Friday, 26 April 2019

Bakawali

as-salam.

Pokok Bakawali telah ditanam lebih 2 tahun tetapi tak pernah berbunga. Kami telah letak baja bunga dan baja kopi. Daunnya memang hijau merimbun, nampak subur tetapi tetap tidak mengeluarkan bunga. Kami ada mencari maklumat di group tanam-tanaman, ada yang memberi tips supaya pokok ini diletak mengadap cahaya matahari pagi yang penuh dan juga kurangkan air siraman.  Nampaknya kami perlu pindahkan pokok bakawali ke tempat yang menghadap matahari.  Insya Allah selepas selesai renovation di belakang rumah.


Walaubagaimanapun dua (2) minggu lepas tetiba pokok bakawali telah mengeluarkan kudup atau putik bunga.  Dan pada malam 23 April 2019 akhirnya kudup bunga telah berkembang.  Semalam (24 April) masa kelam kabut nak ke pejabat terpandang bunga bakawali yang sedikit layu.   Dalam hati - Mana la nak tau kau nak kembang malam tadi.  Walau hanya sekuntum, akhirnya engkau berbunga juga.Bakawali kami warna putih.  Bunga bakawali ada 2 warna iaitu putih dan merah.

Tak sempat nak snap gambar. pinjam kat alam maya je lah, tq kepada ipgmktar yang share gambar bakawali.  Banyak info boleh baca kat ipgmktar berkenaan bunga bakawali.


Pokok Bakawali ni merupakan pokok tanaman hiasan, nama botaninya adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.[1]

Pokok bunga bakawali berasal dari amerika selatan-mexico. Ianya mampunyai pelbagai khasiat terutama bagi penjagaan mata. Bakawali dikatakan sebagai pokok yang mempunyai 'penjaga' terutamanya semasa ianya sedang kembang. (Pokok bakawali kembang bermula pukul 7 petang dan kembang penuh pada pukul 12 malam sebelum layu sebelum subuh. Satu bunga pokok bakawali hanya akan berkembang sekali sahaja).

Sejak dibangku sekolah saya teruja denga pokok bunga bakawali.  Kisah bunga bakawali yang diceritakan oleh seorang guru semasa di sekolah rendah membuatkan saya selalu tertanya-tanya bagaimana sebenarnya rupa pokok dan bunga bakawali, seharum manakah baunya dan macam-macam persoalan lagi.  Pernah juga terlintas di fikiran betulkah bunga bakawali ni wujud.  Kedengaran macam cerita dongeng sahaja.   Sehinggalah terbaca dan ada melihat gambarnya di dunia maya.  Bila dah kenal bagaimana rupa pokok dan bunganya, barulah perasan apabila ternampak pokok dan bunganya dalam perjalanan. Dan akhirnya kami dapat tanam pokok bakawali pemberian jiran kami.


No comments:

Post a Comment