Tuesday, 9 April 2019

Renovation Lagi

as-salam.

Renovation Lagi...bunyi macam GAH je. Sebenarnya hanya tambah bumbung belakang rumah.  Sebab setiap kali hujan, air hujan akan tempias masuk melalui tingkap dan juga mengalir di bawah pintu dapur.

Oleh itu, untuk menyelamatkan keadaan, kami beli batang tiang simen rm80 sebatang.  Kami juga beli simen 10 bag, batu bercampur pasir, besi, kayu dan atap.

Tukang kami hanya kerja dari jam 5.00 petang hingga 7.00 petang, part time sahaja.   Bermula dengan menggali lubang untuk buat tapak bagi memasang tiang,  Simen tapak, pasang tiang, curahkan campuran simen dan batu serta pasir ke dalam tiang.

Setelah tiang telah stabil dan kuat, pasang kayu untuk memasang atap.  Semalam selesai memasang kayu.  Insya Allah petang ni akan disambung untuk memasang atap.

=======================================
Life is so ironic,
it takes sadness to know what happiness, noise to appriciate silence and absence to value presence

       ...............wise man said

No comments:

Post a Comment