ditumbuk dan limurkan pada akar rambut. 


Merawat Masalah Uban 

Potong beberapa keping halia nipis-nipis dan rendam dalam madu. Kepingan halia ini dimakan sekeping sehari. 

Halia juga dikatakan boleh melambatkan proses penuaan ( awet muda gituuu )


 Merawat Kurap

 Kunyit hidup :  

Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.


Mewangikan Dapur

Pada kebiasannya pada bahagian dapur anda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan.
Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa.
Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur.
Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan.

 Menghalau Tikus :

1. Daun Pandan
Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.


2. Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.

3. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

http://ringkastapisedap.blogspot.com

No comments:

Post a Comment