Sunday, 9 June 2019

5 Syawal (Ahad)

As-salam.

Raya ke 5 merupakan hari terakhir keluarga beraya di kampung.  Kami sediakan nasi berlauk je.  Masing-masing dah rindu dengan nasi berlauk maklumlah dah sebulan tak makan nasi berlauk. Kalau dapat nasi air dingin bersama ikan aya (tongkol) .... memang terangkat abis.

Kami di Isyraq Rest House juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyewa Isyraq Rest House dari 4 - 8 Jun 2019.   Ini merupakan kali ke dua keluarga Kak Sah menginap di rumah kami.  Semoga Kak Sah selamat pulang ke rumah beliau di Negeri Sembilan. Terima kasih sekali lagi dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan sepanjang menginap di rumah kami.  Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment