Rain Lily pada petang 12 Mei |
Pada 12 Mei - Rain Lily mula menampakkan kudup2 kecil dan hanya 2 kuntum yang kembang. Pelbagai usaha telah dilakukan agar pokok ini berbunga antaranya letak baja bunga, potong botak dedaun dan bubuh baca kopi tetapi tidak berjaya. Buntu juga, asik duk fikir kenapanya, nak buat macam mana lagi nak bagi Cik Lily berbunga. Teringin sangat nak tengok Cik Lily berjuntai2 ditiup angin.
Bila balik kerja terpandang kudup2 kecil, ya Allah sukanya tengok. Betullah sebagaimana namanya Rain Lily, bunga yang hanya akan berbunga bila hujan. Sememangnya beberapa hari lepas hujan telah turun membasahi laman yang kekeringan. Dan dia pun menguntum.
Rain Lily pada pagi 13 Mei |
Bila hujan turun walaupun hanya renyai-renyai, Cik Lily akan mula mengeluarkan putik-putik bunga tak kira warna merah atau putih, sama sahaja sifatnya.
Rain Lily pada petang 13 Mei |
Balik dari opis, kami melawat Cik Lily sekali lagi. Semua dah menguntum kecuali 3 kudup, kita tunggu esok hari. Semasa snap gambar dah lewat petang, bunga-bunga Cik Lily sudah sedikit mengucup, lagipun cuaca panas terik.
No comments:
Post a Comment