Tuesday 21 May 2019

Ikan Bawal Emas Bakar dan Percik

as-salam.

Sempena bulan ramadhan kami masak Ikan Bawal Emas.  Kami bakar dan kemudian sediakan kuah percik.  Kami masak simple sahaja. Ikan bawal emas kami beli di Giant Super Market RM6.90 seekor.

Ikan Bakar - perap sekejab ikan dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit, 2 ulas bawang putih, 1/2 inci halia dan garam secukup rasa.  Bakar dalam ketuhar 20 minit.


Kuah Percik - 1 labu bawang besar, 5 biji cili kering, 1 batang serai, potong kecil2 dan kisar bersama santan RM2.00.  Masak dengan api perlahan.  Pastikan sentiasa kacau agar tidak berketul.  Bila mendidih tutup api dan masukkan garam secukup rasa dan juga sedikit gula.

Dah siap ... tunggu buka puasa ya baru makan.

No comments:

Post a Comment