Tuesday, 23 October 2012

Apam snow white

 Apam snow white dari MyResepi.com

Dah banyak kali buat tapi dah lama tak buat, hehehe cam ne tu emmm gitu le keadaannya. sedap n suka sangat2 apam nih.

1st time cuba taun lepas, tgh duk tunggu adunan naik, ayahanda bagitau ada org nak datang umah.  emmm apa lg, sedang elok je adunan naik, terus je kukus n jadik, tu yg suka sangat. time tu color yg ada merah n kuning, so jadi le apam tu 3 color : putih, kuning n merah.  dah rase sedap baru minta tolong ayahanda cari kan kelapa muda tuk dicicah. dah tinggal skit je lagi nak abis kukus tetamu yang ditunggu2 telah muncul, kiranya sedang elok la. trus siap menghidang n bagi tetamu makan. alhamdulillah depa makan sedap sambil berunding. paling best lagi rundingan menjadi kenyataan. rombongan meminang adik akan menyusul. 

Tiba hari bertunang, kami jemput chef2 (makcik2) kat kg tuk masak. so buat apam ni sekali lagi tuk dimakan oleh makcik2 yg datang tolong masak. apa lagi riuh rendah le plak makcik2 minta resepi n tak abis2 duk puji sedap. penat tgn ni menyalinkan resepi kat makcik2 sekelian. lepas dh amik resepi tu tak tau le depa buat ke idak.  hahahaha. time ni banyak gak adunan yg dibuat sbb masing2 cam tak puas makan !!! seronok kalu ada orang makan cenggini. makan panas2 apa tak best nyerrrr.

tu le last sekali making apam snow white, sampai sekarang tak buat2 lagi. tekak ni mmg le teringin nak makan n nak cuba buat lg tp terpaksa dipendamkan dulu. adik dah selamat nikah n dah dapat sorang baby boy .... hehehe punya le lama kisah ni di peram.

apa2 pon korang cuba le, tak rugi follow resepi yang dah copy n paste kan kat sini dari myresepi.com.

terima kasih tuan punya resepi n tip2 kat laporan2 tu !!!!

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment