Monday, 29 October 2012

Kek Buah Juadah Aidiladha

salam,

Pada Khamis b4 Aidiladha sempat le mengadun kek buah feveret sebanyak 4 biji. setiap 1 biji adunannya double (2 kali ganda) sbb nak kek yang besau skit. bila dah siap beratnya lebih kurang 1.7 kg.
Resepi asal ada kat entry sebelum ini, kat sini resepi yg dah diubah suai ikut selera kami. Meh kite tengok bahan2nya.

Bahan-bahan ( loyang 9x6 inc./ 8x8 inc. ) - guna loyang lebih besau
1 1/2 buku mentega (guna buttercup)
1 1/2 cawan gula hitam/dark brown sugar
2 cawan air
2 cawan buah2an kering campur/mix fruits
2 cawan tepung gandum*
2 cawan tepung naik sendiri*
2 sk bicarbonate of soda*
4 biji telur - dikocok
1 sudu besar sunquik-oren

Cara-cara nak buat sama je lah dengan resepi asal, di paste kan semula kat sini.

Cara-cara
1. Campurkan 4 bahan pertama di dalam sebuah periuk besar.Masak hingga gula dan mentega larut atau hingga mendidih.Sejukkan.
2.Ayak bahan2 bertanda dan masukkan ke dalam campuran buah2an yang telah sejuk berselang-seli dengan telur yang dikocok tadi.Kacau hingga sebati dan masukkan pula esen perisa kesukaan masing2.Kacau lagi hingga benar2 sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dan digris.Bakar pada suhu 150C selama 1 jam atau hingga masak.
4. Biarkan kek di dalam loyang 5-10 min. baru dikeluarkan dan disejukkan di atas redai kek.

Kenapa sampai 4 biji ??? actually 1 biji tuk umah abah, 1 biji tuk umah mak mertua, 1 biji umah sendiri n 1 biji lagi tuk diagih2kan kat adik bradik/sedara mara bila berkunjung umah depa. so dpt le merasa sorang skit.

Actually 2 biji guna perasa vanilla ikut resepi asal n 2 biji buat guna sunquick, ternyata yg sunquick tu lebih sedap n menjadi sebutan plak.

Kalu ada yg belum cuba, kami rekomen kan sangat2 resepi nih.  Terima kasih tidak terhingga kepada tuan asal resepi - Kak FIDA.






No comments:

Post a Comment