Monday, 29 October 2012

Dulce Le Leche


Dulce Le Leche oleh: beldandy from MyResipi.com

Dulce_de_leche   (gambo DLL yg dibuat kak FIDA - copy paste dari MyR ) 
Bahan-bahan : 1 tin susu pekat manis. Pilih brand kesukaan masing2. 

Bagi membuat DLL ni kami guna rice cooker je. cara masaknya ikut cara-cara 1 yang dicopy paste dari beldandy seperti kat bawah ni.

Kami masak selama 3 jam, dalam masa merebus 3 jam tu selalu gak le check air tuk pastikan tin sentiasa tenggelam. bila nampak air kurang je, tambah air.  Tanpa ragu2 trus masak 2 tin skali gus.

Bila dah siap tu, punya la lama plak nak sejuk nye (perasaan menunggu sbb nak merasa). Maklumlah pertama kali buat dan nak merasa sangat2. Sebelum jupe resepi ni mmg tak tau pon pasal DLL.  Cari2 gak maklumat kat pakcik google, jupe macam2 method dan juga sejarah DLL ni.  hehehe menarik juga le sejarah terciptanya DLL. Nak kena copy paste gak ke sejarah DLL ??? korang tanya le ngan pakcik GOOGLE - sure jupe macam2.

Bila dah sejuk tu apa lg, cepat2 buka tin, sapu atas roti dan makan yum yum .... wow mmg sedap sangat. Actually kami tak suka makan roti dengan susu pekat manis tp bila makan dgn DLL rasenya lemak2 manis ... mavelusss sungguh.

Nak abis kan 2 tin DLL tu, kami buat minum dengan teh, milo dan nescafe.  Mmg terasa kelainannya n sedap.  Akhirnya abis le 2 tin DLL.

Maaf le gambo yg kami buat tak tayang kat sini sbb DLL dah abis HAHAHAHA.

Terima kasih tidak terhingga kepada tuan asal resepi beldandy

Cara-cara 1

  1. Buangkan kertas pembalut tin susu tersebut. Rendam dalam periuk besar. Boleh rebus 2-3 tin sekaligus) Pastikan paras air sentiasa 2 inci menenggelami tin susu.
  2. Imag0151
    Rebus pada api sederhana selama dua jam. Kalau nak lebih pekat lagi rebus 3 jam.
  3. Tutup api dan biarkan sejuk. 
  4. Setelah sejuk buka tin dan transferkan caramel ke dalam bekas plastic kedap udara. 
  5. Simpan dlm fridge untuk tahan lebih lama.

 Cara-cara 2

  1. Tanggalkan pembalut dan tebuk beberapa lubang di atas permukaan tin susu. 
  2. Masukkan tin susu ke dalam periuk 
  3. Masukkan air hingga ke paras tidak melebihi tin susu tersebut. 
  4. Rebus pada api sederhana selama 2-3 jam.

 Cara-cara 3 

  1. Panaskan oven pada suhu 220C. 
  2. Tuangkan susu ke dalam mangkuk kaca tahan panas (panas oven) atau loyang pembakar. 
  3. Letakkan mangkuk tadi ke dalam loyang yang lebih besar dan isikan loyang tersebut dgn air panas/suam. (bain marie style)
  4. Tutup longgar permukaan mangkuk dgn aluminium foil dan bakar selama 1- 1.5 jam.
  5. Tambah air dalam loyang besar jika perlu. 
  6. Bila dah dapat warna keperangan atau perang gelap boleh berhenti membakar
  7. Tunggu sejuk sebelum pindahkan ke dalam bekas lain.

Cara-cara 4

  1. Masukkan susu ke dalam mangkuk than microwave yang besar . 
  2. Microwavekan pada suhu medium selama 2 minit.
  3. Keluarkan dan kacau sebati. microwave lagi selama 3 minit, keluarkan dan kacau lagi. microwave lagi selama 10 minit, keluarkan dan kacau lagi. 
  4. Ulang2 microwave sampai dapat warna dan consistency yang di inginkan.

No comments:

Post a Comment