Wednesday, 24 April 2019

PotLuck

assalamualaikum

Hari ni kimi masak kat rumah dan bawa ke opis untuk makan2, dah lama tak buat potluck.  Kami masak sayur lemak campur-campur :

1. Santan RM2.00
2. Seekos ikan rebus/bakar (ikan sardin/selayang).
3. 3 ulas bawang merah. (tumbuk halus bawang bersama isi ikan rebus/bakar)
4. Sayur campur (bayam putih, sawi, 2 biji terung dan 3 biji cili hijau - potong dan bersihkan). Sayur-sayur ni boleh je tambah jenis-jenis lain yang korang suka. Ikut selera masing-masing dan ikut apa yang ada kat dapur sebenarnya. :-)

Cara masak :
a. bahan 1,2,3 dimasukkan ke dalam periuk dan ditambah secawan air (kepakatan ikut citarasa masing-masing).
b. Masak di atas api sederhana dan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
c. Bila mendidih masukkan batang bayam dan batang sawi, selepas itu masukkan daun bayam dan daun sawi serta cili hijau).
d. tutup api dan masukkan garam secukup rasa.
e. tadaaaa siap sayur campur.

Kami juga bawa ikan bakar, ikan masin, ulam belalai gajah, sambal pauh (mangga telor) dan juga acar pisang.  Tambahan ada pula yang beli ikan gelama goreng, daging goreng, timun dan telor masin.  Budu bersama potongan mangga telor pastinya menambah selera.  Sedap makan berjemaah, masing-masing bertambah-tambah nasi.

Selamat menjamu selera kawan-kawan.


AGE is a price of WISDOM ....COUNT your age by friends, not years and count your life by smiles not tears  ...........wise man said


No comments:

Post a Comment